BAB 5

24 8 0
                                    

GERAM. Itulah apa yang sedang membelenggu perasaan Ammar saat ini. Kakinya memijak lantai bangunan Total Media dengan ganas. Muka pula usah dicakap, orang nak bertegur sapa pun akan fikir berkali-kali atau mereka yang akan dimaki nanti.

Para pekerja Total Media yang sedang mundar-mandir dengan tugasan dalam tangan turut sama tertarik dengan sikap dingin Ammar pada hari itu. Ya, Ammar tidak pernah begitu. Jauh sekali nak menunjukkan wajah bengis pada rakan sekerja. Namun, sesuatu pasti terjadi yang berjaya menimbulkan kemarahannya.

Punca kepada kemarahan itu sudah tentu datang dari unit tempat Ammar bertugas.

Sebaik sahaja lif tiba di aras sembilan, Ammar segera keluar dengan wajah bengis. Ditangannya terdapat sebuah pemacu kilat yang pastinya akan mengubah hidup Encik Ismail dan Irdina sepenuhnya.

"Mana meja Irdina?" soal Ammar.

Semua yang ada berhampiran Ammar hanya memandang dengan wajah kosong.

"Aku tanya baik-baik ni, mana meja Irdina?" soal Ammar sekali lagi.

"Ammar! Cik Irdina ada dalam bilik lama Encik Ismail. Kenapa kau nak jumpa dia?" soal Aina yang pada ketika itu sedang dalam perjalanan menuju ke mejanya.

Tanpa membalas soalan Aina, Ammar segera menerjah masuk kedalam bilik 'baru' Irdina.

"Awak tahu kan yang saya ni ketua dekat sini. Mana pergi rasa hormat awak pada saya?" Dingin sahaja Irdina menyoal. Pandangan mata itu tajam menikam mata Ammar.

"Hormat? Kau ingat aku nak hormat kau ke kalau kau sesuka hati buat keputusan tanpa bertanya dengan aku?" Marah Ammar.

"Excuse me. Kau bercuti kan? Aku tak naklah kacau hari cuti kau dengan keluarga. Jadi, aku buat keputusan untuk buang kolum kau hari ini dan jelaskan alasannya, masa kau dah masuk bekerja nanti." Jelas Irdina.

"Apa masalah kau ni? Itukan kolum aku. Selama ni, tak pernah ada sesiapa pun yang sibuk nak buang aku dari majalah tu. Datang kau yang baru bekerja dekat sini satu tahun, terus nak buat semua benda ikut kepala sendiri."

"Wajarlah aku buat semua tu. Kolum kau langsung tak memberi keuntungan pada majalah kita sebenarnya. Tambahan pula, kolum kau tak pernah memberi info-info yang menarik. Selama ni pun, mana ada pihak atasan nak mention kolum kau setiap kali kita adakan mesyuarat. Itu tandanya, kolum kau tu hanya sampah semata-mata.

Dan, memandangkan aku adalah ketua baru disini semestinya membuang kolum sampah macam tu adalah tanggungjawab aku yang paling utama." Panjang lebar Irdina menjelaskan dengan muka yang kerek.

BAM! Tangan Ammar laju mengetuk meja kaca itu. Habis kedengaran sampai ke luar bilik Irdina.

"Irdina, kau tu tak payahlah nak berlagak macam kau pekerja yang bagus sangat dekat sini. Kau tu baru dilantik secara tidak rasmi. Belum diiktiraf lagi dalam majlis." Ujar Ammar.

"Jangan besar kepala sangat dengan aku alias senior kau ni. Ingat, semua rahsia pasal kau dan Encik Ismail, banyak aku simpan dalam pendrive ni." Ugut Ammar seraya mengeluarkan pemacu kilat berwarna hitam dari poket seluar.

"Heh, kau ingat aku takut? Pekerja dungu dan lembap macam kau, ada orang nak percaya ke?" Sindir Irdina.

"Sekejap ya, Cik Irdina. Saya nak bagi hadiah." Kata Ammar.

Tangannya mencapai telefon bimbit dalam poket dan terus sahaja mendail nombor seseorang. Irdina yang berada dihadapannya hanya merenung dengan wajah yang sinis. Tangan disilangkan sambil mata menjeling tajam.

"Assalamualaikum, Puan Latifah. Ya, saya Ammar yang telefon puan berkenaan Cik Irdina dan Encik Ismail itu. Boleh puan naik ke pejabat sekarang? Terima kasih." Soal Ammar.

Senyuman sinis Irdina terus sahaja mengendur. Dia bangkit dan pantas sahaja tangannya ingin merampas telefon dari tangan Ammar.

"Kau buat apa ni, ha? Kenapa mesti nak babitkan orang luar? Kau memang tak sayang pekerjaan kau kan? Kau nak kena buang ke, hah?" Tengking Irdina.

