Wushhh~~~~
Angin laut menampar lembut wajah seorang jejaka membuatkan rambut yang panjang sedikit serabut.
Jejaka itu menarik nafas dengan dalam dan hembus dengan senyuman yang tak lekang. Matanya ditutup aambil berjalan menikmati angin laut. Dengan berkaki ayam, dia berjalan di tepi laut . Kasut Gucci dipegang dengan sebelah tangan .Bzzt bzzt
Bzzt bzztBadan jejaka tersebut terhinjut sedikit aku akibat terkejut. Telefon yang bergetr di poket belakang ditarik keluar .
Tahidung🐽 is calling...
Accept"Pergi ke kedai membeli roti,JEMAN KAU NAK MATI KAAAA" jerit suara di hujung talian. Jejaka tersebut jauhkan sedikit telefon dari telinganya. Terbit satu senyuman kecil di bibir. Dia meletak kembali telefon di telinganya.
"Pehal kau. Dengan salam tak bagi"respon jejaka. Dia tergelak kecil bila terbayang reaksi sahabatnya di hujung talian. Mesti tengah geram.
"Baiklah tuanku, ASSALAMMUALAIKUM WARAH MATULLAHIWABARAKATUH WAHAI JIMIN ANAK PARK JAMAL" sekali lagi yang di hujung talian menjerit membuatkan dia jauhkan telefon dari telinga.
"Waalaikumsalam Taehyung. Ha kenapa call?" Soal Jimin seolah tiada apa berlaku. Makin geram orang sebelah sana.
"Eee sampai hati g cuti tak ajak"
"Buat apa nak ajak" jawap Jimin tanpa rsa bersalah. Dengusan Taehyung yang kedengaran buatkan dia tergelak.
"Ko ingat ni company bapak kau nak cuti sesedap hati?" Rungut Taehyung. Makin kuat tawa Jimin.
"Memang company bapak aku pun" jawab Jimin lalu sambung tertawa. Taehyung yang di hujung talian mendengus dengan kasar acah merajuk.
"Daser. Habis tinggai semua kerja dekat aku" rungut Taehyung. Jimin berhenti tawa dan sambung berjalan di tepi laut.
"Eh opcosh"
"Otak lu. Ingat ni cuti-cuti Malaysia?"
"Memang aku kat Malaysia pun" jawab Jimin selamba. Suara terkejut kedengaran. Jimin jauhkan telefon dari telinga kerana dia tahu apa respon yang sahabat dia akan berikan.
"WEEIIIIIIIII"
"Sorry bruh"
~._.~
"Jaga diri elok-elok tau? Bawa kereta pelan-pelan. Kalau mengantuk berhenti dulu." Pesan Puan Alya sambil mengusap lembut tangan anaknya.
"Baik ummi" balas Qaisara dengan senyuman.
"Awak ni risau sangat dengan anak dara awak tu. Ala dia dah biasa lahh" kata Tuan Azim, ayah kepada Qaisara yang berjalan menuju ke pintu rumah. Dia memberi senyuman manis busuk kambing kepada Qaisara. Qaisara tergelak melihat senyuman ayahnya.
"Eh abang. Ni je satu-satunya anak kita tau"
"Macamlah dia tak pernah pergi jauh sebelum ni" balas Tuan Azim . Puan Alya menjeling Tuan Azim dengan tajam.
"EEEE ABANG NI KANN" jerit manja Puan Alya lalu mencubit pinggang Tuan Azim dengan kuat
"Aw aw SAKIT SAKIT" aduh Tuan Azim sambil cuba menepis tangan isterinya. Qaisara tersenyum melihat gelagat dua orang tuanya.
"Eeee ape ni gadu gadu? Tak eyok la." Tegur suara budak kecil. Mereka bertiga serentak melihat Nara yang ditepi Qaisara yang sedang bercekak pinggang.
Puan Alya melepaskan Tuan Azim lalu jeling suaminya.
"Abang lah ni"
~._.~
Setelah beberapa jam membawa kereta, akhirnya Qaisara telah tiba di destinasinya. Kini dia berada di dewan utama sebuah hotel yang bernama 'HOTEL CHENCALOK' .
Sofa yang disediakan menjadi destinasi. Qaisara meletakkan Nara yang didukung ke atas sofa. Qaisara bertinggung, samakan ketinggian dia dan Nara yang masih mamai.
"Nara tunggu kejap, kakak nak pergi dekat kaunter. Duduk diam-diam tau." Pesan Qaisara . Nara yang masih mengantuk hanya angguk mamai .
Qaisara senyum kecil lalu mengusap lembut rambut Nara. Lalu dia bangun dan menuju ke kaunter.
Qaisara melihat nama penyambut tetamu yang ada di kaunter, Laila. Penyambut tetamu perempuan itu senyum lembut kepada Qaisara sambil menunduk sedikit. Qaisara membalas senyumannya.
"Assalammualaikum, saya ada booking bilik under nama Nur Qaisara for 1 week."
"Waalaikumsalam. Tunggu sekejap ya." Balas Laila. Qaisara angguk dan melihat Laila yang sibuk menaip sesuatu di komputer. Laila menundukkan badan dan membuka laci di bawah kaunter. Dia mengambil sesuatu lalu menutup laci tersebut balik.
"Ini dia card kunci bilik Cik. Terima kasih kerana memilih hotel kami. Cik boleh berikan kunci kereta cik kepada pekerja kami yang di depan pintu supay mereka boleh angkatkan beg Cik masuk ke dalam bilik. Nikmati percutian Cik." Ucap Laila dengan senyuman yang tak lekang dan memberi satu card yang tertulis 11 dngan besar.
"Terima kasih"ucap Qaisara dan menerima card itu. Qaisara memusingkan badan dan melihat ke tempat dimana Nara berada. Namun dirinya terkjut melihat sofa yang tadi ada Nara kini sudah kosong.
"Nara? Nara???!!!"
YOU ARE READING
[HIATUS] Love at the First Beach -pjm
FanfictionCinta pandang pertama kat pantai agitewww. Baca baca jugak. Amalan wajib jangan tinggal. Jangan sebab nk baca sampai tinggal perintah Allah. Ha dah aku tulis fun fun. (hiatus sbb belajar👍)