9

3 1 0
                                    

Matahari yang semakin terbenam membuatkan mereka bertiga harus pulang ke hotel. Paparan Jam di telefon sudah menunjukkan pukul 6:15 p.m. Jimin melihat ketepi, Qaisara dan Nara jalan berpegangan tangan sambil si cilik itu menyanyikan lagu row row your boat.

Jantungnya berdegup kencang melihat Qaisara yang tersenyum lebar melayan kerenah Nara. Sambil bernyanyi bersama, Qaisara menggoyang tanagn Nara kedepan dan belakang. Tapi sesuatu membuatkan senyuman dibibir hilang.

"Astagfirullahalazim!"

Qaisara dan Nara berhenti melihat Jimin yang terdiam seribu bahasa. matanya yang membulat memandang Qaisara. dahi Qaisara mengerut,cuba fahami apa yang berlaku,

"Saya tertinggal barang tadi dekat pantai, saya pergi ambil kejap"

"Nak kami tunggu ke?" soal Qaisara kepada Jimin. Jimin menggeleng kepala perlahan.

"Eh tak perlu. Hari dah nak gelap dah. Awak masuk lah dulu."

"Yelah . Terima kasih untuk cendol tadi."

"Sama-sama."

Jimin menghantar mereka hanya dengan pandangannya. Dia melihat mereka sehingga bayang mereka hilang disebalik pintu Hotel Chencalok. Setelah memastikan mereka selamat masuk ke dalam hotel, Jimin terus berlari menuju ke lokasi di mana mereka bertiga berada tadi.

Lariannya mengambil masa 5 minit untuk tiba di destinasi. Namun bukan pantai menjadi tumpuan,tetapi pondok kecil yang menjadi tempat dia beribadah tadi. Jimin naik ke atas pondok itu,tanpa membuka seliparnya. Sejadah kecil milik Qaisara diambil dan dipeluk . Senyuman lega dipaparkan, nafasnya yang tak teratur tidak dipedulikan. Apa yang dia tahu dia lega kerana sejadah kecil milik Qaisara tidak hilang.

"ya Allah, syukur masih ada"

selepas solat Asar,dia tinggalkan sejadah kerana berfikir bahawa Qaisara ingin solat. Namun apabila tahu wanita itu tak boleh beribadah,dia terus lupakan sejadah yang ditinggalkan di pondok. Nasib sahaja tak dicuri atau melayang dek angin.Dengan perasaan gembira,Jimin berjalan pulang kembali hotel yang diginapnya. Dalam perjalanan pulang, dia sempat senyum kepada beberapa orang yang dilaluinya.

Tiba sahaja di hotel, dia disambut dengan mesra oleh pekerja di situ. Jimin membalas semua senyuman mereka. Lalu, dia berjalan menuju ke biliknya. Jimin berhneti di hadapan bilik Qaisara,jirannya. Tangan kanan dinaikkan,unutk mengetuk pintu bilik wanita itu.

Baru sahaja hendak mengetuk pintu bilik jirannya, dia terus membatalkan niat. Taknak mengganggu wanita itu Lagi pula apa orang akan kata kalau nampak dia mengetuk pintu bilik seorang wanita yang masih bujang ,sudahlah hari makin gelap.

Sejadah digenggam,Jimin mengeluarkan card kunci biliknya. Esok sahajalah pulangkan.

~._.~

Fasha Basah🌊 is calling...
Accept

"HI BENCHHHH"

Qaisara yang terkejut dengan sergahan suara kawannya terus menjauhkan telefon daripada telinga. Kepala digeleng , terbit senyuman kecil di bibir.

"Pecah gegendang telinga saya, cuba la calap slow sikit."

"Yela yela. Ni mak nak gitau ni. Mak dah sampai Malaysiaaaaaaa~~~~ " sempat Fasha menarik highnote.

"Sayang jangan la melompat jatuh nanti" kata satu suara dengan samar-samar. Itu pasti Jungkook,suami Fasha.

"Eh you shatap"Qaisara tergelak mendengar respon Fasha kepada suaminya.

"Haih la kamu ni, dengan suami cakap macamtu. Ni, agak-agak sampai pukul berapa?" soal Qaisara. Dia menjauhkan telefon sebentar daripada telinga unutk melihat jam. Sudah 6:56p.m. Lalu teledon dilekap kembali pada telinga.

"Otewe dah sayunk. Lepas isyak i guess"

"Yelah yelah"

" eh eh. Nanti bila mami sampai, mami nak ada red carpet thau!! Bukan selalu Fasha Sandah nak datang Malaysia."

"Yelah Fasah Basah, saya end dulu."

"BYE BEBEHHHH"

Qaisara tersenyum dengan telatah kawannya tu. overhyper betul. Bunyi pintu tandas yang baru dibuka membuatkan Qaisara menoleh. Dia senyum kepada Nara yang baru selesai mandi.

[HIATUS] Love at the First Beach -pjmWhere stories live. Discover now