24

4 1 0
                                    

"Assalammualaikum!! Chim dah balik" jerit Jimin setelah masuk ke dalam rumah. Tie yang terikat di leher ditarik supaya longgar. Badannya terus dihempaskan atas sofa ruang tamu .

"Waalaikumsalam. Lambat betul chim balik harini?" Sapa Puan Park lalu duduk di sebelah Jimin yang menyembamkan kepada ke Sofa. Rambut Jimin diusap perlahan , mesti penat anaknya bekerja seharian. Jimin yang kepenatn tak menjwab soalan ibunya.

"Dah jom makan. Semua dah ada di meja. Mama masak asam pedas harini" kata Puan Park. Terus Jimin mengangkat kepala dan melangut memandang ommanya dengan mata yang bersinar.

"Mama masak asam pedas? Nakkk!!" Jimin terus bangun dan berlari ke dapur. Puan Park menggeleng kepala melihat Jimin yang meninggalkan beg kerjanya di sofa. Dia turut bangun dan berjalan menuju ke dapur.

Jimin yang baru memasuki ruang dapur melihat pinggan yang tersusun atas meja. Ada 7 kesemuanya. Mereka hanya berlima. Jimin menoleh kepada  Tuan Park.

"Appa, kenapa ada banyak pinggan?"

"Ada tetamu datang. Ha Kook, dah panggil diorang?" Soal Tuan Park apabila nampak Jungkook baru memasuki ruang makan.

"Dah. Nanti diorang datang." Kata Jungkook. Matanya memandang Jimin yang sudah duduk di samping Tuan Park yang duduk di kepala meja

" ai hyung, lambat balik" soal Jungkook. Terus bibirnya ditutup dengan jari comel Jimin.

" shhh. Hyung lapar, hyung nak makan" kata Jimin lalu menarik kembali jari. Tangannya terus ligat mencedok kuah dan ikan kembung lalu diletakkan atas nasi. Sudah kegemarannya asam pedas.

Mereka semua sudah duduk di kerusi masing-masing. Kecuali kali ini Jungkook duduk di sebelah Jimin membuatkan dia hairan. Mereka semua sudah mulai makan.

Suara tapak kaki yng memasuki ruang makan tak diambil peduli oleh Jimin. Dirinya hanya fokus dengan asam pedas masakan ommanya.

"Ha kamu berdua. Duduklah sebelah Fasha" kata Puan Park

" ha Jimin, ni tetamu omma. Qaisara dan Batrisyia" kata Puan Park

Mata Jimin terus membulat apabila melihat gerangan yang duduk di hujung meja. Makanan yang sedang dikunyah namun belum ditelan membuatkan pipinya nampak kembung. Hal ini membuatkan dia berasa malu

Terus dengan serta merta Jimin menelan kesemunya. Namun dia menyesal kerana dia tersedak sebaik sahaja telan secara serentak. Jungkook yang disebelah kirinya menepuk perlahan belakang Jimin yang sedang batuk dengan kuat lalu menghulurkan secawan air kepada Jimin

"Hyung, tersedak tak sempat kawin nanti" usik Jungkook. Jimin yang sudah minum air, dan lega dari batuk menjeling Jungkook sekilas.

~._.~

"Maaf ye . Jimin kalau dah dapat asam pedas dia memang macamtu. Ha jemput makan ye." Kata Puan Park . Qaisara dan Batrsiyia angguk. Batrisyia yang duduk di sebelah Fasha terasa segan apabila Fasha asyik meletakkan makanan di pingganya. Qaisara pula melayan diri, dan makan.

"Chim, sudah-sudah le tu usya anak orang. Tak selesa dia nak makan nanti" tegur Tuan Park dengan sengaja. Qaisara mengangkat kepala dan memandang Jimin. Jimin terus berdehem dan sambung makan. sempat matanya curi-curi lihat pipi Qaisara yang merah.

Batrisyia dan Fasha memandang sesama sendiri. Dua-duanya tersenyum creepy sambil mengangkat kening berkali-kali. Walaupun baru bertemu, nampaknya mereka berdua sekepala.

~._.~

"Eherm . Assalammualaikum " sapa Jimin kepada Qaisara yang sedang mencuci pinggan sendirian. Dirinya berdiri di pintu ruang dapur, tak mahu masuk, takut menjadi fitnah berdua-duaan dengan Qaisara.

Qaisara menoleh dan memberikan senyuman, membuatkan Jimin berasa malu .

"Waalaikumsalam" balas Qaisara lalu menoleh kembali, sambung cuci pinggan. Jimin memegang jantung yang berdegup laju. Hanya dengan senyuman boleh buat Jimin gila. Jimin menggeleng kepala dan meletakkan tangan kembali ke sisi.

"... bila" Jimin menumbuk perlahan dada apabila terkeluar suara kapit
" eherm. Bila sampai?"

"Dalam... dua jam lepas...?" Balas Qaisara tanpa menoleh.

" oh..."Jimin menggaru belakang leher yang tak gatal" datang... melancong?"

"Tak . Datang untuk court." Balas Qaisara lalu menutup paip. Sarung tangan cuci pinggan ditanggalkan dan menoleh menghadap Jimin.

"Court? Mahkamah? Kenapa?"soal Jimin yang ingin tahu. Baru sahaja wanita itu membuka mulut ingin menjawab, suara sesorang membuatkannya berhenti.

"Chim? Buat apa kat sini?" Soal Fasha yang dibelakangnya. Jimin terkaku, tak tahu mahu menjawab apa. Fasha berdecit perlahan dan jalan melepasi Jimin.

"Eh nak berdating tunggu kawin dulu. Qaisara, jom. Mak nak bergosyipppp~~ "kta Fasha lalu menarik tangan Qaisara berjalan melepasi dan meninggalkan Jimin bersendirian di dapur.

~._.~

"Ko nyembang ape nyah dengan Chim" soal Fasha, tanganya memeluk tangan Qaisara untuk berdamping baik tangga.

"Sembang biasa ja. Dia tanya datang Korea untuk melancong ke. Saya jawab la datang untuk kerja" balas Qaisara dengan kerutan di dahi. Kuat juga Fasha peluk tangan dia. Tapi nak buat macam mana dah kawan dia mengandung, sabar jelah.

Fasha menghembus nafas dengan kuat sehinggakan terkejut Qaisara. Pinggang yang lenguh dipegang apabila sudah sampai ke tingkat atas. Tangan Qaisara yang dipeluk tadi , dilepaskan

Risau Qaisara dengan Fasha, mengandung sampai perut besar. Tapi aktif naik turun tangga, dengan lari bagai. Katanya doktor suruh .

Fasha meletkkan tangan di dinding, menjadikan dinding temoat bersandar.

"Eh by the way, bila court tu?" Soal Fasha setelah nafasnya kembali normal.

"Lagi tiga hari . Esok saya kena jumpa pendakwaya raya kes Mikael dekat mahkamah Busan"

"Esok? Pukul berapa"

"Lunch hour" Fasha mengangguk faham. Mereka berdua jalan mendekati bilik.

"Ouuu. Mak pergi dulu yer. Bubyeee" kata Fasha lalu membuat flying kiss. Bayang badannya hilang sebaik sahaja pintu biliknya ditutup.

Qaisara yang ditinggalkan hanya membuat muka pasrah,lalu memusingkan badan dan masuk ke dalam bilik tidur dia dan Batrisyia. Bilik mereka hanya berhadapan dengan bilik Jungkook dan Fasha,berjiran.

[HIATUS] Love at the First Beach -pjmWhere stories live. Discover now