49

1 1 0
                                    

Sebaik sahaja Qaisara menutup pintu , suasana janggal memenuhi bilik. Mereka berdua berdiri statik. Jimin berdiri di pintu, Qaisara pula tak jauh daripadanya. Jimin yang betul-betul tak selesa dengan suasana janggal tersebut berdehem sikit,menarik perhatian Qaisara.


"Kita..solat sunat dulu la? Sebab kita tak buat lagi" kata Jimin yang cuba memecahkan suasana janggal antara mereka berdua. Matanya memandang Qaisara, tak tersangka wanita itu memandangnya kembali membuatkan mereka berdua melarikan pandangan secara serentak.

"Kalau macamtu.. saya ambil wuduk dulu?" Soal Qaisara dan tunjuk ke bilik air yang di dalm biliknya. Jimin berdehem, dan angguk perlahan.

~._.~

Setelah selesai membaca doa selepas solat, Jimin memandang Qaisara dengan senyuman. Tangan kanan dihulurkan kepada Qaisara, membuatkan wanita itu memandang tangannya dengan terkebil-kebil.

Qaisara memandang tangan dan muka Jimin silih berganti. Keningnya diangkat, masih keliru membuatkan Jimin tertawa kecil.

"taknak salam?" soal Jimin dengan senyuman. Qaisara yang tersedar terasa darah membuak naik, berkumpul di pipi.

Malu tak malu, Qaisara mengesot kehadapan sedikit, menyambut tangan Jimin kembali. Tangannya dikeluarkan dari telekung, dan salam tangan Jimin yang menanti dengan kedua belah tangan. Tangan si suami dicium lembut, sempat cincin di jari Jimin dipandang sebelum duduk tegak kembali.

Mata Qaisara memandang Jimin apabila tangannya tak dilepaskan. Di dalam minda berfikir mahu menarik kembali, tetapi bila difikir semula macam tak sopan kerana genggaman Jimin tak begitu kuat, hanya lembut tetapi cukup untuk dia tahu Jimin tak mahu lepaskan tangannya.

Mata Jimin tak melihat Qaisara, sebaliknya melihat cincin emas yang tersarung di jari manis. Sebaik sahaja pandangan dinaikkan memandang Qaisara, wanita itu yang panik dengan perbuatan tiba-tiba Jimin terus menundukkan pandangan, memandang tangan mereka yang bertaut.

"merah betul muka awak" usik Jimin, tawanya terkeluar melihat pipi Qaisara lagi merah dari tadi.

"Saya nak mengaji dulu, hari ni saya tak sempat lagi. Awak nak tidur dulu ke?" soalan Jimin mendapat geleng an daripada Qaisara. Jimin mengalihkan pandangan, dia mengesot sedikit, mengambil sejadah yang diduduki untuk dilipat.

Ketika melakukannya, Jimin terasa seperti dirinya diperhatikan. Disebabkan dia masih lagi duduk menghadap Qaisara, dia mengangkat wajah dan ternyata isterinya yang sedang memerhatikan dia.

"Kenapa?" soal Jimin dengan pelik, lagi-lagi apabila melihat Qaisara masih duduk tak bergerak. Qaisara mengalihkan pandangan, matanya dengan perlahan memandang telekung yang tersarung pada diri sendiri lalu melihat Jimin kembali. Disebabkan Jimin masih tayangkan riak wajah yang tak faham, Qaisara ulang perbuatannya tadi. Membuatkan dia semakin malu.

Dahi Jimin berkerut, matanya di kecilkan. Dia tahu Qaisara sedang cuba sampaikan sesuatu, tetapi dia tak dapat faham lagi. Matanya cuba ikut gerak geri mata Qaisara yang berkali-kali memandang dia lalu ke bawah. Jimin pun turut lihat ke bahagian paha Qaisara yang dilitupi dengan telekung.

TELEKUNG

Mulut Jimin terbuka sedikit apabila sudah faham apa makna yang diberikan dengan mata si isteri. Matanya digerakkan, memandang mata Qaisara yang sudah tunduk ke bawah. Tawa kecil terkeluar melihat Qaisara semakin merah bernyala di pipi. Tetapi tawanya di perlahankan melihat Qaisara yang tertunduk, seakan merajuk dengan Jimin.

Qaisara yang merajuk tanpa sengaja dengan perbuatan Jimin, terkejut apabila dagunya diangkat lembut oleh jari seseorang. Matanya membulat tatkala melihat Jimin sudah pun berada betul-betul di hadapan dia.

"Sorry.." bisik Jimin dengan perlahan, jarinya masih setia di dagu Qaisara sambil mata tak lepas memandang milik si isteri.

Terasa seperti nafas tersekat di kerongkong, ini pertama kali Jimin dapat meneliti mata Qaisara. Cahaya lampu yang terang membuatkan pantulan di mata Qaisara semakin bersinar seperti ada bintang di dalamnya. Terasa dirinya terperangkap, tak mampu larikan pandangan. Senyuman terbit di bibir tanpa disedari.

Mata Qaisara membulat melihat Jimin memendek kan jurang di antara mereka berdua. Matanya di pejam rapat, tak berani membuka.

Chupp

Qaisara membuka matanya apabila terasa sesuatu yang hangat menghinggap di dahi. Matanya hanya melihat leher Jimin, yang mana masih mengucup dahinya. Tidak lama kemudian, terasa kehangatan di dahi telah hilang, membuatkan dia hembus nafas yang entah bila ditahan. Tetapi debaran di dada semakin teruk apabila matanya kembal bertembung dengan milik si suami.

"may I?" soal Jimin, jari yang tadi memegang dagu Qaisara kini menarik lembut telekung Qaisara. Matanya tak lepas memandang mata Qaisara.

Qaisara yang terasa dirinya terperangkap hanya mampu menangguk kepala. Senyuman yang mekar di bibir Jimin setelah dia beri jawapan membuatkan jantung berdegup laju.

[HIATUS] Love at the First Beach -pjmWhere stories live. Discover now