61

3 0 0
                                    

"Awak takkan maafkan saya kalau awak tahu" kata Jimin dengan perlahan, sehingga kedengaran seperti bisik. Nasib saja air telah ditutup,kalau tidak satu pun Qaisara tak dapat dengar. Lengan Jimin disentuh perlahan, tidak mahu terkejutkan lelaki itu.

"Awak buat apa?"soal Qaisara yang menahan sebak akan situasi Jimin.

Jimin yang tertunduk, mengangkat wajah memandang Qaisara dengan mata yang berair. Dengan setiap kelipan mata, air mata turut terjatuh sekali. Qaisara mengusap perlahan air mata yang mengalir dan membiarkan jarinya mengusap lembut pipi Jimin seperti mana arwah kakaknya selalu buat ketika dia menangis. Hal kecil ini mampu menenangkan Qaisara setiap kali. Jadi,Qaisara membuatnya kepada Jimin, dengan harapan lelaki itu dapat bertenang walaupun seketika.

Tampaknya, ia berjaya kerana Jimin mulai bertenang. Melihat respon positif, Qaisara memegang wajah Jimin dengan kedua belah tangan. Sambil menenangkan sang suami, Qaisara turut menyelak rambut yang melekap di dahi Jimin ke belakang. 

"saya.. saya"

"Sa-saya" Qaisara mengangguk dengan senyuman, menunggu Jimin berbicara sehingga habis meskipun tersekat. Semakin banyak air mata yang mengalir, semakin hangat mata Qaisara yang melihat. Dia hendak menangis, tetapi menahan demi Jimin yang tak tentu arah. 

"Saya..." Jimin memandang tepat mata Qaisara.

"saya tidur dengan M-mina" kata Jimin dan air matanya mengalir semakin laju.

Kecewa

Itulah perasaan Qaisara sekarang ini. Senyumannya terus tertanggal dari wajah, yang tinggal hanya riak kecewa yang terpapar. Air mata yang ditahan dari tadi kini sudah mengalir di laju pipi. Tangan yang mengusap pipi Jimin dengan perlahan telah jatuh ke lantai. 

Mata Qaisara hanya dipenuhi dengan kekecewaan. Dia menatap mata Jimin dengan pandangan tersebut, membuatkan lelaki itu semakin teruk menangis. Kini, kedua-keduanya sudah emosi dan buntu. Tangisan Jimin semakin menderas setelah melihat Riaksi Qaisara. Sudah tentu, wanita itu tidak akan mengampuninya langsung. Terasa malu akan Qaisara, Jimin menyembunyikan wajah disebalik tangan yang memeluk lututnya. 

Qaisara mengambil nafas yang dalam dan menghembusnya perlahan. Meskipun hatinya hancur, Qaisara cuba memujuk hati untuk sabar. Prioritinya sekarang ialah Jimin. Mengapa lelaki ini menangis sampai begini jikalau dia betul-betul tidur dengan perempuan lain. Adakah kerana mahu Qaisara sedar dia bersalah untuk menutupi kesilapan? Ataupun memberitahu Qaisara pada awal supaya tidak terkantoi oleh orang lain? 

Tetapi tidak mungkin. Kalau dia betul berbuat sedemikian dengan niat, mengapa sehingga menangis teruk seperti hilang akal. Takkanlah mahu meyakinkan Qaisara sehingga menyakiti diri sampai mahu berdarah kulitnya. 

Kulit. Jimin menggosok kulitnya dengan kasar sehingga merah. Pasti ada sebabnya. Jikalau dia tidur dengan wanita lain dengan niat, takkanlah dia mahu berbuat sedemikian. Kalau mahu hilangkan bau,sekadar basuh badan sabun pun sudah hilang. Tetapi kenapa sampai kulit mahu berdarah? Melainkan...............Jimin..................Jijik?

Qaisara cuba berfikir rasional,seperti mana dia selalu buat ketika bersama pelanggannya yang beremosi. Dia cuba berfikir 1001 kemungkinan mengapa Jimin seperti ini. Kejap,Qaisara berasa dia terlepas suatu benda yang penting. Tapi apa?

