27

2 1 0
                                    

"Chim, mahkamah Daegu dekat je kan dengan rumah nenek Tae?" Soal Puan Park.

" haah, kenapa?" Soalan dibalas soalan. Puan Park mendekati Jimin yang sudah terbaring, bersedia mahu tidur. Puan Park duduk disebelah Jimin, tangan Jimin yang di lur selimut dipegang.

"Diorang berdua kena pergi mahkamah sana." Kata Puan Park

"Qaisara dan Batrisyia?" Tembak Jimin. Puan Park angguk.

"Haah. Lusa. Kamu tanya lah dekat Tae, boleh tak diorang tumpang rumah nenek dia. Kesian diorang tak tahu nak duduk mana dekat Daegu nanti. Alang-alang bagi Tae cuti, dah lama sangat omma tengok dia tak cuti" kata Puan Park sambil usap rambut Jimin dengan tangan lagi satu.

"Habis kerja office?" Soal Jimin yang risau akan kerjanya , tak mahu tertangguh. Sudah la dia baru siapkan semuanya.

"Appa offer nak tolong" terus bersinar mata Jimin mendengar ommanya kata begitu.

"Kalau centu Chim ok!!" Kata Jimin dengan senyuman. Puan Park yanb geli hati mencubit pipi Jimin perlahan.

~._.~

~skip~

"ASSALAMMUALAIKUM!!! TAEHYUNG DAH SAMPAIIII" jeritan seseorang yang memasuki rumah agam milik Family Park tanpa segan silu. Yang diharapkan ada seseorang menyambut, tetapi seorang pun tak berbunyi. Jadi dengan bibir dicebik, dia mendekati ruang makan yang penuh dengan suara orang bersembang.

" eee sampai hati tak sambut"

"Dah dah la tu Taehyung, pergi basuh tangan. Harini ada orang masakkan nasi goreng kampung"

"WOKEYY.. " balas Taehyung, namun dia berhenti bila lihat seorang wanita baru keluar dari dapur. Taehyung berhenti di hadapannya. "eh? Who are you?"

"Qaisara" sapa Qaisara dengan senyuman. Taehyung yang seperti kenal nama Qaisara menolehkan kepala memandang Jimin. Kening belah kiri diangkat dengan sedikit senyuman menyeringai. Jimin yang sedar akan perbuatan Taehyung ,menjeling dengan mata yang membulat.

Taehyung pusing kembali kepada Qaisara dan membalas senyuman.

"Taehyung" kata Taehyung lalu berjalan melepasi Qaisara.

Lengan baju disinting sambil berjalan menuju ke sinki. Namun, seorang wanita yang seperti sibuk di hadapan kuali membuatkan Taehyung berhenti. Wanita itu membelakanginya, tinggi seperti sampai takat dada sahaja.

'Kalau tadi Qaisara... ni siapa?'

"Eherm.. excuse me" kta Taehyung setelah berdehem. Wanita itu menghalang sinki, membuatkan Taehyung tak boleh basuh tangan.

" ye?" Wanita itu menolehkan badan dan menghadap Taehyung.

Dup dupp
Dup dupp

Jantung Taehyung berdegup kencang sebaik sahaja mata mereka bertembung tanpa sengaja. Dengan kaca matanya yang bulat, membuatkan mata nampak lebih bersinar. Tidak seperti Qaisara yang seorang pemalu, Batrisyia berani bertentang mata.

Wanita di hadapannya itu melambaikan tangan di hadapan muka Taehyung, membuatkan dia kembali ke realiti.

"Nak basuh tangan" kata Taehyung dan tunjuk ke sinki di sebelah Wanita itu.

"Oh sorry sorry" kata wanita itu lalu berginjak . Dia kembali membuat kerjanya, iaitu mencedok nasi ke dalam tupperware .

Taehyung membuka paip sinki dan mula membasuh tangan. Bukan cuci, tapi biarkan air mengalir di tangan. Matanya fokus kepada wanita di sebelahnya. Taehyung terua menutup paip dan mengeringkan tangan. Badan mengiring menghadap wanita di sebelahnya.

"Kau siapa?"

"Batrisyia" katanya, lalu memandang Taehyung . "you?"

"Taehyung, Kim Taehyung.." kata Taehyung, "but you can call me hubby" usik Taehyung. Entah kenapa dia tiba-tiba mahu mengusik wanita di hadapannya ini.

Reaksi wajah yang pelik tambah menyampah membuatkan Taehyung semakin geli hati. Batrisyia kembali membuat kerjanya. Taehyung hanya memerhati dari sebelah.

"Buat apa tu?"

" bungkus nasi ni. Boleh makan dalam perjalanan kalau lapar."

"Kau ikut sekali?"

" yep " jawab Batrisyia ,perkataan 'p' ditekan. Tangannya ligat mencedok nasi yang di dalam kuali. Tangan sudah letih setelah membantu Qaisara masak nasi goreng.

" meh sini aku tolong" kata Taehyung lalu mengambil senduk dari tangan Batrisyia. Dia memandang Batrisyia sekilas lalu mula mencedok nasi ke dalam tupperware. Bila terasa seperti jelingan makin tajam, Taehyung hanya menoleh kepala ke Batrisyia.

" jangan bantah, kalau tak aku panggil kau sayang" ugut Taehyung apabila nampak Batrisyia membuka mulut seperti mahu memprotes , lalu pusing kembali. Batrisyia berdecit perlahan, lalu berundur sedikit supaya dapat memberi lelaki itu ruang untuk sambung kerjanya.

[HIATUS] Love at the First Beach -pjmWhere stories live. Discover now