EPILOG

49 10 3
                                    

"APA nama kamu dan apa tujuan kamu datang ke sini?" soal lelaki yang memakai tanda nama, Othman.

"Erm, nama saya Safiya. Saya datang nak ambil barang adik saya. Katanya, dia tertinggal barang dalam kelas." Kata gadis yang memperkenalkan namanya sebagai Safiya itu. Dia mempamerkan senyuman manis kepada Pakcik Othman.

"Kamu nak ambil barang dalam kelas atau lokar?" soal Pakcik Othman.

Safiya menyembunyikan riak muka yang terkejut sebelum menyusun kata-kata, "Dalam lokar, pakcik. Saya harap lokar tu tak berkuncilah. Kalau berkunci. Saya minta tolong pakcik bawa sekali tukul, boleh?"

Pakcik Othman menganggukan kepalanya. Dia mencapai tukul yang tergantung pada dinding dan meletakkannya dalam poket.

Dalam hati, Pakcik Othman agak hairan. Situasi pada ketika ini seperti pernah dia alami setahun yang lalu. Cuma yang datang dengan alasan sama adalah seorang jejaka. Dikenali sebagai Ammar. Kini, seorang gadis yang mahu dirinya dipanggil Safiya.

Dejavu-kah?

"Baiklah, jom kita naik kekelas."

▪︎▪︎▪︎

Mangga yang menjadi kunci kepada lokar berkarat itu dipukul dengan kuat oleh Pakcik Othman. Kemudian, ia terbelah dua sebelum jatuh menyembah lantai kelas.

"Pakcik rasa dah dua lokar rosak sebab pakcik pukul macam ni." Ujar Pakcik Othman.

"Dua lokar? Lokar yang satu lagi tu dimana, pakcik?" soal Safiya. Entah kenapa dia berasa teruja apabila Pakcik Othman secara tiba-tiba membuka cerita.

"Satu lagi dalam kelas 5 Jujur. Ada seorang lelaki muda yang minta pakcik bukakan dengan alasan, buku adiknya tertinggal dalam lokar tu. Tapi..." Ayat Pakcik Othman yang tergantung buatkan Safiya jadi tidak sabar untuk mengetahui kesinambungan ceritanya.

"Tapi apa, pakcik?" soal Safiya, tidak sabar.

"Sebaik sahaja lelaki tu pulang, dia kemalangan dekat simpang masa nak keluar dari kawasan sekolah ni." Ujar Pakcik Othman.

Safiya hanya mempamerkan senyuman kelat. Seram pula dia mendengar cerita itu tapi otaknya bagai memaksa pula dia untuk bertanya lebih lanjut tentangnya.

"Apa jadi dengan lelaki tu? Dia selamat, kan?" soal Safiya.

"Pakcik tak pastilah. Cuma, pakcik dengar dia koma. Agak lama jugalah."

Safiya mengangguk.

"Baiklah. Maaf ambil masa kamu untuk bercerita benda pelik-pelik pula. Kamu ambillah apa yang kamu mahukan. Pakcik turun dulu." Kata Pakcik Othman sebelum bertindak meninggalkan Safiya bersendirian dalam kelas 5 Usaha.

Setelah lokar dibuka, Safiya segera mencapai sebuah buku yang berhabuk didalamnya. Dia mengusap permukaan buku itu dengan lembut. Hatinya tersentuh. Mengikut dari apa yang diceritakan oleh Ammar sendiri, Shafiq ada menyimpan sebuah buku dalam lokarnya. Kata Ammar lagi, buku diari itu disimpan didalam lokar Shafiq sebelum dia berpindah sekolah.

Buku itu sangat bermakna untuk Shafiq. Didalamnya terisi coretan khas buat gadis bernama Safiya.

Setiap helaian kertas tidak pernah satu pun tertinggal nama Safiya.

Safiya adalah sumber inspirasi untuk Shafiq. Namun, otaknya laju sahaja teringat akan kata-kata sahabat Shafiq di majlis perkahwinan seniornya sekaligus menjadi majlis pertemuan semula antara alumni.

"Shafiq dah lama meninggal dunia. Dia kemalangan 6 tahun lepas."

Dia tidak tahu apa yang patut dia lakukan. Yang pasti, hatinya dibelenggu rasa bersalah. Dia sendiri pun tidak faham. Mengapa juga dia rasa perasaan sebegini. Sedangkan dia sendiri pun tahu, antara dia dan Shafiq memang tiada apa yang istimewa.

Namun, kehilangannya memberikan luka paling dalam buat Safiya.

"Tengok apa tu? Macam sedih je." Tegur satu suara. Lalu, Safiya segera menoleh.

Kelihatan seorang lelaki yang berpakaian seperti penjaga kebun datang menghampiri Safiya. Wajahnya sangat tua seperti lelaki berumur dalam lingkungan 50-an. Safiya berkerut kening seolah-olah dia cuba untuk mengingati wajah lelaki tua itu, tapi dimana ya?

▪︎▪︎▪︎

Kereta Safiya dipandu membelah jalan yang sunyi itu. Pelik juga. Walaupun jarum jam menunjukkan tepat jam 12 malam, jalanraya sudah kembali sunyi.

Apabila sunyi begini, kepala Safiya pun kembali memutarkan kata-kata pakcik misteri dalam kelas tadi.

"Jika diberi peluang lagi, gunalah sebaiknya. Betulkanlah apa yang pernah kamu lakukan dulu."

"Tak faham. Apa yang aku dah buat?" Bisik hati Safiya.

Dalam pada dia sibuk mengelamun, matanya cepat sahaja menangkap seorang lelaki tua sedang melintas jalan. Apabila lelaki tadi menoleh secara tiba-tiba, Safiya serta-merta terkejut.

Namun, dia berjaya mengawal keretanya untuk berhenti dan memberi laluan kepada lelaki tua itu melintas.

Kenapalah nak jalan-jalan waktu malam macam ni?

Apabila keretanya ingin bergerak semula, muncul sebuah lori yang secara tiba-tiba datang dari arah berlawanan. Bukan sahaja datang dari arah yang bertentangan dengan keretanya, malah pemandu yang tidak diketahui wajah laju memandu kearah Safiya.

Tiada apa yang mampu Safiya buat melainkan menjerit.

"ARGHHH!"

And here we go again.

▪︎Tamat▪︎

Parallel ✔Where stories live. Discover now