Jimin cakap dia tidur dengan orang lain, tapi apa yang buatkan Qaisara berasa terlepas pandang? Kenapa dia berasa dia tertinggal satu benda yang penting. Jimin cakap dia tidur dengan Mina. Tapi siapa----

Mina

Mata Qaisara membulat setelah ingat siapa orang tersebut. Mina tulah yang pecah masuk office Jimin dan mengaku dirinya sebagai tunang Jimin. Dia pernah dengar Fasha bercerita bahawa wanita itu berusaha sedaya upaya untuk pikat Jimin. Dari teori Fasha, Mina tidak suka kepada Jimin melainkan duitnya sahaja. Katanya juga dia pernah nampak Mina keluar dengan lelaki lain. Pada awalanya Qaisara tak mahu percaya tanpa, tetapi melihat apa yang terjadi kepada Jimin...dia sudah mula percayakannya. Tapi tak disangka dia akan melakukan sejauh ini. 

Qaisara yang tersedar dirinya baru sahaja mengelamun kembali ke realiti. Air mata yang mengalir diseka dengan tangan. Dia memandang Jimin yang menyembunyikan wajah disebalik tangan. Bunyi tangisan Jimin buatkan Qaisara kembali sebak. Dia mahu memarahi dirinya sendiri. Sudah tentulah Jimin menangis lebih teruk kerana dia asyik diam sahaja dari tadi. Pasti lelaki itu ingat Qaisara sudah tidak percayakannya. 

"Jimin"panggil Qaisara dengan lembut. Apabila lelaki itu mengangkat wajah, semakin remuk jadinya hati sang isteri melihat air mata yang membasahi pipi. Qaisara memegang kembali pipi Jimin dan menyeka air mata yang mengalir dengan senyuman kecil. 

"Saya bawakan tuala dan baju, awak tukar ye?"kata Qaisara dengan lembut. Jimin, sudah tentu terkedu dengan perubahan Qaisara. Tadi dia kelihatan seperti kecewa, tetapi sekarang.... seperti tiada apa-apa. 

Sepertinya Qaisara dapat membaca fikiran Jimin, dia tersenyum. "Saya tak tahu apa yang berlaku pada awak,tapi saya nak awak tukar baju dulu ye? Nanti demam pula awak lama sangat pakai pakaian basah"kata Qaisara lalu mengusap wajah sang suami. 

Mata Jimin berkelip-kelip melihat Qaisara. Betulkah apa yang baru sahaja dia dengar? Kenapa Qaisara tak kelihatan marah langsung? Kenapa Qaisara begitu tenang sekarang ini? 

Itulah soalan yang bermain di fikiran Jimin. Dalam tak sedar, air mata telah berkurangan dengan setiap belaian dari isteri. Jimin yang tersedar Qaisara sedang menunggu jawapannya, mengangguk perlahan kepala. Seperti puas dengan jawapan, Qaisara tersenyum lebar lalu bangun meninggalkan Jimin untuk mengambil pakaiannya.

Qaisara hanya mencapai pakaian di dalam luggage Jimin lalu diletakkan atas singki di dalam bilik air. Jimin yang sudah berdiri buatkan Qaisara berhenti sejenak di pintu. Mengapa? kerana dia baru sedar, Jimin selama ini tidak berbaju. Nasib sahaja lelaki itu tidak memandang Qaisara, kalau tidak sudah tentu nampak kemerahan di wajah. Selepas meletakkan pakaian tersebut atas sinki, Qaisara berjalan keluar dari tandas. Sempat dia mencapai Baju Jimin yang berada atas lantai  di hadapan pintu dikutip supaya tidak basah seperti kain telekungnya. 

Baju Jimin terus dilempar atas katil sebaik sahaja terdengar bunyi pintu ditutup. Qaisara dengan segera mencapai bajunya untuk menyalin pakaian yang telah basah. Hampir terjatuh wanita itu apabila pakai seluar dengan laju kerana khawatir Jimin akan keluar dari tandas dahulu, nasib sahaja tangannya sempat menahan diri dari jatuh menggunakan katil.

Selesai menukar pakaian, Qaisara mengambil baju yang telah basah dan diletakkan ke tepi. Baju Jimin yang berada atas katil diambil. Baru sahaja memegangnya, Qaisara melepaskannya dengan segera setelah terasa sesuatu yang basah dan melekit terkena jari-jemari. Terus sahaja kotoran itu dilap kembali ke baju Jimin. Qaisara menyelak pakaian tersebut untuk mencari kotoran itu. Jumpa sahaja, Qaisara terkedu..

Rasanya dia tahu apa kotoran itu. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 17, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[HIATUS] Love at the First Beach -pjmWhere stories live. Discover now