AMMAR termenung memehatikan Dian yang nampaknya kecewa teruk selepas menerima khabar, namanya sekali lagi telah dipotong dari menyertai pasukan senamrobik pula. Hampir 15 minit, dia tidak berhenti meratapi nasibnya.
Izzati, Fasihah, Hana dan Lily memujuk Dian untuk bertenang. Kasihan juga bila melihatkan kawan baik mereka itu sudah semangat memakai baju sukan untuk menyertai latihan tersebut.
Malangnya, Cikgu Noni dengan pantas menghalau Dian.
Gigih juga dia untuk menawarkan diri menguruskan pasukan senamrobik. Malangnya ini apa yang berlaku ketika mereka bertemu Cikgu Noni,
"Tak apa, cikgu. Kalau saya tak dapat masuk pasukan senamrobik. Benarkanlah saya uruskan senamrobik. Boleh ye, cikgu?" Pujuk Dian.
"Tak boleh, Dian. Pasukan senamrobik kita dah penuh secara rasminya." Kata Cikgu Noni.
"Macam mana boleh penuh dalam masa kurang dari 24 jam? Tak logiklah, cikgu." Getus Dian.
"Bukankah cikgu dah buat pengumuman pagi tadi? Mungkin itu antara sebab mereka semua nak sertai dengan rela hati."
"Kenapa cikgu tak save nama saya?" soal Dian, masih tidak berpuas hati.
"Sebab buat masa sekarang ni, memang cikgu lebih pentingkan markah untuk tingkatan satu dan dua. Cikgu perlu latih mereka dari sekarang. Kalau kamu yang senior-senior ni dah keluar sekolah, mereka pula akan ambil alih." Jelas Cikgu Noni.
"Baik, beri peluang saya untuk uruskan pasukan senamrobik." Pinta Dian.
"Untuk itu pula, Sufi dah ambil alih. Dia akan menguruskan pasukan senamrobik sepenuhnya bersama dengan Haziq dan Faiz." Kata Cikgu Noni.
"Baguslah semua murid menengah rendah nak relakan diri masuk senamrobik. Kau tak payah nak susah hati lagi. Betul tak?" Ujar Ammar.
"Aku memang tak susah hati pasal tu. Tapi macam tak logiklah bila Cikgu Noni buat pengumuman untuk berjumpa semua menengah rendah rumah Merah pagi tadi, mereka semua terus bersemangat untuk masuk. Mesti ada sesuatu yang Cikgu Noni beritahu." Bebel Dian.
"Betullah apa yang Cikgu Noni bagitahu tu, memang menengah rendah paling penting supaya mereka tahu nak uruskan semua tanpa kita nanti." Kata Izzati.
"Siapa yang menguruskan pasukan senamrobik tu?" soal Hana.
"Sufilah, kekasih hati intan payung Ammar. Siapa lagi?" Ujar Dian.
"Tsk. Dia bukan kekasih hati mangkuk ayun akulah. Tak habis-habislah kau ni." Balas Ammar.
Dalam pada Dian masih ber'kabung' dengan peristiwa pagi tadi, kepalanya terus sahaja memutarkan perbualan dia dan Cikgu Noni semalam. Selesai sahaja latihan soran bushi, dia bergegas mencari Cikgu Noni dibilik guru memandangkan rumah Merah tiada saringan dipadang semalam.
"Assalamualaikum, Cikgu Noni. Cikgu sibuk ke?" soal Ammar.
Cikgu Noni menggeleng seraya memandang Ammar yang kemengahan selepas berlari dari dewan ke bilik guru yang boleh dikatakan agak jauh.
"Cikgu tak sibuk dan cikgu tahu apa alasan kamu datang sini." Tebak Cikgu Noni.
"Cikgu tahu?"
"Ya. Dian ada daftarkan nama dia dalam pasukan senamrobik. Kali ni, memang cikgu tak rasa yang cikgu boleh bantu kamu. Dian nampak sihat je, Ammar. Cikgu ragu-ragulah dengan kamu ni." Ujar Cikgu Noni.
"Dian memang sakit, cikgu. Cuma dia tak nak bagitahu cikgu je. Biasalah, keras kepala. Lagipun, murid-murid tingkatan satu dan dua kan ada. Mereka wajib masuk kalau nak dibandingkan dengan Dian." Dalih Ammar.
YOU ARE READING
Parallel ✔
FantasyTale No. 1 : Parallel mengisahkan tentang Ammar seorang jejaka berusia 27 tahun yang sombong dan memang tidak suka untuk ambil tahu hal sekeliling. Menjadikan hidupnya huru-hara dek kerana sikapnya yang pentingkan diri. Gambar seorang gadis yang dit...