PENSIL dalam tangan digunakan untuk memadam aksara hari pada kalendar. Berbaki empat bulan sahaja lagi untuk dia melaksanakan misinya ini. Dalam pada dia perlu memadam memori pahit Dian, dia juga perlu menghalang Sufi dari meneruskan niat jahatnya. Walaupun dia tidak tahu, misi apa yang cuba Sufi lakukan tapi dia harus hentikan tidak kira dengan cara apa sekalipun.
Bulan Julai adalah hari pertandingan pementasan rasminya.
Bulan Ogos pula bersamaan dengan hari pertandingan kawad kaki bagi semua jenis persatuan.
Bulan November jatuh pada hari jadi Dian dan kem kepimpinan. Disitulah titik permulaan pada kenangan pahit yang Dian pendam sehinggalah dia pergi untuk selamanya. Dia perlu padam titik hitam itu.
Kemudian, apa yang akan terjadi dalam bulan September dan Oktober?
Adakah dia akan kembali sedar sebaik sahaja semua pengembaraan ini tamat?
Ish, dah jauh sangat dia berfikir. Mana pergi semua kawan sekelasnya yang terlibat sama dalam pementasan ini?
"Hei."
Lamunan jauh Ammar terbang pergi sebaik sahaja mendengar seseorang memanggil dengan biadap. Buku skrip dalam tangan juga dihempas keatas meja dengan kasar.
"Kau nak apa?" soal Ammar, dingin.
"Kau buatlah apa-apa sekali pun. Kau tetap tak akan menang, Ammar. Ingat, kita berdua sama-sama dalam dunia yang lain. Kita sama-sama tengah bertarung nyawa. Dan aku akan buat apa-apa sahaja untuk hidup aku. Sekali lagi kau kacau rancangan aku. Siap kau!" ugut Sufi.
"Aku tak tahu apa niat kau, Sufi. But, I need you to stop this immediately! Kalau kau tak berhenti, kita akan mati dan aku tak nak mati dalam ni!" tegas Ammar berkata.
"Ah, jadi kau tahulah yang aku pun terlibat sama dalam kemalangan tu?" soal Sufi. Wajahnya jelas tidak terkejut tapi dia bersungguh mahu Ammar tahu bahawasanya, dia adalah mangsa disitu. Semua berpunca dari Ammar!
"Aku tahu kau marah pada aku sebab tak sengaja buat kita berdua sama-sama terperangkap dalam dunia yang sama. Tapi kau perlu tahu, aku memang tak perasan kau ada dekat situ. Aku tak boleh nak brek kereta aku dan dia terbabas-"
Sufi segera memotong.
"Yang pertama sekali, aku bukan marah pada kau saje. Aku pun marah pada Dian. Kedua, kalau kau tak bawa kereta macam lembu tak siuman mesti semua ni tak akan terjadi." marah Sufi.
Ammar mencebik dalam diam. Cis, sama saje fi'il si Sufi ini dengan Pakcik Misteri. Asyik memanggil dia lembu tak siuman. Macam tak ada haiwan yang comel lagi. Hesy!
"Kenapa kau marah pada Dian? Sebab dia rapat dengan aku ke?" soal Ammar.
"Perasan juga kau ni rupanya, ya? Kau ingat kau handsome sangat ke sampai semua perempuan nak tergila-gilakan kau? Perempuan bodoh macam Dian tu saje yang tak tahu malu terhegeh-hegeh dengan kau. Aku ada maruah aku sendiri." tempelak Sufi.
Ammar yang terasa malu setelah dicop masuk bakul angkat sendiri terus sahaja menukar soalan lain.
"Habis?"
"Aku nak dia mati. Dengan cara tu saje, aku dapat kembalikan apa yang aku pernah hilang dulu. Nyawa harus dibalas dengan nyawa. Aku akan pastikan nyawa Dian sebagai galang gantinya." kata Sufi.
Ammar terpempan. Dia merenung wajah Sufi penuh persoalan. Nyawa dibalas dengan nyawa?
Sufi pernah kehilangan orang yang dia sayang juga?
Macam aku?
Tapi, siapa?
"Mula-mula, aku gunakan orang lain untuk laksanakan misi aku ni. Sebab pada pendapat aku, dengan cara hancurkan reputasi dan masa depan dia dapat ubah masa serta perkara yang dah terjadi. Tapi bila kau asyik masuk campur, maaflah... mati saje jawapannya." kata Sufi, sinis.
YOU ARE READING
Parallel ✔
FantasyTale No. 1 : Parallel mengisahkan tentang Ammar seorang jejaka berusia 27 tahun yang sombong dan memang tidak suka untuk ambil tahu hal sekeliling. Menjadikan hidupnya huru-hara dek kerana sikapnya yang pentingkan diri. Gambar seorang gadis yang dit...