BAB 25

18 9 2
                                    

DUA minggu sudah berlalu sejak Dian diiktiraf sebagai ahli jawatankuasa tertinggi untuk sementara waktu bagi menguruskan majlis persaraan pengetua mereka. Segala lakaran dan pelan hadiah telah pun dibincangkan oleh mereka berempat sebaik sahaja kumpulan dibentuk tempoh hari.

Pelbagai jenis idea yang Adriana dan dia terima daripada Farhah dan Ammar. Antaranya ialah doorgift berisi kuih bakar dan air mineral. Namun, ia terlampau ringkas bak kata Farhah dan Adriana. Terpaksalah mereka mencari idea hadiah lain untuk dijadikan doorgift buat para tetamu yang hadir nanti.

Meskipun kumpulan mereka dikira sebagai kumpulan yang terpantas menyiapkan lakaran hadiah, mereka tetap juga menghadapi bermacam-macam konflik.

Percanggahan idea semestinya wujud dalam setiap kumpulan. Ahli kumpulan yang sering menolak idea semestinya Farhah dan Adriana. Ada sahaja benda yang tidak kena.

Barang ini terlalu murah. Barang itu tidak begitu berkualiti. Jika diminta untuk membuat kajian tentang hadiah yang sesuai, tugasan tersebut akan jatuh atas bahu Dian.

Membuatkan dia berfikir bahawasanya menjawat jawatan sebagai AJK ini, tidaklah begitu seronok. Hanya meletihkan dan menambah keserabutan dalam otak.

Dian meletakkan kepalanya keatas meja sambil mata terpejam rapat. Dia ingin mengosongkan fikiran untuk sementara waktu sebelum kembali memerah otak mencari idea.

Mereka perlu cepat kerana pada minggu hadapan, Cikgu Haslina ingin mendengar pembentangan hasil kerja fasa pertama.

Kriekkk..

Engsel berkarat yang menghasilkan bunyi bising berjaya mengejutkan Dian. Individu yang masuk tadi menapak kearah Dian lalu diketuknya permukaan meja dengan kasar.

"Orang suruh buat kerja. Bukan tidur. Ambil kesempatan pula." Getus Farhah.

"Aku baring je. Bukannya rehat sepenuhnya." Kata Dian.

"Banggalah kau dapat jawatan tu?" soal Farhah.

"Maksud kau?"

"Iyalah, Cikgu Haslina bagi kepercayaan pada kau untuk jadi penolong Adriana. Kau banggalah, kan?"

"Aku tak pernah kata apa-apa dan tak pernah minta pun untuk jadi. Lagipun, jawatan aku ni sementara waktu je." Ujar Dian.

Farhah tersenyum sinis.

"Betullah tu. Nasib baik jawatan kau sekejap sahaja. Merimaskan tengok kau berlagak baik dan rajin depan cikgu." Kutuk Farhah.

Dian membalas dengan tawa yang cukup sinis. Dia menghentak meja dengan kasar dan mata tajam menikam mata Farhah.

Dia ingat aku lemah sangat sampai tak berani lawan? Desis hati Dian.

"Kalau kau sakit hati sebab tak dapat jawatan ni, kau sepatutnya persoalkan jawatan kawan baik kau tu. Aku tak fahamlah apa fungsi dia jadi ketua. Sedangkan dia tak pernah buat kerja. Semua tanggungjawab dia ditugaskan kepada aku. Perjumpaan kita setiap petang pun, aku yang uruskan.

Ada hati nak mengadu dan menafikan jawatan aku yang setakat penolong ni je? Oh ya, kau pun sama juga. Dua kali lima. Datang bila perlu, datang bila ada teman. Kalau kau jadi ketua, aku boleh nampak macam mana huru-haranya kumpulan ni." Ujar Dian, panjang lebar.

"Boleh tahan juga mulut kau ni." Sindir Farhah.

"As you wish." Balas Dian, sinis.

"Aku tak fahamlah apa yang kumpulan kau ni tak puas hati sangat dengan aku. Tak cukup dengan Sufi. Dalilah pun sibuk membuli. Sekarang ni, kau pula sibuk mencari gaduh. Ah, mungkin aku ni lawan yang membuat korang tercabar. Mungkin." Dian dengan beraninya menyindir.

Parallel ✔Where stories live. Discover now