28

3 0 0
                                    

"Kami pergi dulu, Assalammualaikum"

" waalaikumsalam, hati-hati" balas Puan Park dan melambai kepada mereka. Jimin mendekati Qaisara yang sedang hampiri kereta milik Taehyung.

" awak ikut je kereta kami dari belakang. Kalau terlost , call ja saya" pesan Jimin setelah Qaisara duduk di tempat pemandu. Qaisara mengangguk faham, lalu Jimin menutup pintu kereta untuk Qaisara.

Disebalik rumah..
Fasha mendekati ayah angkatnya. Di dalam minda sudah keluar satu idea yang sangat bernas dan ingin berkongsi dengan Tuan Park.

" appa, nak pergi Malaysia jumpa parents Qaisara tak?" Soal Fasha dengan senyuman menyeringai. Tuan Park membalas pandangan Fasha, sama juga senyuman menyeringai.

" macam mana Shasha boleh baca fikiran appa ni?"

~._.~

Batrisyia memegang perutnya yang memulas, kali ini sudah 6 kali dia sakit perut. Kesakitan yang dirasai cuba disembunyikan, tak mahu menyusahkan siapa. Tapi kali ini sakit sangat.

"Cik Qaisara...." panggil Batrisyia dengan suara yang lemah.

"Kamu ok? Pucat je muka?"Qaisara menoleh memandang Batrisyia sekilas. Tak boleh pandang lama, kerana dia sedang membawa kereta.

"saya nak pergi tandas " kata Batrisyia, tangan menekan perut "sakit perut"

Qaisara melihat ke cermin belakang seketika. Apabila pasti tiada kereta, dia mengeluarkan telefon dari beg dompet dan membuka telefon lalu dihulurkan kepada Batrisyia.

" awak buka phone saya cari nama Jimin. Awak bagitahukan sebab saya bawa kereta sekarang" kata Qaisara dengan risau. Batrisyia mengambil telefon yang dihulur tampa membantah. Perutjya terlampau sakit. Aplikasi telefon dibuka, Batrisyia menaip nama Jimin di tempat search. Jumpa sahaja, terus butang call ditekan.

Park Jimin
Ringing..

"Umm encik Jimin.. Batrisyia ni.." kata Batrisyia setelah panggilan disambung.

" ni Taehyung, Jimin tertidur. ha kenapa?" .

Batrisyia mengeluh sakit. Perut yang semakin galak memulas ditekan dengan tangan. Kepala mula pening akibat sakit yang melampau

" berhenti dekat stesen perhentian boleh?" Soal Batrisyia dengan suara yang lemah. Qaisara yamg membawa kereta memandang Batrisyia sekali-sekala. Risau juga dia.

" umm...boleh, dalam 5 minit lagi" balas Taehyung di hujung talian setelah lama berdiam.

Batrisyia menutup panggilan dan memberitahu Qaisara akan apa yang didengarinya.

Seperti yng Taehyung cakap, selepas 5 minit kereta yang dinaiki memasuki simpang di tepi highway. Sebaik sahaja Qaisara menarik break kereta, Batrisyia terus membuka pintu kereta dan berlari keluar.

Disebabkan kereta mereka parking bersebelahan, Taehyung terkejut apabila Batrisyia lari melintasi pintu kereta. Nasib sahaja pintu tak dibuka lagi, kalau tak mesti dah kena Batrisyia.

Taehyung keluar dari kereta dan memandang Qaisara sekilas, nampaknya perempuan itu pun sama risau dengan keadaan Batrisyia.

Taehyung berjalan mengikuti ke mana Batrisyia pergi. Dirinya agak risau dengan keselamatan wanita kec itu. Yelah, sudah di negara asing, tak tahu arah tuju pula.

Taehyung berpusing mencari kelibat Batrisyia, namun tidak nampak. Baru sahaja terdetik mahu menjerit nama Batrisyia, tiba-tiba dia terasa hujung baju belakangnya ditarik perlahan. Taehyung menoleh sedikit, dan melihat Batrisyia yang wajahnya menahan kesakitan.

" Encik Taehyung.. minta Tolong boleh?.." soal Batrisyia lalu melepaskan baju Taehyung setelah lelaki itu menangguk.

" tandas dekat mana?" soal Batrisyia. Taehyung memanjang kepala, melihat signboard yang tergantung dari bumbung.

" ikut aku" kata Taehyung setelah nampak signboard tandas perempuan.

Batrisyia mengikuti langkah Taehyung dari belakang. Dahinya berkerut cuba menahan sakit. Buat hal betul perut ni. Baru ja setengah jam perjalanan, dah buat hal. Tadi masa dekat rumah parents Jimin taknak memulas pula.

" ha pergi la. Aku tunggu sini" kata Taehyung yang membuatkan Batrisyia tersedar. Rupanya dia sudah sampai di hadapan tandas wanita. Batrisyia mulakan langkah untuk masuk ke tandas, namun berhenti dan menoleh ke Taehyung.

" terima kasih. Kalau Encik Taehyung nak pergi, pergilah" kata Batrisyia.

Taehyung mengeluh dan menundukkan kepala. Kaki berjalan mendekati Batrisyia setapak demi setapak.. Secara perlahan. Mata, merenung Batrisyia.

" Sayang.... " panggil Taehyung setelah berhenti betul-betul di hadapan Batrisyia, membuatkan wanita itu terpaksa melangut memandang Taehyung dengan mata yang membulat.

"abang tunggu sini ok?" Kata Taehyung dengan penuh romantis. Senyuman yang manis mekar di bibir.

Tapi Reaksi Batrisyia yang serupa mahu tumbuknya membuatkan Taehyung ketawa . Taehyung menolak  lembut bahu Batrisyia dengan telefon yang di tangan.

" Dah ! Aku tunggu sini. Sesat kau nanti" kata Taehyung . Batrisyia yang sudah sakit teramat terus berlari masuk ke dalam tandas, malas bertekak dengan Taehyung

[HIATUS] Love at the First Beach -pjmWhere stories live. Discover now