BAB 39

15 6 0
                                    

TOK! TOK!

Ketukan dipintu masih belum berbalas hampir 15 minit. Namun, Dian gigih juga mengetuk daun pintu mengharap agar sang tuan rumah menyedari kehadiran tetamu ini.

"Dia tak ada kut." Kata Ammar. Baju birunya sudah terasa berlecak didalam. Mujur uniform pengawas disekolah mereka memang ditekankan untuk pakai kot hitam. Supaya lebih seragam dan melambangkan kesegakan unit mereka. Jadi, peluh itu tidaklah kelihatan.

"Mustahil. Puan Zabedah, ibu Aizat tu memang ada kedai pun. Tapi, dia sentiasa menjual sarapan pagi. Takkanlah si Aizat tu tiba-tiba nak menolong ibu dia di kedai, walhal tak ada apa-apa untuk dijual." Sangkal Dian. Dia masih lagi berusaha mengetuk pintu.

Ammar mengeluh perlahan sambil tangannya tidak berhenti mengipas muka sendiri. Bahang matahari memang menyucuk sampai ke tulang. Terik.

"Assalamualaikum, ada sesiapa dirumah tak?" Ammar memberi salam dengan suara yang lantang.

"Waalaikumusalam, siapa kamu berdua ni?" soal satu suara.

Dian dan Ammar menoleh dengan serentak. Dihadapan mereka, berdirinya seorang wanita bersama dengan beg plastik berisi barang-barang keperluan rumah.

"Hurm, kami berdua kawan kepada Aizat. Dia ada dirumah? Boleh kami berjumpa dengan dia?" Pinta Ammar.

Wanita yang dikenali sebagai Puan Zabedah itu mengangguk perlahan. Dia cukup kenal dengan Dian, mana mungkin dia ingin menghalau anak kepada kawannya sendiri.

▪︎▪︎▪︎

Dulang putih yang terdapat tiga biji gelas berisi sirap sejuk diletakkan keatas meja. Puan Zabedah seterusnya, meletakkan sepinggan biskut kering sebagai juadah ringan kepada tetamu yang hadir.

"Terima kasih, makcik. Susah-susah saje. Sepatutnya, makcik tak perlu buat apa-apa untuk kami. Kami datang nak melawat bukan nak menjamah makanan rumah orang." Seloroh Dian dengan nada yang sopan.

Ammar tersenyum bangga. Dia terkejut melihatkan sikap Dian yang sangat menghormati kenalan merangkap pelanggan ibunya.

"Hesy, biskut kering saje pun. Tak ada susahnya. Makcik lagi rasa bersalah sebab hidang benda tak menarik begitu." Balas Puan Zabedah.

"Tak apa, makcik. Ini pun dah okey." Celah Ammar dan disokong dengan anggukan dari Dian juga.

"Okeylah kalau macam tu, makcik minta diri dulu. Jemput minum." Pelawa Puan Zabedah sebelum memberi ruang untuk mereka berdua berbual.

Kemudian, keadaan kembali hening. Aizat kelihatan sangat dingin dan langsung tidak mahu merenung wajah mereka berdua.

"Kenapa kamu tak buka pintu masa kami ketuk tadi? Tak baiklah buat orang macam tu." Tegur Ammar. Geram sahaja bila teringat bagaimana sukarnya dia hendak memanggil hamba Allah bernama Aizat ini, sampai kena ketuk pintu yang keras itu berulang-kali.

"Saya tak pernah jemput pun abang dan kakak datang sini. Kenapa sibuk juga nak datang?" Selar Aizat. Masih tidak berminat hendak memandang mereka.

"Hesy, budak ni." Rungut Ammar.

Dian mencebik sambil menyiku lengan Ammar untuk tidak berkasar dan sibuk bergaduh. Sekarang ini, Aizat ialah masalah yang akan membantu untuk menyelesaikan kes berkaitan Dalilah.

"Erm, Aizat. Akak dah dengar daripada Dalilah dan cikgu-cikgu pengawas tentang kes Aizat tu. Kami berdua datang sini memang nak membantu Aizat. Ikhlas." Ujar Dian.

Parallel ✔Where stories live. Discover now