4

4 1 0
                                    

"Kakak... kakak engar tak?" Tegur Nara kepada kakaknya yang sedang mendengar Al-quran dari dalam telefon . Qaisara tekan pause dan memandang Nara dengaq pelik.

" dengar apa?" Soal Qaisara penuh hairan. Nara menunjuk keluar balkoni bilik mereka.

"Tu.... ada oyang.. macam... alaa..." kata Nara dengan mulut muncung. Semakin berkerut dahi Qaisara.

"Ish Nara ni.. tak baik menegur" tegur Qaisara kepada Nara . Baru sahaja hendak menekan continue button youtube, tangannya dipegang dan digoyang perlahan.

"Betullll. Kakak engar laaaaa" rengek Nara sambil hentak kaki perlahan. Aplikasi Youtube dikeluarkan, Qaisara melihat paparan jam

6:50a.m.

Dah hampir cerah rupanya. Langsir dibuka, terpapar langit yang kian cantik kerana terbitnya matahari.

"Waaaaaawuuu. Kakak kakak!! Nak keluwa!!!!"Kata Nara sambil lompat teruja. Qaisara menunduk dan melihat Nara yang melihat keluar pintu dengan mata yang bersinar .

Qaisara pun akur dengan permintaan Nara. Sebaik sahaja sliding door dibuka, angin laut menyapa muka mereka.

"Jjukk" kat Nara sambil memeluk badan sendiri yang masih memakai telekung. Ala comelnya.

Akan tetapi, bukan angin laut yang menjadi tumpuan. Qaisara terdengar suara, suara yang sangat jelas lagi merdu.

"Eh kakak...Tu abang syemalam lah" kata Nara yang sudah berdiri di balkoni sambil menunjuk ke bilik sebelah kiri mereka. Qaisara mengambil telekung di dalam bagasi lalu dipakai, dan menjenguk kepalanya keluar pintu.

Walau hanya nampak sebahagian rupanya, tapi Qaisara tahu itu ialah jejaka tampan yang dia jumpa semalam. Terbit satu senyuman tanpa disedari.

'Masyaallah sedapnya suara. Dah la handsome' omel Qaisara dalam hati. Seperti baru sedar, dia terus menepuk bibirnya perlahan.

'Astagfirullah, apa aku cakap ni'

Nara yang di luar bilik melihat kakaknya pelik kerana menggeleng kepala sendirian. Kemudian dia melihat ke jiran sebelah mereka . Sepertinya abang semalam itu sudah selesai. Tanpa berfikir panjang, Nara terus memnggilny.

"ABANGG!!!" Jerit Nara dengan kuat membuatkan lelaki itu melihat kearah Nara. Nara yang telah berjaya menarik perhatian lelaki itu melambai tangan kepada lelaki itu dengan comel.

Qaisara yang hanya menjenguk terkejut dengan jeritan mengejut Nara.

Qaisara menjenguk dan melihat jejaka itu. Dirinya terlalu kusyuk melihat jejaka itu sampai tak sedar lelaki ith sudah habis mengaji. Dia melihat jejaka tampan itu melambai kembali kepada Nara dengan senyuman manis. Al-qurannya pula dipeluk di dada.

Qaisara yang masih melihat lelaki itu terkejut apabila mata mereka bertembung membuatkan Qaisara berhenti menjenguk dan menyorok disebalik pintu. Pipi yang sudah mulai memanas dan juga jantung yang semakin berdegup kencang. Qaisara memegang kedua belah pipi dengan telapak tangannya,lalu menekup wajah kerana malu. Sehingga tidak sedar Nara di hadapnnya.

"Kakak?"

[HIATUS] Love at the First Beach -pjmWhere stories live. Discover now