LARIAN Ammar dilajukan mengejar langkah Dian yang semakin jauh dihadapan. Awan mendung menjadikan suasana yang genting bertambah suram. Dia lelah namun dia perlu mengejar gadis itu untuk menjelaskan semua perkara yang telah Dian dengar tadi.
"Dian, berhentilah sekejap! Aku nak terangkan semuanya dekat kau dari A sampai Z. Tolonglah." Pinta Ammar. Dia bukannya kuat sangat hendak mengejar langkah gadis itu. Dengan asma yang dia hidapi dan keadaannya yang terlantar koma menjadikan tubuhnya lemah sedikit.
"Diamlah, Ammar. Kau tutup sajelah mulut kau tu. Sebab apa yang keluar daripada mulut kau hanya menyakitkan hati aku. Apa yang aku dengar tadi pun dah cukup buat hati aku retak, sekarang kau nak hancurkan hati aku dengan penjelasan kau? Simpan sajelah." Kata Dian.
"Aku buat semua tu sebab aku risau, Dian. Aku risau pasal kau. Tolonglah faham apa yang aku cuba buat untuk kau." Kata Ammar.
Dian berpaling dan melangkah kearah Ammar. Hujan rintik-rintik turun membasahi bumi, begitu juga dengan mereka berdua.
"Risau? Kenapa kau nak risau pasal aku? Kalau kau betul risau dan ambil berat pasal aku, sepatutnya kau sokong aku dari belakang. Bukan tikam aku!" Balas Dian.
"Izzati dah bagitahu semua pasal penyakit kau dekat aku. Sejak daripada tu, aku risau. Aku takut jadi apa-apa dekat kau." Kata Ammar.
'Aku takut kau tinggalkan akulah, Dian. Ya Allah, kenapa susah sangat mulut ni nak mengaku. Apa yang susah sangat?' Getus Ammar, dalam hati.
"Aku minta maaf tapi aku menolak untuk percaya, Ammar. Setiap kali nama aku kena potong dalam senarai acara, nama Sufi akan diambil. Aku dah agak dah benda ni akan jadi. Tambah-tambah bila kau buat baik dengan aku.
Aku saje yang bodoh sebab masih percaya dekat kau. Pada mulanya aku percaya kau sebab aku suka kau. Bila dah jadi macam ni, aku tahulah yang keputusan aku untuk berkawan dengan kau adalah keputusan yang paling terbaik." Kata Dian.
"Hal Sufi tu tak disengajakan pun, Dian. Tak ada kaitan dengan aku." Tegas Ammar berkata.
Kilat berdentum-dentam dilangit memberi arahan agar mereka menghentikan drama sebabak dihadapan pagar sekolah tetapi, mereka berkeras untuk beredar.
"Aku tak nak dengar apa-apalah, Ammar. Bekal makanan yang kau rasuah dekat aku setiap hari pun aku dah basuh. Esok aku letak atas meja kau." Kata Dian.
Ammar mengeluh berat seraya memegang rambutnya yang basah ditimpa hujan lebat. Dia buntu. Dia betul-betul tidak tahu ayat apa lagi yang harus dia susun agar Dian dapat maafkan dia.
"Kau jangan risau. Aku takkan sentuh dan kacau daun dalam hidup kau dengan si Sufi tu. Aku pergi dulu." Ucap Dian.
Aish, bodohnya kau. Kau sepatutnya jujur. Sekarang, nasi pun dah jadi bubur. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Semua peribahasa boleh diletak dekat muka kau, Ammar. Semuanya!
Dian yang berlalu pergi hanya dipandang sepi oleh Ammar. Dia tahu yang dia perlu beri masa kepada gadis itu untuk bertenang.
Ketika Ammar hendak berpatah balikp untuk pulang ke rumahnya, dadanya tiba-tiba terasa ketat. Dia sukar untuk bernafas. Pandangannya bertukar kabur tanpa dia sempat untuk meminta bantuan.
Tubuhnya yang lemah longlai itu akhirnya rebah atas jalan tar. Matanya sempat menangkap figura yang berlari dalam keadaan tergesa-gesa mendapatkan dia sebelum semuanya bertukar gelap gelita.
▪︎▪︎▪︎
Cahaya lampu berbalam-balam masuk kedalam retina matanya. Kepalanya terasa berat dan pening. Matanya memerhatikan keadaan sekeliling dan dia tahulah yang dia berada di hospital. Tapi, siapa pula yang membawa dia kesini?
YOU ARE READING
Parallel ✔
FantasyTale No. 1 : Parallel mengisahkan tentang Ammar seorang jejaka berusia 27 tahun yang sombong dan memang tidak suka untuk ambil tahu hal sekeliling. Menjadikan hidupnya huru-hara dek kerana sikapnya yang pentingkan diri. Gambar seorang gadis yang dit...