PANDANGAN mata Ammar terasa pedih setelah berbalam-balam cahaya menerobos masuk. Ditambah pula dengan kepala Ammar yang berdenyut laju seolah-olah terkejut dengan dirinya yang mampu hidup untuk sekali lagi. Sendi tak usah dikatalah, terasa mencucuk sampai ke tulang.
Telinganya juga jelas mendengar alunan surah Al-Fatihah yang dibaca berkali-kali oleh beberapa individu didalam wad tersebut.
Kemudian, dalam kepayahan, Ammar bangkit juga daripada baringnya. Dia dapat melihat kaki yang sudah berbalut bersama simen dan sudah tentu kaki itu mengalami kecederaan serius. Kemudian, kepala Ammar juga sudah sedia berbalut dengan cecair iodin yang jelas pada pembalut itu.
"Ammar! Kamu jangan bangun lagi. Ibu pergi panggilkan doktor dan jururawat. Tunggu kejap." Kata Puan Suhaila yang tadinya sedang gigih membaca surah. Kelam-kabut dia keluar untuk mencari pasukan penyelamat.
"Abang! Abang okey ke ni? Jangan paksa diri tu. Badan abang pun bukannya elok lagi." Pesan Amzar iaitu adik bongsu Ammar.
Kemudian, datang pula seorang lagi budak lelaki iaitu Akmal menghampiri dia dengan muka resah. "Abang, lama kut kami semua tunggu abang bangun. Ibu dah macam hilang arah dan menangis sepanjang masa."
Ammar tidak mampu membalas soalan bertubi-tubi yang diajukan oleh adik-adiknya. Lidahnya terkelu kerana masih belum mampu untuk proses keadaan yang sedang berlaku.
"Err, kita dalam tahun apa ya?" Soal Ammar secara tiba-tiba.
Amzar dan Akmal terkedu seraya merenung wajah masing-masing silih berganti. Risau juga melihatkan keadaan abang sulung mereka yang serupa mayat hidup ini.
"Tahun berapa lagi, 2020-lah." Balas Akmal, keliru.
"Abang kau okey tak ni? Risau pula Am tengok abang ni." Luah Amzar sekali lagi.
Tahun 2020? Dalam perlahan, Ammar mengeluh berat. Mengapa dia tak ingat apa yang terjadi pada dia? Tapi, airmata yang kering memberikan dia seribu tanda tanya. Aku menangis ke? Kenapa? Apa yang dah jadi?
Entah apa yang patut dia rasa sekarang.
Dia keliru.
▪︎▪︎▪︎
"Kau okey, Ammar? Macam mana keadaan kau? Semakin sihat ke?" soal Iman. Dia membawa sebakul buah-buahan sebagai buah tangan untuk Ammar yang baru sahaja bangun dari koma.
"Alhamdulillah, macam ni lah aku. Masih samar-samar lagi dengan apa yang jadi." balas Ammar.
"Terkejut kitorang semua bila dapat tahu kau kemalangan depan sekolah tau. Jalan pun punyalah lurus, tapi kau boleh terbabas atas jalan dengan kereta Sufi. Tak fasal-fasal, korang berdua koma serentak." kata Iman. Hairan juga dia bila mendengar Puan Suhaila beritahu yang Ammar kemalangan atas jalan lurus. Apa pelik sangatlah.
"Sufi ada dekat sini?" soal Ammar.
"Iyalah, kau kan rempuh kereta dia. Mestilah korang berdua serentak ada dekat sini. Takkanlah tiba-tiba dia boleh sihat walafiat macam tak ada apa-apa yang terjadi." kata Iman.
Ammar mengangguk perlahan. Kepalanya masih terasa sakit dan pedih, kesan daripada kemalangan ngeri itu. Nasib baik Tuhan masih panjangkan nyawanya. Beri peluang untuk dia bernafas semula.
"Sufi macam mana? Dia okey ke?" soal Ammar. Dia dah langgar anak orang, bukan anak haiwan. Mestilah kena bertanya untuk menunjukkan yang dia ambil berat.
YOU ARE READING
Parallel ✔
FantasiTale No. 1 : Parallel mengisahkan tentang Ammar seorang jejaka berusia 27 tahun yang sombong dan memang tidak suka untuk ambil tahu hal sekeliling. Menjadikan hidupnya huru-hara dek kerana sikapnya yang pentingkan diri. Gambar seorang gadis yang dit...