▪︎Izzati (Mengintip Farhan)▪︎
"KAU dah hilang akal ke? Mamat tu dah lah kadang-kadang saje boleh dibawa bersembang. Hari ni okey, esok macam perempuan datang bulan. Meluat aku." bebel Izzati. Dia melabuhkan punggung disebelah Dian sambil membuat muka cemberut.
"Tolonglah, Zati. Kau tak kasihan ke tengok kawan kau ni kena gantung sekolah sebab kesalahan yang aku langsung tak buat. Kau percaya aku, kan? Please, Zati." sambil merayu, matanya turut sama berkelip-kelip.
"Wahai Dian, aku simpati dengan nasib kau ni. Tapi, kau pun kena faham yang hubungan aku dengan si Paan tu bukannya baik sangat. Kalau aku tegur dia, mesti dia ingat aku ni gatal. Lainlah kau." seloroh Izzati. Sempat dia berbisik.
"Kau nak kata aku gatal ke, bertuah?" bisik Dian pula, sempat juga dia mencuri lihat Ammar yang sedang sibuk dengan kertas lakaran untuk misi mereka ini. Nasib baik kerusi mereka dalam perpustakaan itu jauh dari Ammar.
"Bolehlah. Semua sebab kau ni jenis rajin meluahkan perasaan berkali-kali. Eh-" Izzati menekup mulutnya setelah tersedar yang dia sudah terlanjur bicara.
Iyalah, bak kata Ammar, dia seorang sahaja manusia yang tahu masalah Ammar disini. Dari niat bahagiakan Dian sehingga rancangan untuk kalahkan Sufi. Aiyo, terlepas cakap!
Dian mengecilkan matanya. "Mana kau tahu aku ada niat nak luahkan perasaan pada Ammar sekali lagi?"
"Aku ada cakap ke? Kau salah dengar agaknya, Dian. Lain kali, korek telinga bagi dalam lagi ya." gurau Izzati. Dia baru sahaja ingin mengorak langkah kearah Ammar tapi Dian yang berkelakuan seperti samseng, terus menarik lengan bajunya dengan kasar.
"Sebelum aku jerit nama penuh Paan bersama dengan bin, baik kau bagitahu aku. Kau ada baca diari aku eh?!" bisik Dian. Berpeluh-peluh ketiak dia gara-gara terkejut dengan kenyataan Izzati.
"Ha yalah, memang aku ada terbaca diari kau. Maaf zahir dan batin, aku janji aku tak akan baca dah." kata Izzati. Main teka sahajalah yang dia terbaca diari Dian, walhal tak pernah nampak pun buku diari itu. Dian pun satu hal. Pergi bocorkan rahsia sendiri tu buat apa? Masha Allah, pening kepala!
"Tapi, aku mana pernah bawa diari aku pergi sekolah." Dian cuba untuk bermain tarik-tali dengan Izzati.
Ya Allah, tengok tu! Minah ini memang betullah. Suka sangat nak memutar belit cerita. Aku putar kepala dia, memang tak dapat apa nanti.
"Apa-apa sajelah, Dian. Kau nak suruh aku pergi cari klu pada Farhan, kan? Sekarang juga aku pergi mulakan misi aku." kata Izzati sebelum berdesup lari meninggalkan ruang perpustakaan.
Hurm, something fishy. desis hati Dian.
▪▪▪
Keesokan harinya, Izzati terus memulakan misinya. Setelah berfikir selama satu malam, akhirnya dia dapat juga idea tentang topik apa yang ingin mereka bincangkan. Tidak lain dan tidak bukan, sudah tentulah hal berkaitan KRS. Itu sahaja yang buatkan Farhan mahu berkomunikasi dengannya secara normal.
Kenapa dia kata secara normal? Sebabnya, si Farhan ini kepala dia bukan betul sangat pun. Dengan kekacakan pada wajah, dia menggunakan kelebihan itu untuk menjerat gadis-gadis suci sepertinya.
Alahai, klise-lah kalau dia cakap hari ini mulut kata benci tapi esok dah macam orang angau. Bau kentut Farhan macam bau bangkai pun, dia boleh kata seharum bedak Baby Johnsson. Biasalah tu.
YOU ARE READING
Parallel ✔
FantasyTale No. 1 : Parallel mengisahkan tentang Ammar seorang jejaka berusia 27 tahun yang sombong dan memang tidak suka untuk ambil tahu hal sekeliling. Menjadikan hidupnya huru-hara dek kerana sikapnya yang pentingkan diri. Gambar seorang gadis yang dit...