35

3 1 0
                                    

Batrisyia yang mahu meminum air di dapur terberhenti apabila mendengar suara orang sedang berbual. Terus dia menyorok di dinding luar dapur,lagi-lagi apabila mendengar namanya disebut.

"Dont worry bebeh, aku takkan curang dengan Batrisyia aku" kedengaran seperti suara Taehyung.

"Batrisyia kau konon, kahwin pun tak"kini suara Jimin pula yang kedengaran. Batrisyia menjenguk sedikit kepalanya. Kelihatan Jimin dan Taehyung sedang berbual sambil meminum air, sudah seperti pakcik pakcik di gerai kopi.

"ala sabar la, nanti aku kawin la dengan dia"

"Habis omma kau?"

"omma who? Omma aku dah meninggal la"

"aish kau ni la"

"biar la kat dia. Ni, kau dengan Qaisara apa cer?"soal Taehyung, Batrisyia kembali ke posisi asal, kepala tidak lagi menjenguk. Tadi nama dia disebut, sekarang Qaisara pula. Suara keluhan dari Jimin dapat didengari.

"entah la Tae...nak kata aku tak jatuh cinta dengan dia tu... Bohong la"

"kalau lah kan.. Kalau.. kalau aku tak suka dekat Batrisyia, dah lama aku ngorat Qaisara tau!"kata Taehyung dengan kuat,namun suara rengek kesakitan kedengaran selepas bunyi tamparan yang kuat. Batrisyia tergelak kecil di dalam hati, dapat mengagak Jimin menampar bahu lelaki itu.

"masalahnya aku tak tahu dia suka aku ke tak"

"orang bodoh je tak nampak yang dia suka kau"

"tapi kalau nanti aku tanya dia reject macam mana?"

Batrisyia yang sudah tidak merasakan haus terus memusingkan badan untuk masuk ke dalam bilik kembali. Malas lah mendengar perbualan orang lain.

"ala tak ada----"

Bbukk

Batrisyia mengerutkan dahi, paha yang terlanggar bucu meja dipegang. Bibir diketap dengan kuat supaya tak mengeluarkan suara. Perlahan-lahan, badan di sandarkan ke dinding sambil menurun perlahan-lahan sehingga punggung melekat atas lantai.

"Batrisyia? Awak buat apa?" soal satu suara. Batrisyia mengangkat kepala, dan melihat dua lelaki itu sudah menunduk pandangnya dengan riak keliru dan tanda tanya. Batrisyia tersengih menampakkan semua gigi, muka cuba acah seperti baru bangun tidur.

"Saya nak minum air, haus.."balas Batrisyia. Taehyung berdecit perlahan dan bertunggu g di sebelah Batrisyia,tangan Batrisyia yang sedang memegang paha di lihat dengan tanda tanya.

"aigo.. Kau boleh bangun sendiri tak?"soal Taehyung, mendapat angguk an Batrisyia. Dengan hati-hati, meja tadi yang dia terlanggar dipegang sebagai support. Taehyung juga turut berdiri, tangan dihalalkan kepada Batrisyia sebagai bantuan sampingan. Mana tahu wanita itu tiba-tiba terjatuh.

Paha yang masih berdenyut kesakitan tidak di hiraukan. Batrisyia senyum kepada dua jejaka itu lalu terus memusingkan badan daripada mereka.

"Bye!"

Walaupun dirinya dalam kesakitan, namun bibirnya tak mampu menahan senyuman. Sebelum ini dia hanya fikir bahawa Taehyung hanya main-main dengan dia. Dan sekarang dia sudah ada berita yang baik juga untuk Qaisara.

"Cik Qaisara!"bisik Batrisyia dengan sedikit kuat, ingin menarik perhatian wanita yang masih belum tidur kerana memikirkan hal esok.

"Batrisyia?"soal Qaisara, matanya memandang tangan Batrisyia yang memegang paha. "Kenapa dengan kaki kamu tu?" tetapi Batrisyia buat gaya halau lalat, lalu menutup pintu perlahan. Dia terus duduk di atas toto yang di hampar atas lantai. Tempat sebelah di tepuk, memanggil Qaisara duduk.

"Nak tahu cerita tak?" bisik Batrisyia setelah Qaisara duduk di sebelahnya. Qaisara yang masih bingung hanya angguk kepala. Makin bingung dia melihat senyuman Batrisyia makin melebar.

"Cik Qaisara jujur tau..."kata Batrisyia dengan sedikit serius.

"okay...?"

"Cik Qaisara suka encik Jimin tak?"soal Batrisyia,membuatkan Qaisara memandangnya denganmata membulat. Terasa pipinya mulai memanas, lagi-lagi apa a wanita kecil di sebelah memandangnya dengan mata bersinar.

"Kenapa kamu tany--"

"Suka ke tak?"soal Batrisyia lagi, memotong percakapan Qaisara. Nampak seperti tak sabar dengan jawapan. Dalam keadaan malu, Qaisara angguk perlahan. Batrisyia terus tersenyum riang sehingga nampak giginya.

"tadi, saya pergi dapur minum air. Tapi dekat dapur ada orang, so saya curi la dengar.. Sikit je.Saya dengar dari suara Encik Jimin sendiri, dia cakap dia sukakan Cik Qaisara terang Batrisyia dalam keadaan berbisik. Kalau tadi muka Qaisara mulai memerah, dia sudah pasti muka dia dah npak macam tomato.

"Kamu silap dengar kot"

"Cik Qaisara, mata saya je rabun tau, telinga saya tak pekak lagi"bisik Batrisyia dengan nada mengusik. Qaisara terus menekup pipi dengan kedua belah tangan.

"Eceeeeee... Malu malu pulak"

[HIATUS] Love at the First Beach -pjmWhere stories live. Discover now