"Orang luar? Heh, Puan Latifah bukan orang luar. Dia adalah bekas pengarah dalam Total Media dan yang paling penting sekali, dia adalah isteri pertama Encik Ismail. Kau tu cuma madu dia sahaja.

Bercakap tentang pekerjaan aku pula, kalau kau nak buang aku... dipersilakan. Aku sangat alu-alukan ucapan rasmi diberhentikan dari ketua sampah macam kau. Aku rela dibuang dari bekerja dengan perempuan tak ada maruah." Panjang lebar Ammar membidas.

Irdina terdiam seribu bahasa.

"Apa kecoh-kecoh ni? Kenapa kamu berdua bergaduh dalam pejabat ni? Irdina, apa yang dah jadi? Ammar pula, bukan kamu sedang bercuti ke?" soal Encik Ismail yang pada ketika itu kelam-kabut keluar dari biliknya.

"Saya datang sebab nak beritahu yang saya nak berhenti dari Total Media. Saya akan hantar surat rasmi berhenti kerja dalam masa 24 jam." Kata Ammar.

"Eh, tapi kenapa drastik sangat? Kamu ada salah faham ke dengan Irdina?"

"Encik Ismail tanyalah isteri kedua encik ni. Dia ada jawapan yang lengkap."

Kini, giliran Encik Ismail pula yang terdiam. Dia memang betul-betul tidak menyangka Ammar mengetahui rahsianya yang satu itu.

"Oh ya, Encik Ismail dan Puan Irdina bersedialah untuk menerima kejutan menarik dari saya. Dan apa yang paling penting sekali, saya dah hantar semua maklumat pasal kes rasuah Encik Ismail dengan beberapa orang CEO syarikat ternama pada pihak atasan serta kisah percintaan ala-ala Romeo and Juliet diantara Encik Ismail dan Puan Irdina.

Encik Ismail juga jangan ingat yang saya tak tahu, Encik Ismail sanggup menerima rasuah dari CEO-CEO itu hanya untuk menutup dan memanipulasi perkara sebenar yang dilakukan syarikat mereka pada mata media. Menyebarkan perkara baik tentang mereka yang jelas palsu hanya untuk menerima penghargaan. Murah betul maruah encik ni. Sedangkan wartawan sepatutnya menyebarkan fakta, bukan auta.

Oh ya, saya juga simpan salinan dalam pendrive saya untuk kegunaan masa depan. Itu sahaja daripada saya. Terima kasih." Ammar menapak keluar dari pejabat dengan senyuman yang puas.

Tidak lama selepas dia keluar, muncullah wajah Puan Latifah bersama beberapa orang pihak atasan yang turut hadir untuk bertemu Encik Ismail dan Irdina.

Jelas merah padam wajah Puan Latifah, seperti menanti larva meletus dari gunung berapi.

Lagipula, kesabarannya sudah mencapai tahap yang maksimum. Dia tidak mampu menahan rasa apabila ada manusia yang cuba untuk memijak maruahnya lumat. Meskipun dilayan dengan buruk, kolum 'sampah' itu adalah kekuatannya untuk terus bekerja di Total Media.

Untung juga dia sering menjadi kuli kepada Encik Ismail, banyak kerja-kerja lelaki itu telah diuruskan olehnya. Perjalanan duit yang keluar masuk turut dia tahu.

Apabila Encik Ismail tiada, dia akan menyalin semula semua rekod aliran keluar masuk wang syarikat. Temujanji Encik Ismail bersama dengan CEO-CEO ternama juga dia yang aturkan dan merakam intipati perbincangan mereka.

Kes skandal Encik Ismail dan Irdina turut sama dia ketahui semenjak gadis itu mulai rapat dengan bekas bosnya di sebuah majlis makan malam tahun lalu. Sepatutnya, Irdina cumalah wartawan kontrak yang bekerja selama setahun. Entah bagaimana, dia telah dimasukkan dalam organisasi unit ini.

Dan menjadi punca kepada kehilangan bahagian kolum Ammar dalam majalah dan slot-slot berita. Musykil dengan perkara yang terjadi. Dia atur siasatannya sendiri sehinggalah mereka berdua berkahwin secara rahsia. Tiada sesiapa yang tahu kecuali dia. Kasihan Puan Latifah.

Hasilnya semua disimpan dalam pemacu kilat khas yang disimpan kemas dalam laci dibilik. Memang berguna disaat-saat begini.

Dia bukanlah jahat orangnya. Tetapi, keadaan memaksa dia untuk hamburkan segala rahsia. Eloklah, tidaklah dia rasa bersalah setelah menanggung dosa yang dibuat mereka berdua.

Kini, dia bebas tanpa ditindas.

▪︎▪︎▪︎

Parallel ✔Where stories live. Discover now