BAB 53

14 8 1
                                    

"ARGH!" Ammar menjerit sekuat hati dalam gerai cendol Pakcik Kasim. Habis terperanjat semua pelanggan mendengar sopranonya yang tidak berapa nak sedap pada telinga orang.

"Pakcik letihlah tengok perangai kamu ni yang serupa macam perempuan datang haid. Perempuan pun tak macam kamu. Meroyan tak berhenti." getus Pakcik Misteri. Berkerut sahaja dahinya melihat sikap Ammar yang tidak serupa wajah kacaknya itu.

"Macam mana saya tak meroyan, pakcik. Si Sufi tu tak habis-habis nak buat hal dengan saya. Bukan saje masalah nak uruskan Sufi tu, kepala saya lagi terbeban bila memikirkan betapa pantasnya masa berlalu. Sekarang ni, dah masuk bulan Ogos! Tapi, saya masih belum rungkaikan misteri terkait Sufi, Dian dan saya. Saya serabut! Tolong!" Ammar menarik rambutnya sekuat hati.

Dia pening kepala. Sebaik sahaja dia pulang ke rumah setelah tamat pementasan, dia terus melelapkan mata. Niat dihati hendak berehat sebelum menunaikan solat Asar dan menyelesaikan masalah tentang Sufi ketika di pementasan tadi, tiba-tiba dia sudah terpelanting jauh ke bulan Ogos. Hampir seminggu dia berteleku didalam bilik, namun dia masih tidak jumpa satu jalan penyelesaian pun.

Menggelabah terus dia jadinya!

"Saya cuma tinggal kurang dari dua bulan untuk selesaikan masalah saya ni. Saya nak tidur sajelah. Saya tak nak fikir apa-apa pun. Kalau boleh, saya tak nak bangun dah." rungut Ammar.

"Ammar, pakcik ada nak beritahu-"

"Ammar! Ammar!" pekik satu suara, memotong perbualan mereka.

Ammar mengangkat kepalanya dan kelibat Pakcik Misteri hilang begitu sahaja. Dia tidak hairan langsung. Bukan sekali Pakcik Misteri hilang seperti hantu. Dah berkali-kali, sampai dia dah hafal sangat.

Iman dan Izzati yang terkocoh-kocoh berlari kearahnya berjaya menarik perhatian.

"Kenapa ni?" soal Ammar.

"Kau kena tolong Dian!" kata Izzati, kelam-kabut.

Ammar bangkit dari kerusinya dengan begitu agresif. Sampai terbalik kerusi plastik gerai Pak Kasim. Nasib baik orang tua itu tidak nampak. Kalau tidak, percuma sahaja dapat hadiah kerusi plastik terbang.

"Kenapa dengan dia?" soal Ammar lagi.

Iman menarik nafas dalam-dalam sebelum berkata, "Dian kena gantung sekolah! Ada cikgu-cikgu yang mengadu pasal kereta diorang calar dan beberapa saksi tampil untuk tuduh Dian."

"Jom!" Ammar menggesa Iman dan Izzati untuk bawa dia bertemu dengan Dian.

▪︎▪︎▪︎

Ammar mendapatkan Dian yang sedang memegang kepalanya dengan erat. Dia hanya mampu tunduk merenung karpet yang menghiasi lantai dalam pejabat.

"Dian, kau okey ke? Apa dah jadi?" soal Ammar, dia melabuhkan punggung di sofa berhadapan dengan Dian. Beg sekolah yang dibawa pula dipeluk dengan erat.

"Aku kena gantung sekolah seminggu untuk bantu siasatan atas tuduhan sengaja mencalarkan kereta cikgu." keluh Dian.

"Sengaja? Kau memang sengaja ke, Dian?" Ammar terkejut.

