BAB 18

25 9 7
                                    

AMMAR meninjau disekeliling ruang bilik persalinan yang sunyi tanpa sesiapa yang lalu. Seram juga bila terpaksa berdiri dihadapan bilik persalinan yang berkunci seorang diri.

"Si Izzati ni pun satu. Kata nak pergi letak buku je. Dah sampai 15 minit tapi tak sampai-sampai. Pergi tolong cetak buku ke?" Getus Ammar. Kakinya sudah kebas kerana terpaksa berdiri lebih lama. Tangan pun dah terasa kaku sebab pegang bekas Tupperware lama sangat.

Kemudian dia perhatikan lagi pintu depan bilik persalinan untuk lelaki itu.

"Haish, seram betul duduk depan ni. Kenapalah aku bijak pandai sangat ajak Izzati jumpa disini." Keluh Ammar.

"Eh maaf, maaf! Datang lambat!" Sapa Izzati.

Terkocoh-kocoh dia berlari kearah Ammar. Dengan baju kurung yang besar ditiup angin, macam nak terbang sahaja gayanya.

"Memang patut pun kau minta maaf." Adu Ammar.

"Eleh, bersyukurlah sikit aku sudi nak berlari datang sini. Kena berjumpa pula depan tandas macam ni. Macam tak ada tempat lain pula nak berjumpa. Kau ingat kau artis? Nak sembunyi dari paparazzi?" Ejek Izzati.

Ammar tercengang. Dia cuma membebel dengan sebaris ayat sahaja. Kemudian, Izzati membalas dengan ayat berjela seperti rumusan Bahasa Melayu.

"Bisinglah kau ni. Aku sumbat mulut kau dengan Tupperware ni baru tahu. Diamlah." Balas Ammar.

"Ha, aku baliklah kalau macam tu." Ugut Izzati. Dia sudah berura-ura ingin beredar pergi.

"Okey, okey. Aku gurau je lah." Ujar Ammar.

"Tahu takut. Kau sedar sikit, kau tu perlukan aku. Aku je satu-satunya bantuan yang ada untuk kau sampaikan makanan ni dekat Dian. Kalau tak, terkulat-kulat kau buat semua sendiri." Bebel Izzati.

"Bising juga mulut kau ni, ya. Nenek aku pun tak macam ni." Ejek Ammar lagi.

"Dah, dah. Mana makanan kau tu?" soal Izzati.

"Nah."

Bekas Tupperware berwarna ungu bertukar tangan.

"Ammar, boleh aku tanya kau satu soalan?" soal Izzati.

"Nak tanya apa?"

"Kau mandrem Dian ke?"

"Kenapa kau cakap macam tu?" soal Ammar, terkejut. Tidak menyangka Izzati akan tanya soalan begitu.

"Iyalah, kau selalu sangat bagi dia makanan. Kali ini sahaja, dah masuk 4 kali kau bagi. Terpaksalah aku kelentong dia macam-macam jawapan."

"Apa salahnya aku nak bagi dia makanan? Dia kan kawan aku."

"Aku kawan baik dia pun tak pernah bagi apa-apa makanan secara random macam tu. Kau yang orang asing ni, sibuk bagi makanan. Hampir setiap hari pulak tu. Musykillah aku. Baik kau jelaskan dekat aku apa niat sebenar kau." Kata Izzati.

"Aku nak jelaskan apa? Aku memang tak ada niat buruk pun dekat Dian. Aku buat sebab aku kawan dia." Ammar mempamerkan senyuman manis.

"Kau tak payah senyumlah, bukan handsome pun. Aku tetap tak puas hatilah, Ammar. Baik kau bagitahu aku betul-betul. Kalau tak, aku tak nak hantar bekal ni." Ugut Izzati. Dia sudah berura-ura hendak meletakkan bekas itu diatas meja usang depan bilik persalinan.

"Okeylah aku cerita."

▪︎▪︎▪︎

"Jadi, dalam masa 5 tahun akan datang... Dian akan meninggal dunia sebab kanser?" soal Izzati, ingin memastikan apa yang dia dengar tidak tersalah maklumat.

"Ha'ah. Itu sebablah, aku beria sangat nak pastikan yang dia makan makanan yang sihat je." Kata Ammar.

"Maksudnya, kau nak pastikan yang Dian tu boleh hidup balik dengan apa yang kau buat? Boleh percaya ke cakap kau ni? Macam karut sangat. Bomoh pun tak merepek macam ni." Ujar Izzati.

