"Awak". Jimin menoleh, memandang isterinya dengan tanda tanya. Tangan yang memegang tombol pintu diletakkan kembali di sisi.
"Seingat saya,semalam saya tertidur atas lantai" sambung Qaisara dengan riak wajah tanda tanya. Terus sahaja Jimin mengimbau memori malam semalam.
Flashback~
"La tidur dah?" kata Jimin dengan perlahan, melihat Qaisara yang baringkan kepala di bahunya. Selama dia membaca Quran yang di hafal, tak tersangka si isteri telah tertidur. Lama sangat agaknya dia baca sampai tak sedar.
Qaisara yang tiba-tiba bergerak membuatkan Jimin terkejut, cuba menyelesaikan diri. Senyuman tanpa sengaja mekar di bibir apabila tangan kanan dipeluk oleh Qaisara, dan wajah wanita itu betul-betul berada di lehernya. Terasa deruan hangat menerpa leher.
Dengan berhati-hati, Jimin lunjur kan kaki kiri. Telefon yang berada di dalam Poket sweatpant hitam yang dipakai cuba diambil selembut mungkin, tak mahu terbangunkan Qaisara yang tertidur.
10:34 p.m.
Memang patutla Qaisara tertidur,hari dah lewat sangat. Telefon diletakkan atas lantai.
Dengan berhati-hati, tangan Qaisara yang memeluk tangannya dilepaskan secara berhati-hati. Jimin memegang kepala Qaisara yang dilentokkan di bahu dengan lembut sambil cuba bertinggung. Bibirnya di kemam ketat apabila Qaisara bergerak, takut Qaisara terjaga. Dia yang tetap dengan posisi bertinggung, tunggu beberapa saat untuk melihat sepasang mata yang tertutup itu dibuka. Apabila tiada respon, Jimin mendekatkan diri dan letakkan kepala Qaisara di bahu kanannya kembali. Kaki Qaisara yang bersilang, dia perbetulkan dan menyelit tangan di bawah, manakala lagi satu di belakang bahu. Dengan satu hembusan yang gemuruh, Jimin berjaya bangun sambil mendukung Qaisara yang tertidur.
Kaki dipusing, menghadapkan badan ke katil. Lutut kanan diletakkan atas katil, lalu meletakkan Qaisara di atas katil dengan perlahan-lahan. Di dalam hati asyik berdoa supaya Qaisara tak terbangun. Tak dapt bayang bertapa janggalnya situasi jika dia bangun.
Kepala Qaisara yang selamat mendarat di atas bantal buatkan Jimin menghembuskan nafas lega. Kedua belah tangan ditarik kembali, dan turun dari katil untuk pergi ke bahagian lagi sebelah.
Sekali lagi Jimin gemuruh, nak naik katil ke pun. Katil bukan sebarang katil, ini katil milik Qaisara. Meskipun Qaisara tertidur, dia tetap gemuruh. Dengan berhati-hati, dia membaringkan diri atas katil, menghadap Qaisara dengan berharap wanita itu tidak bangun. Senyuman bangga terbit di bibir ketika sudah berjaya. Selimut terus ditarik, menyelubungi sehingga bahu Qaisara tertutup.
Jikalau tadi dia mengantuk, kini dia sudah tidak lagi. Senyuman tidak lekang di bibir melihat Qaisara yang tertidur. Mata meneliti wajah orang di hadapannya. Bulu mata yang lentik membuatkan Jimin berharao mata Qaisara terbuka dan melihatnya.
Makin lebar senyuman Jimin apabila terfikir akan reaksi Qaisara jika dia sedar Jimin sedang merenung wajahnya,mesti pipi merah merona.
Rambut yang terjatuh di wajah wajah Qaisara buat Jimin terkejut seketika. Hembusan lega dilepaskan bila sedar itu bukan Qaisara yang sudah terjaga. Senyuman kembali di bibir.
Secara tiba-tiba, dia rasa keinginan yang sangat kuat untuk menyelit rambut itu yang menghalang dia merenung wajah Qaisara. Jadi, itu yang dia lakukan. Tetapi ia tidak berhenti di situ, tangannya mendarat perlahan di pipi gebu si isteri dan mengusapnya lembut dengan ibu jari.
Sekali lagi Jimin terkejut apabila tangan yang di pipi Qaisara telah dipegang oleh wanita itu. Matanya membulat apabila Qaisara menarik tangannya, dan memeluk tangan sambil sembunyikan wajah di sebaliknya.
Tanpa sengaja, Jimin tertawa kecil. Perbuatan yang baru sahaja Qaisara lakukan nampak begitu comel. Dengan senyuman di bibir, Jimin hanya biarkan sahaja Qaisara memeluk tangannya dan mula menutup mata.
"Jimin?" Jimin terus tersedar dan melihat ada tangan yang di lambai di hadapan wajahnya..
"Ye?"
"Awak ok?" soal Qaisara. Jimin menangguk dan memberikan senyuman kepadanya.
"Yeye saya ok. Jom turun"
YOU ARE READING
[HIATUS] Love at the First Beach -pjm
FanfictionCinta pandang pertama kat pantai agitewww. Baca baca jugak. Amalan wajib jangan tinggal. Jangan sebab nk baca sampai tinggal perintah Allah. Ha dah aku tulis fun fun. (hiatus sbb belajar👍)