"Jimin? Kamu taknak tidur lagi ke?" soal Puan Alya, ibu mertuanya yang sedang melalui dapur. Jimin yang sedang minum air di dapur senyum kepadanya.
"Saya nak masuk kejap lagi.. Segan la pula" jawab Jimin. Puan Alya angguk faham.
"Biasalah tu kalau segan, baru kahwin kan. Tapi jangan biar isteri kamu tunggu lama sangat"pesan Puan Alya dan berjalan meninggalkan menantunya sendirian.
Jimin bangun dari duduk, cawan yang digunakan dibawa ke sinki untuk dicuci. Jam menunjukkan pukul 9 malam. Mereka berkahwin pada waktu zohor, tetapi solat semuanya berjemaah di ruang tamu. Jadi mereka tak sempat berduaan lagi.
Selesai sahaja cuci cawan, Jimin berjalan menuju ke bilik Qaisara. Dia tahu di mana bilik Qaisara, tetapi dia tak masuk lagi hari ini. Dia hanya salin pakaian dan mandi di bilik tetamu yang dihuni Taehyung.
Jimin yang sudah sampai di hadapan pintu bilik Qaisara hanya berdiri kaku. Jantungnya terlalu berdegup kencang. Entah dari mana datangnya, dia terasa malu yang sangat. Pagi tadi ok sahaja dengan Qaisara, tiba-tiba dia malu sangat. Tangan yang sedikit basah dek peluh kerana nervous, Jimin menggenggam tangan. Dengan perasaan debar, Jimin mengucap bismillah.
Knock knock
Dahi Jimin mengerut. Dia menunggu jawapan, namun tak dengar apa-apa. Sekali lagi Jimin mengetuk pintu,tetapi masih tiada jawapan.
Takkan dia silap bilik? Tapi ibu mertuanya yang tunjukkan bilik Qaisara ni. Betullah, pintu warna chocolate, ada langsir nipis warna putih. Di atas doorhandel ada papan kecil yang ditulis Qaisara.
Jimin mengetuk pintu sekali lagi, telinga dilekap ke pintu sepenuhnya. Tetapi masih tiada jawapan. Sekali lagi perasaan debar menghinggal. Jimin memegang pemegang pintu, perlahan-lahan pintu dibuka. Mana tahu Qaisara ada. Pintu dibuka sehingga mampu memuatkan kepala. Jimin hanya menjenguk kepalanya perlahan.
Mulut Jimin sedikit terlopong apabila melihat suasan bilik Qaisara. Biliknya sangat kemas dan luas, tak nampak seperti bilik seorang wanita tetapi sebaliknya nampak seperti bilik tidur yang elegant.
"Awak?" suara seseorang membuatkan Jimin terkejut. Secara spontan Jimin menarik kepala dan tangan, membuatkan kepala tersangkut kerana tangan tertarik pemegang pintu. Jimin terus mengaduh kesakitan dan mengusap kepala yang sakit setelah pemegang pintu dilepas.
"ya allah.. Awak ok tak?" soal Qaisara dengan risau. Jimin menggosok sisi kepala yang masih berdenyut, lalu angguk kepala dengan senyuman sambil menghadap Qaisara.
"Sorry, saya pergi bilik Nara tadi, dia menangis" jelas Qaisara dengan senyuman serba salah. Namun Jimin menggeleng sambil senyum, tanda tak apa.
Setelah kepala sudah makin kurang berdenyut, Jimin menurunkan tangan. Suasan yang agak sunyi membuatkan mereka berdua semakin janggal.
"Awak buat apa kat luar?" kata Qaisara yang memecahkan kesunyian antara mereka berdua. Jimin mengangkat kepala memandang Qaisara.
"Saya nak masuk tadi, so saya ketuk pintu dulu. Tapi senyap, jadi saya jenguk jelah kepala." balas Jimin dengan senyuman, "tapi tersangkut pula kepala" sambungnya sambil menggaru kepala yang tak gatal.
"oh..kalau macamtu.. Masuklah bilik tu" kata Qaisara sambil kedua belah tangan tunjuk ke pintu biliknya. Jimin menangguk dan bergerak ke tepi, memberi laluan kepada Qaisara masuk dahulu.
"bapak awkward diorang" bisik Taehyung yang sembunyi disebalik pintu bilik Fasha dan Jungkook. Dia meniarap di atas lantai, Jungkook bertinggung dan Fasha berdiri.
Ketiga-tiga mereka mengendap pengantin baru dengan pintu yang dibuka sedikit cukup untul melihat. Disebabkan bilik Fasha dan Qaisara dekat, jadi senang untuk di orang intip.
Pada mulanya hanya Fasha dan Jungkook yang intip, tetapi tak tahu macam mana Taehyung datang nak berbual dengan Jungkook terus terikut sekali.
"kan, macam shy-shy ton" bisik Jungkook pula. Kedua lelaki itu tergelak mendengar statement Jungkook.
"eh diam lah korang, bising sangat. Di orang dengar nanti" bisik Fasha. Kedua lelaki itu terus mengemam bibir.
YOU ARE READING
[HIATUS] Love at the First Beach -pjm
Fiksi PenggemarCinta pandang pertama kat pantai agitewww. Baca baca jugak. Amalan wajib jangan tinggal. Jangan sebab nk baca sampai tinggal perintah Allah. Ha dah aku tulis fun fun. (hiatus sbb belajar👍)