"Kau bodoh ke? Kan aku cakap, tuduhan sengaja. Maksudnya, aku dituduhlah. Kau ni macam tak membantu langsung. Aku dahlah tengah serabut ni. Aku tak tahu mana nak letak muka yang dah tebal macam kayu balak dan satu hal lagi nak terangkan pada keluarga aku lagi. Aku buntulah." Dian menggosok tudung sekolahnya, konon gatal kepala. Tapi, lebih kepada emosi yang berkecamuk ketika ini.

"Siapa yang tuduh kau tu?" soal Ammar.

"Farhan." Izzati menyampuk. Iyalah, mamat seorang itu kan buah hati pengarang jantung dia. Semestinya Izzati tahu.

"Paan cakap apa?"

"Dia cakap, dia memang nampak aku berhampiran dengan kereta cikgu. Dia nampak aku yang calarkan keempat-empat kereta cikgu dekat tempat parkir bengkel Kemahiran Hidup." jelas Dian.

"Empat buah kereta sekali gus? Uish, berani mati betul! Jahanam kereta cikgu." kata Ammar. Macam nak tercekik sahaja halkum bila dengar penjelasan Dian tadi.

"Tapi, yang kau pergi bengkel tu kenapa? Bukannya kau ada subjek Lukisan Kejuruteraan pun hari ni kan?" soal Ammar sekali lagi, musykil.

"Memanglah. Aku pergi situ sebab Sufi yang panggil untuk datang kesana. Bila aku mentioned nama Sufi masa soal siasat tadi, si Paan lembut tu bermati-matian kata dia tak nampak Sufi dekat situ. Yang dia nampak cuma aku. Hanya aku. Geram betul aku bila tengok muka bapok tu!" getus Dian.

Dia mencapai bantal bentuk segi empat sama disisinya dan ditumbuk berkali-kali. Melampiaskan semua amarah kepada bantal tidak bersalah itu.

"Mustahil Paan saje saksi dekat situ. Mesti ramai kan? Iyalah, Cikgu Haslina tu memang suka percaya saksi dulu berbanding bukti yang nak dikumpul. Siapa lagi yang pertahankan Sufi dan Paan?" soal Ammar.

"Alya, anak Cikgu Mimi pun saksi sudip tu juga. Masa aku kata sudip tu ada dekat sana, dia pun tumpang sekaki nak sorok si sudip. Ada ke patut dia cakap sudip tu tengah tolong dia uruskan hal PRS. Apa kejadahnya pengawas sekolah nak sibuk hal PRS? Cuba fikir logik." bebel Dian.

"Kau panggil Sufi tu, sudip?" soal Iman, keliru.

"Minah kurus kering macam sudip tu mana layak ada nama. Baik panggil sudip saje terus. Elok!" kutuk Dian. Panas berapi hatinya bila teringat muka Sufi acah-acah innocent depan polis tadi.

"Tak apa, tak apa. Kau jangan panik. Aku boleh tolong." kata Ammar.

"Kau nak tolong apa? Aku ni dah berada dalam tali gantung. Bila-bila masa saje boleh mati. Bukannya ada bukti pun aku tak buat semua tu." suara Dian jelas yang dia sudah berputus asa.

"Kau tak buat semua tu kan? Janganlah cepat sangat mengalah." desis Ammar.

"Habis tu, kau nak suruh aku buat apa?" Dian menyoal dalam keadaan lelah. Dia penat nak pertahankan diri sendiri. Memang semua bukti saksi terarah padanya. Tiada keraguan lagi!

"Kita boleh kutip bukti dengan cara ugut diorang." yakin Ammar berbicara.

"Kau nak ugut saksi-saksi Sufi tu?" soal Iman.

"Ha'ah. Kali ni, aku perlukan bantuan semua kawan-kawan kita yang pernah terlibat dengan segala macam operasi. Dari kes Adriana, Farhah, Dalilah, Hisham dan abang senior tingkatan lima. Semuanya!" tegas Ammar.

"Ai Ai, captain!" Iman dan Izzati menerima arahan. Dian hanya tersenyum nipis melihat usaha Ammar.

▪︎▪︎▪︎

Parallel ✔Where stories live. Discover now