HENING. Suasana menjadi sangat sunyi dalam bilik guru. Kalau pen terjatuh, mesti bergema satu bilik guru. Sesungguhnya Dian sangat gugup hendak merenung mata Cikgu Haslina. Tajam betul pandangannya menikam mata Dian.
"Cikgu cukup malu dan kecewa dengan apa yang dah jadi pada hari ni. Cikgu percaya pada kamu, Dian." Ujar Cikgu Haslina. Kacamatanya ditanggalkan diletak keatas meja. Kepala yang berdenyut diurut perlahan.
Panik juga keadaan di majlis pagi tadi. Mujur, Sufi ada menyelamatkan keadaan.
"Saya memang dah bawa skrip tu, cikgu. Saya baca dibelakang pentas. Kemudian, Sufi datang dan minta saya uruskan bahagian doorgift. Saya ikut sajelah arahan dia." Jelas Dian.
Dia hanya mampu tertunduk merenung lantai dibilik guru. Sudahlah cikgu-cikgu lain masih ada didalam. Tidak fasal-fasal, dia sudah jadi tumpuan ramai pula.
Cikgu Haslina tidak membalas.
"Sufi kata, cikgu ada panggil saya ke sana. Tu sebab saya ikutkan juga." Tambah Dian.
"Awak jangan cuba-cuba untuk petik nama orang lain ya, Dian. Jangan cuba untuk menuding salah awak pada Sufi pula. Kalau awak tak salah, macam mana skrip tu boleh ada dalam bilik pengawas?" soal Cikgu Haslina. Nada suaranya ditinggikan. Semua cikgu yang mendengar sempat memanjangkan telinga untuk mencuri dengar hal mereka.
Melihatkan dari ketegangan yang berlaku antara Cikgu Haslina dan Dian, dia bertekad untuk meminta maaf. Seterusnya, beredar keluar dari situ.
Tiada guna pun kalau dia sedaya upaya mempertahankan dirinya. Saksi yang melihat kejadian pagi tadi lebih ramai berbanding bukti yang belum ada. Bagi seseorang yang sedang dalam keadaan marah seperti Cikgu Haslina, perkara remeh seperti itu bukan sesuatu keutamaan.
Imej dan maruah badan pengawas dibawah pimpinannya lebih penting. Majlis persaraan pengetua hampir musnah dan diselamatkan oleh Sufi. Heh, diselamatkan atau disabotajkan?
Malas dia nak fikir.
"Saya minta maaf, cikgu. Saya akan pastikan kejadian begini tak akan berulang lagi. Saya akan pastikan diri saya alert dan aware hal sekeliling. Saya minta diri dulu, Assalamualaikum." Kata Dian sebelum beredar pergi meninggalkan kubikel Cikgu Haslina.
▪︎▪︎▪︎
Tamat sahaja kelas terakhir pada hari itu, Dian dan Izzati bergegas ke kelas 4 Usaha. Mujur kelas mereka berada pada aras yang sama, lebih mudah untuk mereka bertemu dengan Sufi.
"Kau jangan bergaduh dengan dia pula, Dian. Nanti tak fasal-fasal, popular kau satu sekolah nanti." Izzati yang gusar melihat panas baran Dian sudah keluar terus sahaja menasihati.
Dian ini bukannya boleh sangat. Memang kerap kali harus dipesan perkara yang sama. Kalau panas barannya keluar, memang lupa terus identiti. Dah macam perempuan kena rasuk gayanya.
"Aku tak nak bergaduh dengan dialah. Aku sendiri pun tak suka nak malukan diri aku dengan orang yang cetek akal macam tu." Dian berkata dengan nada yang geram. Dikepalnya penumbuk untuk menahan sabar yang semakin membuak-buak.
Izzati yang baru sahaja ingin menasihati Dian sekali lagi terus terhenti apabila melihat Sufi bersama Farhah keluar dari kelas bersama-sama.
"Haish, kau lagi. Tak serik ke kena marah dengan Cikgu Haslina?" Sindir Sufi. Dia membetulkan kacamatanya yang jelas tidak berubah tempat walau seinci. Sengaja dia berbuat begitu untuk menunjukkan sikap hidung tinggi itu.
"Peduli apa aku kalau kena marah dengan Cikgu Haslina? Kau expect aku akan menangis ke? Sorry-lah, ini Dian. Aku tak akan menangis dan jadi pengecut dengan kesalahan yang jelas sekali, aku tak buat." Ujar Dian.
YOU ARE READING
Parallel ✔
FantasyTale No. 1 : Parallel mengisahkan tentang Ammar seorang jejaka berusia 27 tahun yang sombong dan memang tidak suka untuk ambil tahu hal sekeliling. Menjadikan hidupnya huru-hara dek kerana sikapnya yang pentingkan diri. Gambar seorang gadis yang dit...