34

5 1 0
                                    

Mahkamah telah memutuskan untuk menyambung pembicaraan pada hari Jumaat, iaitu lagi dua hari sahaja lagi. Meskipun Qaisara tidak berpuas hati kerana bukti telah berada di depan mata bahawa Mikael bersalah, namun dia hanya mampu menerima dengan hati terbuka. Terpapar riak kecewa di wajahnya ketika sedang berjalan mendekati kereta Jimin yang terparking di parking lot.

"Cik Qaisara don't worry lah, saya jamin Mikael mesti akan kena hukuman juga" kata Batrisyia dengan senyuman, tangan yang memeluk bahu Qaisara menggosok perlahan tangan Qaisara.

"Saya tahu, but kinda angry a little bit. Bukti semua dah terpapar, why not just hukum ja"rungut Qaisara dengan perlahan. Batrisyia tersenyum tipis, tangan yang memeluk Qaisara diturunkan.

"maybe sebab Mikael not korean? Takut jadi masalah International?" teka Batrisyia.

"Betul juga tu.. Tapi saya kesian pula dengan Halmoni, kena duduk lagi 3 hari. Tambah semua jadi 5 hari, tu tak kira lagi kalau mahkamah tangguh"

"Pasal halmoni korang jangan risau"celah Taehyung dari belakang buatkan dua wanita itu terkejut "Hehe. Halmoni suka kalau korang datang, sebab tak pernah lagi dia ada tetamu perempuan pakai tudung katanya."

"Encik Jimin mana?" soal Batrisyia yang tak nampak kelibat Jimin setelah habis perbicaraan. Taehyung menjungkit bahu lalu menyelit kedua belah tangan ke dalam poket , bibir dicebik sedikit.

"Dah masuk kereta awal-awal. Malu apa entah dia tu" kata Taehyung. Automatically Qaisara mengangkat tangan kanan yang menggenggam Teddy bear yang diberi Jimin. Dari dalam bilik perbicaraan lagi dia tak pernah lepaskan. Batrisyia yang di sebelah mengeluarkan suara terkejut melihat apa yang di dalam tangan Qaisara.

"Comelnya.." puji Batrisyia membuatkan Taehyung turut melihat. Senyuman menyeringai menghiasi bibir apabila dia tahu siapa pemberinya.

~._.~

"Awak tengah main kejar-kejar ke dengan saya ni?" soal satu suara membuatkan Jimin yang sedang menyidai selimut terperanjat. Hampir sahaja selimut dilepaskan, nasib sempat tangkap

Jimin menoleh ke belakang, melihat Qaisara yang memandangnya dengan senyuman. Terasa darah menaik sehingga ke pipinya, tak tahu sama ada kerana insiden lepas atau kerana Qaisara tersenyum kepala. Sejak semalam selepas balik darj mahkamah dia asyik melarikan diri daripada Qaisara. Jimin menggeleng kepala.

"yeke? Asal tengok saya je, awak lari. Asal tengok saya je, awak terus hilang" kata Qaisara dengan nada mengusik, kepalanya di jenguk apabila Jimin tidak lagi menoleh ke arahnya. Makin lebar senyuman Qaisara melihat pipi Jimin yang kemerahan

"Terima kasih"kata Qaisara membuatkan Jimin menoleh memandangnya dengan tanda tanya" for the bear, comel"

"Sama-sama" balas Jimin, lalu menumbuk selimut perlahan supaya dapat membuang sisa air.

Jimin menarik hujung selimut supaya selimut itu disidai dengan tegang. Tangan menggenggam bahagian selimut yang basah, membuatkan sisa air keluar menitik. Tapi dirinya tak mampu nak fokus bila terasa dirinya dipandang.

"Jimin.. Awak tak ada benda nak bagi tahu saya ke?"soal Qaisara. Jimin yang sudah menoleh apabila namanya sebut menggeleng kepala perlahan. Bakul yang di atas tanah diangkat dan di sangkut di pinggang.

"Apa-apa ja? Pasal family awak?"

"Kenapa dengan family saya?"soal Jimin kekeliruan

"Tak ada apalah. Saya minta diri dulu"kata Qaisara lalu berjalan memasuki rumah. Jimin yang di luar sudah tertanya kenapa dengan family dia.

Ting
Ting

Fasha Basah🌊
:nyah, lupa bagitahu

:Jimin tak tahu tau pasal ni

[HIATUS] Love at the First Beach -pjmWhere stories live. Discover now