BAB 19

18 8 4
                                    

"KAU masuk senamrobik, Dian? Tak boleh!" Pekik Ammar. Habis satu pelosok dewan bergema dengan jeritan Ammar. Nasib baik lantai dewan ini utuh. Kalau tidak, memang boleh berlubang dan mereka menerobos masuk kedalam lubang tersebut.

"Kenapa tak boleh pula? Kau tahu tak, nama aku dah kena buang daripada senarai peserta larian balapan tu sebab kekasih hati kau." Balas Dian, tidak berpuas hati.

"Sufi bukan girlfriend akulah. Hanya kawan, ya. Hanya kawan." Ammar kembali menegaskan hal itu kepada Dian.

"Tak pedulilah aku. Yang pasti, Sufi dah ambil alih acara tu." Keluh Dian.

Dia membuang pandang kearah ahli pasukan tarian soran bushi yang sibuk melayani diri masing-masing sementara menunggu ketua mereka. Tadi, sempat jugalah mereka berlatih untuk seketika sebelum kedudukan mereka disusun mengikut formation.

"Kenapa kau nak sangat masuk acara tu? Tak dapat masuk larian, nak cuba-cuba masuk senamrobik pula. Kau teringin nak cuba masuk kelab olahraga ke?" soal Ammar. Dia dah tahu alasan sebenar Dian ingin menceburi sukan balapan tapi, dia masih ingin mengajukan soalan cepumas.

"Aku ada-lah alasan peribadi aku nak masuk larian. Kau tak payah sibuklah." Getus Dian.

"Aku wajib sibuk hal kau. Kau tu kawan aku."

Dian mengecilkan matanya. Dia merenung Ammar dengan muka yang penuh riak kemusykilan.

"Tiba-tiba je nak jadi kawan aku. Kau dah gila ke apa? Kau ada lalu mana-mana tempat terlarang ke, sampai kena sampuk ni?" Seloroh Dian. Yang aneh-aneh sahajalah si Ammar ini.

"Tak salah pun kalau aku nak kawan dengan kau. Bak kata orang, sebelum apa-apa jadi... kita kena kenal hati budi seseorang tu. Mana boleh terus-terus suka. Kekok, tahu!" Kata Ammar.

"Haish, kau nak mengungkit pasal luahan perasaan aku tahun lepas ke?" Omel Dian.

"Tak ada masalah pun kalau aku recall balik. Dahlah confess pun minta tolong Zati. Bolehlah, comellah juga." Puji Ammar.

Dian hanya diam mendengar kata-kata Ammar. Dia pun keliru kalau apa yang Ammar cakap itu adalah ejekan ataupun pujian yang sebenar. Lelaki dihadapannya ini bukan boleh percaya sangat. Hari ini okey, esok sombong. Dah macam perempuan gayanya. Hormon huru-hara.

"Cis, macam tu pula." Kata Dian. Dia hanya menggentel hujung baju sukannya. Terus jadi malu nak bersembang dengan Ammar.

"Apa pun, pasukan senamrobik rumah Merah memang tak ada wakil tingkatan satu dan dua ke? Memang semua acara, kau je kena masuk?" soal Ammar.

"Memanglah ada. Tapi kau faham je lah, mereka mana minat dengan pertandingan macam tu. Banyak je alasan yang mereka bagi supaya cikgu tak tarik nama mereka semua. Kadang-kadang tu, ada juga yang lari dari latihan. Kasihan Cikgu Noni." Luah Dian.

"Bila latihan senamrobik kau bermula?"

"Esok petang."

Ammar menganggukkan kepalanya memahami apa yang Dian katakan. Seperti biasa, tugasnya sebagai pensabotaj tidak rasmi untuk Dian kembali bermula.

▪︎▪︎▪︎

Hari Jumaat adalah hari terakhir persekolahan pada minggu itu. Setiap kali hari Jumaat, memang semua pengawas tiada rehat langsung. Pelbagai tugasan telah diberi oleh Cikgu Haslina, cikgu badan pengawas sekolah.

Semua pengawas lelaki telah diarahkan untuk membentang tikar dan membawa kotak-kotak berisi surah Yassin ke dataran perhimpunan. Manakala, pengawas perempuan dipertanggungjawabkan untuk membawa tabung yang berisi kutipan derma hari Jumaat.

Parallel ✔Where stories live. Discover now