"Betullah. Bila aku jumpa je dengan kau masa dekat majlis reunion tu, aku memang tak nampak Dian. Kau cakap, Dian dah meninggal dunia." Luah Ammar.

"Kalau betullah kau ada jumpa aku dekat majlis reunion tu masa tahun 2020, apa yang aku buat masa tu? Aku dah kahwin ke? Ramai tak anak aku?" soal Izzati, sekadar berbasa-basi.

Dia masih belum boleh percaya cakap Ammar.

"Tak. Kau belum kahwin di usia kau 27 tahun. Tapi, kau ada pasang impian untuk kahwin dengan tengku. Betul tak? Aku dengar kau sembang dengan Fasihah dan Hana." Tebak Ammar. Dia pasti yang dia tidak tersilap dengar perbualan mereka sebelum kemalangan itu.

Izzati terkejut.

"Fuh, aku memang bagitahu kawan-kawan rapat aku je. Maknanya memang betullah kau ni merentas masa?"

"Itu sebablah kau kena tolong aku, Zati. Aku rasa bersalah bila tahu Dian dah meninggal dunia. Aku rasa kehilangan. Mungkin penyesalan itulah yang bawa aku datang sini untuk betulkan semuanya. Aku tahu Dian ada terasa hati dengan aku." Kata Ammar.

"Kalau nak cakap pasal salah tu, memang kau banyak pun buat dia terasa hati. Tambah-tambah lagi bila kau tu orang yang dia sayang. Cemburu tu tak payah cakaplah, setiap masa dia cemburu tengok kau rapat dengan Sufi.

Tapi dia sedar diri dia dekat mana. Itu sebab dia tak adalah rapat sangat dengan kau."

Ya, Ammar tahu. Dian jarakkan diri dia kerana layanan dia pada Dian. Sangat dingin. Setiap apa sahaja yang Dian lakukan, tidak pernah sekali pun dia beri reaksi.

Tahun lepas ketika Dian hadapi masalah hendak membentangkan projek Sejarah, Cikgu Devi ada menyuruh dia untuk bantu Dian. Dia cuma bantu acuh tidak acuh.

Malah ketika Dian mengucapkan terima kasih, dia hanya membalas dengan pandangan yang dingin. Apabila dia dapat berpindah ke kelas yang diingini, dia malah bersyukur kerana bebas dari perlu menghadap wajah Dian.

Haih, jahatnya dia.

"Kau tahu tak, dia masuk macam-macam pertandingan pun sebab dia nak kau hargai dia. Dia nak kau pandang dia macam mana kau pandang Sufi. Aku tak nafikan yang kau tu sesuai dengan Sufi. Sama cantik, sama padan.

Tapi, tak salah kalau kau hargai dia. Cakap goodluck setiap kali dia ada pertandingan dan peperiksaan pun tak jadi masalah. Tak akan hilang walau satu sen pun dari duit kau kalau kau cakap macam tu dekat dia." Nasihat Izzati.

"Tahu. Aku takutlah. Aku takut kalau aku bangun dari mimpi yang panjang ni, aku tak sempat nak selamatkan dia. Misi aku cuma satu, aku nak dia hidup semula. Aku nak... bila aku buka mata, dia ada depan mata aku. Itu je." Luah Ammar.

"Jadi penyakit Anemia dia tu adalah asbab kepada kanser tu. Sekarang aku dah faham." Ujar Izzati.

Ammar menganggukan kepalanya seraya mengeluh berat. Dia meraup mukanya yang jelas serabut. Dia buntu. Dia susah hati.

"Kalau kau betul-betul nak selamatkan dia, aku boleh tolong."

"Kau nak tolong?"

"Iyalah. Bila kau cakap macam tu, aku pun jadi takut akan kehilangan dia. Dia tu kawan baik aku. Gelak sama-sama. Gaduh sama-sama. Belajar sama-sama. Kau ingat aku dah sedia nak hilang dia selamanya? Kita kena selamatkan Dian." Kata Izzati.

"Betul. Kita kena selamatkan dia." Balas Ammar sambil menghadiahkan sebuah senyuman kepada Izzati.

Apa-apa sahaja akan dilakukan demi Dian.

▪︎▪︎▪︎

Parallel ✔Where stories live. Discover now