60

1 0 0
                                    

PPANG PPANG PPANG

PPANG PPANG PPANG

PPANG PPANG PPANG

Qaisara yang baru terjaga dari lena segera menuju ke pintu. Telekung yang tergantung segera dicapai dan dipakai dengan segera. Tangannya sempat menggapai hanger yang berada dalam almari sebagai langkah berjaga-jaga. Berhenti di hadapan pintu, dia mendekatkan mata ke satu lubang kecil yang berada di tengah-tengah pintu. Mata kiri ditutup, mata kanan melihat menerusi lubang kecil tersebut. 

"Ya Allah,Jimin" 

Qaisara dengan segera membuka pintu tersebut. Terserlah wajah seseorang yang sangat dirinduinya. Sepatutnya dia harus berasa lega melihat Jimin, tetapi perasaan risau yang menimpa apabila Jimin terus berlari melepasinya lalu masuk ke dalam tandas tanpa sebarang kata. Qaisara turut mengikut Jimin, tetapi pintu tandas ditutup betul di hadapan muka. Bunyi pintu yang dikunci buatkan Qaisara mengetuk pintu dengan kuat. 

"Jimin!!"

Qaisara terus membentak memanggil suaminya. Tombol pintu dipulas kasar dengan harapan akan terbuka. Bunyi air shower buatkan Qaisara risau. dalam fikirannya mempunyai banyak soalan. Salah satunya, mengapa Jimin terus masuk dalam bilik air tanpa menghiraukannya. 

Tidak kisah akan pakaiannya, Qaisara segera menyarung kain dengan cepat lalu berlari keluar dari bilik tanpa memakai selipar. Pekerja yang berada di kaunter receptions menjadi tujuan.

"Kunci tandas"kata Qaisara. Pekerja yang di situ melihat Qaisara dengan pelik dan terkejut. Sudahlah muncul dengan tiba-tiba, kemudian meminta sesuatu yang pelik. 

"Kunci tandas bilik saya,cepat!!" kata Qaisara lagi sekali,namun kali ini tidak sengaja meninggikan suara.Pekerja tersebut yang terkejut dengan suara Qaisara segera menggapai kunci pendua yang disediakan untuk kecemasan.Jikalau mengikut prosedur, mereka sendiri yang patut membuka pintu tandas sekiranya ada kecemasan, tetapi khabar tentang Qaisara telah tersebar dia pun memberikan sahaja.  Kunci tersebut dihulur kepada Qaisara, yang mana wanita itu menggapainya lalu terus berlari tanpa sepatah kata. 

Qaisara yang telah tiba di hadapan tandas segera memasukkan kunci . Sebaik sahaja pintu terbuka, Qaisara menerjah masuk kedalamnya. 

"Jimin? kenapa ni?!"soal Qaisara yang terkejut melihat keadaan Jimin. Lelaki itu berdiri di bawah shower dengan air yang terpasang, kulitnya kelihatan sangat merah disebabkan Jimin yang menggosok badan menggunakan loofah dengan begitu kasar. Hanya bajunya sahaja yang tertanggal,tetapi seluarnya masih ada.  Qaisara yang terkedu melihat keadaan suaminya segera mahu  menghentikan perbuatan tersebut. Baru sahaja memegang tangan Jimin, lelaki itu sudah menepis. Tidak berputus asa, dia mencuba lagi sekali. tetapi kali ini Jimin menepisnya kasar.

"tepi,Jangan sentuh!!" sentak Jimin. Qaisara tetap tidak berputus asa, dia terus berdiri di hadapan Jimin dan memegang  tangan Jimin dengan sedaya upaya. 

"Awak kenapa awak buat macamni? Kulit awak dah merah sangat!"kata Qaisara dengan risau. 

"jangan sentuh!"jerit Jimin tanpa memandang Qaisara dan bergelut melepaskan tangan dari dipegang. 

