"Awal betul pengantin baru bangun harini" kata Taehyung sebaik sahaja nampak pengantin baharu yang sudah berada di ruang makan. Jimin yang sedang siapkan meja memandang Taehyung sekilas
"bukan aku selalu bangun awal ke?" soal Jimin lalu duduk setelah siap kerjanya. Qaisara yang baru memasuki ruang makan meletakkan mangkok berisi bihun goreng di atas meja makan. Sempat senyuman diberikan kepada Taehyung lalu hilang semula untuk pergi ke dapur
"selalu kan pengantin baru ----Aww!!" Taehyung terus memegang bahagian belakang kepalanya yang di tepuk Jungkook. Matanya menjeling lelaki itu, tetapi Jungkook sudah menjeling terlebih dahulu dan membuat gaya zip mulut lalu mengambil tempat duduk hadapan Jimin. Taehyung yang mencebik bibir terus duduk di sebelah Jungkook. Fasha yang baru keluar dari dapur sambil membawa air meletakkannya di atas meja dan duduk di kerusi sebelah Jungkook yang lagi satu.
"Btw, omma appa dah nak balik" kata Fasha.
Qaisara yang sudah siap kerjanya di dapur terus ke ruang makan dan mencedok bihun ke atas pinggan. Lalu pinggan tersebut diletakkan di dua tempat duduk yang kosong, untuk papa dan mamanya. Lalu dia mengambil tempat duduk di sebelah Jimin dan ucap terima kasih kepada Jimin yang sudah tolong hidangkan makanan kepada dia.
"hari ni?" soal Qaisara sambil menuang air ke dalam cawan lalu hulurkan cawan tersebut kepada Jimin.
"Haah, nanti kita pergi sekali nak?" soal Jimin dan memandangnya sekilas. Qaisara mengangguk, kerana hari ini dia tak ada apa-apa aktiviti kerana masih cuti kahwin.
Batrisyia yang baru sama baru keluar dapur terus duduk di sebelah Fasha, kerana dia lebih selesa dengan wanita yang mengandung itu berbanding Qaisara. Kemudian, mereka pun mula makan sarapan pagi setelah kehadiran ibubapa Qaisara.
~._.~
"jaga menantu omma elok-elok tau Chim" pesan Puan Park yang memegang tangan Qaisara. Jimin terus memuncungkan bibir.
"Habis Chim siapa jaga?" soal Jimin dengan nada sedih yang dibuat. Puan Park acah menjeling Jimin membuatkan muncung lelaki itu semakin ke depan. Jimin mengaduh sakit taktakal terasa bibirnya ditarik oleh seseorang. Hidungnya mengerut dan mata menjeling Tuan Park yang menaikkan kening berkali-kali.
"omma~~tengok appa" rengek Jimin dan menolak bahu Tuan Park perlahan.
"omma kau dah tengok appa sebelum kau lahir lagi" usik Tuan Park dengan muka bangga. Semakin mengerut wajah Jimin mendengar jawapan tersebut. Jimin terus mendekati Puan Park dan memeluk tangannya. Pipi digesel di bahu ibunya sambil mulut muncung sedepa.
"ya allah.. Sudah-sudah..." kata Puan Park dan melepaskan tangan Qaisara. Dia menjeling manja suaminya yang menjelirkan lidah kepada Jimin. Suka sangat orang tua tu menyakat anaknya.
Qaisara hanya ketawa perlahan melihat telatah keluarga di hadapannya. Lalu, mereka pun saling mengucapkan selamat tinggal. Qaisara dan Jimin terus menyalam Tuan dan Puan Park sambil mengucap selamat sampai. Sebelum pergi, Tuan Park sempat menarik tangan Jimin dan memeluk anaknya.
"appa nak cucu made in Malaysia" bisik Tuan Park lalu melepaskan Jimin dan memberikan senyuman hodoh kepada anaknya membuatkan Jimin ketawa. Terus sahaja lelaki tua itu ditolak Jimin untuk ikuti Puan Park yang sudah jauh meninggalkannya.
Setelah kedua orang tuanya tidak kelihatan, Jimin menoleh ke isterinya.
"makan ice-cream nak?" soal Jimin dan menghulurkan tangan. Qaisara yang nampak seperti teragak-agak menangguk lalu mencapai tangan Jimin yang menunggu.
YOU ARE READING
[HIATUS] Love at the First Beach -pjm
FanfictionCinta pandang pertama kat pantai agitewww. Baca baca jugak. Amalan wajib jangan tinggal. Jangan sebab nk baca sampai tinggal perintah Allah. Ha dah aku tulis fun fun. (hiatus sbb belajar👍)