" nah, ambillah. Panas-panas macamni makan cendol sedap tau." Kata Jimin sereya menghulur satu cup yang berisi cendol. Pada mulanya Qaisara mahu menolak.
"Tak pa saya belanja. Awak duduk sini, biar saya temankan Nara." Kata Jimin seperti agak wanita di hadapannya mahu menolak cendol yang dia belikan.
Tanpa menunggu jawapan, Jimin meletakkan cendol itu di atas bajunya, bersebelahan Qaisara dan membuka kasut selipar yang dipakai. Lalu dia berlari meninggalkan Qaisara sambil tangannya membawa satu lagi cup cendol.
Jimin yang tiba-tiba memusingkan badan dan melambai tangan kepada Qaisara buatkan dia terpaku. Otak yang masih belum proses apa yang berlaku, hanya boleh tersenyum. Lelaki itu kembali berlari kearah Nara.
Qaisara menggeleng kepala perlahan seraya senyum sendirian. Dia memusingkan kepala dan melihat ke arah cendol yang dibeli Jimin. Ada dua?
'Tak apalh,tunggu dia datang dulu. Tak sopan pula makan sendiri padahal dia yang belikan.' Omel Qaisara dan kembalikan pandangan kepada Nara yang nampak gembira dengan kehadiran Jimin.
~._.~
Allahuakbar Allahuakbar
Allahuakabr allahuakbar
Azan asar yang berkumandang membuatkan Jimin yang sedang bermain dengan Nara terdiam.
"Nape abang?" Nara menyoal kepada Jimin yang audah berhnti bantunya membina sandcastle. Jimin memandang Nara kembali dengan senyuman
"Dah masuk waktu asar la. Abang nak solat. Nara jangan pergi jauh tau, duduk dekat dengan kakak je" pesan Jimin kepada Nara. Nara angguk laju dan sambung bermain pasir sendiri.
Jimin berlari menuju di mana Qaisara berada. Sepertinya wanita sedar akan kehadirannya lalu menguntum sebuah senyuman kepada Jimin. Hampir sahaja lelaki itu tersungkur melihat senyuman itu.
Qaisara berdiri dari duduk dan menepuk tanah yang di bajunya.
"Awak,saya pergi kejap . Dah masuk waktu." Kata Jimin kepada Qaisara lalu megambil selipar di sebelah bajunya yang terhampar atas tanah.
"Nak solat? Ha kejap." Kata Qaisara. Jimin hanya akur dan memerhati Qaisara membuka beg galas miliknya dan mengeluarkan sehelai kain . Kain tersebut dihulurkan kepadanya. Senyuman ganjal diberikan kepada Jimin
"Sorry la sejadah kecil ja yang selalu saya bawa sebab comel." Kata Qaisara . Jimin menerima huluran Qaisara dengan hati yang terbuka.
"Tak apa, ini pun dah memadai. Terima kasih pinjamkan." Ucap Jimin lalu menguntum senyuman manis kepada Qaisara. Namun wanita itu tidak memandangnya, sebaliknya cuba elak bertembung mata. Qaisara hanya angguk .
Mata Jimin tertumpu kepada air cendol yang dibelinya. Dua cawan disitu, satu pun tak disentuh. Bajunya pula kian basah kerana air cendol itu semakin cair.
"Kenapa awak tak minum? Awak tak makan cendol ke?" Soal Jimin dengan sedikit kecewa. Suaranya agak perlahan. Qaisara yang sedar situasi Jimin menidakkan.
"Eh tak tak. Saya tunggu awak. Yelah.... Macam.. tak sopan pulak saya minum sedangkan awak yang beli tapi awak tak minum lagi." Jelas Qaisara kepada Jimin. Penjelasan Qaisara membuatkan hati Jimin yang tadinya kecewa kembali berbunga. Leher yang tak gatal digaru perlahan.
"Oh ye ke.. hehe. Tak ada apalah. Awak minum dulu. Saya nak solat lagi ni." Pelawa Jimin mendaoat anggukan dari Qaisara. Dia lalu pergi dari situ, ingin menunaikan solat asar.
~._.~
Jimin yang baru sahaja selesai menunaikan solat asar sudah ingin beredar. Sejadah kecil milik Qaisara dibiarkan, kemungkinan wanita itu ingjn solat selepas dia.
Jimin menuruni pondok kecil di tepi pantai, lalu duduk di atas tangga batu tersebut. Matanya memandang Qaisara yang sedang berkain kejar-mengejar dengan Nara . Senyuman menghiasi bibir tanpa disedari.
"Ya Allah, kenapa Allah gerakkan hati saya untuk jatuh cinta pandang pertama kepadanya?" Soal Jimin dengan senyap. Dia tergelak kecil melihat Jara yang telah digeletek oleh Qaisara. dia bangkit dari duduk dan menyarung kasut seliparnya.
Jimin berlari anak, mendekati dua orang perempuan itu. Menyedari kehadiran lelaki itu, Qaisara melepaskan Nara yang sudah tidak cukup nafas dek ketawa sahaja. Nara yang sudah bebas lari dari kakaknya.
"Em... awak taknk solat ke?" Soal Jimin dan menunjuk kepada pondok di belakangnya. Soalan ini membuat Qaisara sedikit tercengang. Mulut Qaisara dibuka, lalu ditutup kembali.
"Oh...um saya ..." Qaisara cuba untuk menjawap, namun tak tahu bagaimana hendak terangkan. Jimin yang seperti faham terus menganga mulut tanda faham.
"Oh?......ohh!!!.....faham-faham" kata Jimin dan angguk perlahan. Namun dia tersenyum bila lihat pipi wanita itu sudah mulai merah.
"Abang!!!"jerit Nara dari jauh yang cuba ambil perhatian Jimin
YOU ARE READING
[HIATUS] Love at the First Beach -pjm
FanfictionCinta pandang pertama kat pantai agitewww. Baca baca jugak. Amalan wajib jangan tinggal. Jangan sebab nk baca sampai tinggal perintah Allah. Ha dah aku tulis fun fun. (hiatus sbb belajar👍)