Setahun kemudian...
MAJLIS perkahwinan Sufi dan jejaka pilihannya berlangsung dengan sangat meriah. Tetamu asyik menziarahi pengantin yang berada diatas pelamin. Ada juga tetamu yang sibuk dengan juadah-juadah. Nasi minyak memang wajib. Bau pun semerbak memenuhi kanopi majlis.
"Ish, bertuah betul budak Ammar ni! Aku dah kata, dia kena datang awal. Dia degil juga." getus Iman. Dia bercekak pinggang sambil mata tidak berhenti menatap jam tangannya.
"Awak, kenapa ni?" soal Izzati yang menghampiri tunangnya.
Iman dan Izzati akan melangsungkan majlis perkahwinan mereka sebulan selepas majlis Sufi berlangsung. Walaupun bertemu jodoh dengan kawan sekolah sendiri, Izzati memang tidak ambil kisah pun. Asalkan nama Iman ada gelaran Tengku, Tengku Imanuddin bin Tengku Najmuddin.
Pada mulanya, Izzati memang tidak suka pada Iman. Namun, mereka akhirnya bertemu sekali lagi di universiti. Iman pun terus sahaja mengorak langkah untuk bersahabat dengan Izzati. Kiranya, gelaran itu jatuh pada nombor dua. Keikhlasan hati lebih penting.
"Ammar, dia tak datang lagi. Jenuh saya telefon." kata Iman. Dia mendail lagi nombor Ammar.
"Awak, bukankah Ammar dah bagitahu yang dia memang datang lambat sebab dia ada liputan nak buat." kata Izzati. Teruk betul amnesia tunangnya ini.
"Oh, iya ke?" soal Iman. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
"Awak ni kena banyak makan kismislah. Supaya tak mudah lupa. Dahlah, jom kita masuk." kata Izzati.
"Hei, korang!" panggil satu suara.
Kelihatan Ammar sedang berlari-lari anak menghampiri Iman. Ammar begitu segak dengan pakaian tuksedonya. Manakan tidak, Ammar kini sudah bekerja di Vibrant News sebagai wartawan dalam set. Kenalah kekal segak sentiasa.
"Maaf, lambat. Aku ada liputan langsung tadi. Aku betul-betul terlupa yang aku kena datang majlis Sufi." kata Ammar. Dia mempamerkan senyuman semanis gula sambil memeluk bahu Iman.
"Tahu. Aku dah bagitahu kawan baik kau ni. Bukan main risau dia, takut kalau kau tak jadi datang." kata Izzati.
"Awak, mestilah saya risau. Dia dah janji nak jumpa saya dekat sini. Lagipun, dia dah setuju nak jadi pengapit saya nanti. Saya kenalah berbincang dengan dia pada hari ini juga. Kalau harap nak berjumpa dengan dia, memang kirim salamlah. Sampai tahun depan pun, mesti dia sibuk." ujar Iman.
"Alahai, comel betullah kau ni. Nak jadi suami orang pun masih suka merajuk dengan aku." usik Ammar.
Iman mencebik sahaja mendengar usikan Ammar. Mereka bertiga mengatur langkah menuju ke meja makan yang disediakan oleh pihak pengantin. Memandangkan Ammar tidak mengisi perut sejak dari pagi, makanya dia membuat keputusan untuk mengambil makanan dulu.
Segala jenis kuih-muih serta lauk-pauk diambil oleh Ammar dan diletakkan kedalam pinggan sebelum dia kembali semula ke meja dimana Iman berada.
"Mana pengantinnya?" soal Ammar.
Iman meletakkan cawan plastik kembali ke meja setelah menyisip teh panas itu beberapa kali. "Pengantin belum sampai lagi. Lepas Zuhur ni, diorang sampailah tu."
"Oh." balas Ammar.
"By the way, korang dah tahu ke yang Atiqah dan Haiqal akan bertunang dalam masa terdekat ni?" soal Adriana.
"Serius?" soal Farhah. Mestilah terkejut bila mendengar Tom and Jerry versi manusia itu akan bersatu. Haih itulah, siapa suruh bergaduh sakan. Kan dah jadi jodoh satu sama lain. Eh, salah tu. Sepatutnya kita mengucapkan tahniah dan mendoakan semoga mereka berjodoh sehingga ke Jannah.
YOU ARE READING
Parallel ✔
FantasyTale No. 1 : Parallel mengisahkan tentang Ammar seorang jejaka berusia 27 tahun yang sombong dan memang tidak suka untuk ambil tahu hal sekeliling. Menjadikan hidupnya huru-hara dek kerana sikapnya yang pentingkan diri. Gambar seorang gadis yang dit...