BAB 54

20 7 4
                                    

▪︎Izzati dan Iman (Gambar kesan calar)▪︎

"KAU ambillah gambar betul-betul! Kenapa bergegar dan kabur. Tak profesional langsunglah kau ni. Tepilah!" halau Izzati. Sakit matanya melihat hasil gambar yang diambil oleh Iman. Sudahlah kabur, bergegar pula. Makin sakit kepala melihatnya.

"Kalau kau bagus sangat, buatlah." kata Iman. Tercabar betul egonya bila ada perempuan high taste macam Izzati.

"Aku bolehlah. Lagi cantik hasil gambar aku daripada kau." kata Izzati.

Izzati mencapai kamera berjenama Canon dan mengambil semua gambar calar-balar pada pintu kereta milik empat orang cikgu. Penuh bergaya dia mengambil semua gambar. Kalau boleh buat kuak lentang, memang dah lama dia buat atas jalan tar itu.

Sementara Izzati ligat menjadi jurufoto tidak berbayar, Iman berjalan disekeliling empat buah kereta tadi. Dia cuba untuk mencari banyak lagi klu yang dapat membantu Dian bebas dari tuduhan berat itu.

"Eh, kenapa kereta Cikgu Rizal ada sampai dua calar? Dan posisi kereta ni pun berbeza daripada tiga kereta yang lain." bisik Iman.

Diantara empat buah kereta yang diparkir bersama itu, hanya kereta Cikgu Rizal sahaja melawan arus. Bukan sahaja melawan arus, malah ia mempunyai dua kesan calar pada dua belah pintu. Kereta yang lain cuma ada satu sahaja kesan calar.

"Zati! Sini kejap." panggil Iman.

"Apa dia?" sahut Izzati, malas.

"Tengoklah sini. Kau kena ambil gambar pintu ni juga." arah Iman.

Izzati bercekak pinggang sambil bibir mencebik, "Ewah, suka hati kau saje nak mengarah aku."

"Dah kalau kamera tu ada pada kau, memang dah jadi tugas kaulah untuk ambil gambarnya. Kalau ada pada aku, baik aku saje yang ambil gambar. Apalah bijak pandai sangat kau ni." sindir Iman.

"Hesy, kau nak aku buat apa?" soal Izzati. Sibuk pula si Iman ini nak berceramah ditelinganya.

"Ambil gambar pintu ni dan posisinya sekali." 

Izzati menurut perintah Iman. Segala ceruk kereta milik Cikgu Rizal dirakamkan kedalam memori kamera. Mereka berdua bergegas meninggalkan kawasan tersebut sebaik sahaja selesai melakukan tugas seperti yang diarahkan Ammar.

▪▪▪

Sofea, Damia, Ain dan Safiya (Misi mengugut Alya)

Aura negatif dalam ruang makan Sofea dan Safiya dapat dirasai sampai keluar rumah. Tegang sahaja suasana. Masing-masing membuat muka ketat dan kening bertaut meninggalkan seribu kedutan pada dahi.

"Macam mana kita nak ugut budak Alya tu?" soal Damia, konflik. Dia merehatkan kepalanya pada kerusi sambil mata merenung siling rumah yang berukiran cantik.

"Itulah pasal. Aku pun tengah sakit kepala memikirkan ayat-ayat untuk mengugut Alya. Dia tu anak cikgu. Silap langkah sikit, memang habis kita kena pelangkung dengan pembaris panjang Cikgu Mimi. Bukan boleh si Alya tu." kutuk Ain. 

"Korang ingat tak apa yang terjadi pada kawan sekelas Alya dua tahun lepas?" soal Sofea.

Alya memang manja orangnya. Walaupun hal itu cuma sekecil kuman, Alya boleh buat ia meleret sampai ke bilik disiplin. Pernah sekali, rakan sekelas Alya tidak sengaja terpatahkan pensil kayu 2B. Dia boleh mengadu pada Cikgu Mimi yang dia dibuli. Tidak fasal-fasal rakan sekelas Alya itu makan pelempang dengan Cikgu Mimi.

Parallel ✔Where stories live. Discover now