BAB 32

17 8 2
                                    

MALAM itu, Ammar beranikan diri untuk berkunjung ke rumah Dian yang terletak 2 kilometer dari rumahnya. Pada pandangannya, rumah Dian memang cantik tanpa perlu dicat sekali pun.

Rumah Dian adalah rumah teres dua tingkat dengan dindingnya terdiri daripada batu bata yang tidak dilitupi dengan cat. Nampak vintage. Bunga pula memang meriah memenuhi pagar rumahnya.

Kerana tidak mahu mengganggu keluarga Dian, Ammar membuat keputusan untuk menghantar mesej sahaja. Beritahu yang dia sudah tiba dihadapan rumah.

Tomboy Tisu
Aku dekat luar dah.

Tidak sampai beberapa saat, mesej baru masuk.

Okey, kejap. Aku nak pakai tudung.

Ammar tidak membalas dan masukkan telefonnya kedalam poketnya semula. Dia memerhatikan tingkap yang luas terbuka di aras satu rumah tersebut.

Dari situ, Dian tiba-tiba sahaja terpacul sambil memberi isyarat untuk Ammar tunggu sebentar.

"Ah, tu bilik dia rupanya." Kata Ammar, sendirian. Senanglah kalau dia nak ajak keluar lagi nanti. Baling dengan batu sahaja mesti Dian perasan.

Hesy, mana ada adab dalam Islam mengajar untuk berkunjung ke rumah saudara Islam begitu. Kalau baling batu, masuk kedalam rumah terus memang sesiapa pun tidak kisah.

Tetapi, kalau batu yang dibalingnya terkena pada tingkap dan kacanya pecah? Silap hari bulan, ibu Dian keluar bersama penyapu lidi ditangan.

Kalau si anak pun panas baran, bagaimanalah perilaku seisi keluarga pula. Adakah lebih gangster dari anaknya? Hesy, janganlah buat hal.

Ketika dia sedang berangan dan leka melayan perasaan, pagar rumah Dian yang mempunyai ukiran bunga akhirnya terbuka.

"Lama sangat ke kau tunggu?" soal Dian. Gadis itu menyarungkan jaket hud yang dipadankan dengan tudung sarung berwarna hitam. Dari atas kepala sampai ke hujung kaki, semuanya hitam.

Apa ini? Hantu ke?

"Aku baru je sampai. By the way, cantik rumah kau." Puji Ammar.

"Abah aku rajin menanam bunga dan umi pula suka hias rumah begini. Semua idea rekaan datang dari mereka berdua sendiri. Kalau nak harapkan aku, memang tunggang terbaliklah rumah tu." Seloroh Dian.

Ammar ikut sama ketawa mendengar kata-kata Dian. Haih, sesungguhnya dia tidak mahu mimpi ini berakhir lebih awal.

"Mana semua bukti tu?" soal Dian.

Ammar mengeluarkan telefon bimbitnya. Rakaman suara, gambar rekod kehadiran serta video Haziq dan Adriana berjalan kearah laluan yang sama, semuanya telah disimpan dalam telefon Ammar.

"Aku tak jumpa pendrive ibu aku. Jadi, aku pertaruhkan telefon aku. Nah, ambillah. Semua ada dalam ni. All done." Kata Ammar lalu menghulurkan telefonnya kepada Dian.

Dian mengangguk sambil membelek telefon Ammar.

"Thank you. Akhirnya, merasa juga aku nak pegang iPhone."

"Eh, telefon tu bukan hak mutlak kau. Aku cuma bagi pinjam saje." kata Ammar. Risau pula kalau Dian senyap-senyap bawa lari. Tidak mungkinlah, Dian kan baik.

"Aku tahulah. Aku gurau saje. Risau sangat." Getus Dian.

"Apa kau nak buat dengan semua ni?" soal Ammar.

"Dah dapat bukti, kita ugutlah dia." Ujar Dian.

"Hurm. Perangai gangster kau ni memang tak boleh dibawa berbincang langsung. Masa aku tengok kau dulu, bukan main ayu saje. Kalau orang tindas pun, kau turutkan. Tak banyak soal." Kata Ammar, hairan.

Parallel ✔Where stories live. Discover now