Jujur, Qaisara terkejut akan Jimin yang meninggikan suara. Lelaki ini selalu bercakap lembut dengan semua orang, termasuk dirinya. Tidak pernah langsung Qaisara melihatnya melayani sesiapa dengan kasar.  Meskipun terasa, Qaisara tahu ada sesutau yang tidak kena sehingga membuatkan Jimin menjadi sebegini. Tidak kesah dirinya juga turut basah, Qaisara memegang lengan Jimin dengan lembut, cuba menghentikan perbuatan yang menyakiti diri. 

"Awak" panggil Qaisara dengan lembut,tetapi tidak dihirau Jimin yang sibuk menggosok diri dengan kasar. Sekali lagi Qaisara memanggilnya, tetap juga tidak dilayan. Sungguh, hati Qaisara bergetar melihat kulit Jimin yang kelihatan hampir berdarah. Dia boleh sahaja merentap loofah tersebut daripada tangan Jimin, tetapi situasi Jimin yang seperti hilang akal buatkan dia berfikir semula. Qaisara memanggilnya lagi, dan jawapannya masih sama. 

"PARK JIMIN!"

Akhirya, lelaki itu memandangnya juga. Tetapi,pandangan yang diberikan Jimin membuatkan hati Qaisara rapuh. Air mata mengalir di pipi bersama mata yang merah menyala. Melihat situasi Jimin, mata Qaisara sudah mula memanas. Secara perlahan, Qaisara memegang kedua belah lengan Jimin. 

"awak...maafkan saya..."kata Jimin dengan sayu. Tiba-tiba, Jimin telah jatuh terduduk membuatkan Qaisara terikut bersama. Air mata yang mengalir ditapis oleh air yang masih mengalir dari shower head. Qaisara yang sudah basah lencun tetap setia berada di sisi Jimin. 

"awak tak ada buat salah dekat saya. cuba bagitahu,apa yang jadi dengan awak? Kenapa awak hilang semalam?"soal Qaisara lalu menyelak rambut basah Jimin yang melindungi mata Jimin. 

Jimin yang secara tiba-tiba memegang tangan Qaisara dengan kedua belah buatkan Qaisara tekedu. Jimin duduk melutut, memandang Qaisara dengan mata yang berair sambil mengulangi perkataan ini. "Maafkan saya.. maafkan saya... maafkan saya...."

Qaisara tidak tahu mahu memberi riaksi apa. Jimin meminta maaf,tetapi untuk apa? Kenapa Jimin mahu meminta maaf kepadanya sampai begini. Qaisara yang selalunya berfikir rasional kini berasa buntu. Apa yang perlu dia lakukan untuk hentikan Jimin daripada berbuat sebegini?

Tidak henti meminta maaf, Qaisara akhirnya membalas kepada Jimin."Y-ye..saya maafkan awak, tapi berhenti buat benda ni." kata Qaisara. Dia fikir jika dia berkata begitu, Jimin akan berhenti meminta maaf,tetapi balasan Jimin lain dari yang dijangka. Tangan Qaisara yang dipegang terus ditolak . Jimin menggeleng kepalanya, lalu berundur sehingga diri melekap di dinding. 

"tak. tak." katanya, kedua belah kaki dinaikkan dan dipeluk rapat. Dari persepsi Qaisara, Jimin kelihatan seperti hilang akal. Semakin hancur hati Qaisara melihat Jimin seperti itu. 

Kain telekung yang sudah basah buatkan Qaisara berasa tidak selesa untuk bergerak. Dia membuka telekung tersebut, dan melemparnya ke tepi. Bajunya yang sudah lencun tidak diambil peduli langsung. Di dalam fikirannya sekarang, mahu membantu Jimin dan mengetahui apa yang sedang berlaku kepadanya. Qaisara bangun lalu menutup air yang terbuka dari tadi lalu duduk di hadapan Jimin.

[HIATUS] Love at the First Beach -pjmWhere stories live. Discover now