15

4 1 0
                                    

Cuaca petang dengan angin laut membuatkan suasana itu sangat sesuai untuk berkelah. Jadi,itulah yang mereka lakukan. Mereka berlima berada berkelah di tepi pantai . Suara Nara yang mengekek membuatkan Qaisara tersenyum sendiri. Dia melihat Nara yang bermain kejar-mengejar bersama Jungkook dan Fasha.

"awak,nak tanya sesuatu boleh?"suara Jimin membuatkan dia menoleh kepada lelaki itu. Qaisara mengangguk kepala seraya berkata."silakan".

Jimin menggaru leher yang tak gatal. Soalan yang ingin ditanya sudah lama dibukukan,cuma tak tahu bila mass yang sesuai untuk ditanyakan. Memandangkan sekarang hanya tinggal dia dan Qaisara ,jadi dia rasa ni adalah masa yang sesuai. hanya mereka berdua sahaja yang masih duduk di atas tikar yang dibawa Jungkook. Jimin berdehem ,cuba membetulkan kotak suaranya.

"maaflah kalau soalan ini kedengaran menyibuk... Tapi masa haritu saya terlanggar Nara,dia bagitahu saya parents dia......."belum sempat dia habiskan soalam,Qaisara yang menoleh membuatkan dia terkejut.

"dekat atas?"sambung Qaisara dengan kening kanan yang diangkat. Jimin yang terkebil-kebil dengan respon pantas Qaisara, angguk kepala.

"parents Nara dah meninggal. Kakak saya ,ibu kepada Nara. dia meninggal, masa lahirkan Nara." terang Qaisara lalu memandang anak buahnya kembali. Nafas dihembus dengan sedikit kasar apabila teringat arwah kakaknya.

"ayah dia??"soal Jimin lagi,tetapi suara agak kedengaran sedikit takut untuk soal.

" meninggal sehari selepas kakak saya pergi. Not because tak terima hakikat, dah ajal. Meninggal betul-betul sejam sebelum tanam mayat kakak."Jimin menangguk faham. Rupanya bukan kakak kepada Nara,namun ibu menakan kepada Nara. ini membuatkan Jimin bingung.

"jadi...kenapa dia panggil awak kakak?" soalan Jimin membuatkan Qaisara menoleh. Qaisara mengangkat bahu.

"dah parent saya asyik panggil saya kakak,dia pun ter----"

"KAKAKKKKKK!!!!!!!" suara jeritan Nara membuatkan Qaisara berhenti bercakap. Qaisara terkejut melihat Nara yang diselaputi oleh pasir yang banyak di tubuhnya.

" Ya Allah Nara....." Nara berlari lalu terus berhenti di hadapan Qaisara. Qaisara bantu Nara membuang sedikit pasir di tubuh budak kecil itu.

"unkeng Kook buat~~" rengek Nara dan menunjuk kebelakangnya,dimana Jungkook berlari anak mendekati mereka.

"eh uncle pulak salah. Dia yang geletek uncle dulu"balas Jungkook lalu menjeling manja Nara. Qaisara menggeleng kepala melihat Nara menjeling Jungkook kembali. entah beraoa orang budak kecil dia kena jaga. Fasha yang baru tiba di hadapan mereka bercekak pinggang,sudah penat mungkin.

"Jom balik. Nanti nak solat maghrib pulak." kata Fasha lalu terus duduk di sebelah Qaisara. kepala disandarkan di atas bahu Qaisara. Qaisraa yang baru sahaja selesai membuang pasir di badan Nara terus berkata.

"Makan steamboat nak? Saya belanja" terus sahaja Fasha duduk tegak dan melihat Qaisara dengan mata bersinar.

"mantepp pak abu" kata Fasha dan Jungkook serentak sambil menunjuk kedua belah ibu jari mereka. Qaisara hanya senyum dengan telatah dua laki bini yang sekepala.

~._.~

"Nara nak apa lagi?"

"Nak ni?ok"

"Ni nak---"

"Nara nak apa? Biar abang buat" kata Jimin yang sudah penat melihat Qaisara yang asyik menyuap Nara. Bukannya dia penat,cuma kesian dengan wanita itu. Dari tadi asyik menyuap Nara sehingga pinggannya sendiri masih kosong. Nasib sahaja Nara duduk disebelah Jimin.

"eh tak perlulah. Awak makan dulu"kata Qaisara dengan senyuman. Pinggan di tangan Qaisara yang digunakan untuk suap Nara terus diambil dengan lembut.

"saya dah makan sampai kenyang dah. Biar saya suap Nara, awak makan dulu" kata Jimin lalu senyum kepada Qaisara.

"Tak menyusahkan awak ke?"

"Tak pun. Awak nak apa?biar saya ambilkan." soal Jimin. mata Qaisara yang melihat sesuatu turut membuatkan Jimin melihat. Jimin terus mengambil mangkuk dan mencedok tomyam ke dalam mangkuk kecil. Pinggan di hadapan Qaisara juga turut diambil dan Jiminmencedok nasi keatasnya. selesai,Jimin menghulur kedua-duanya kepada Qaisara.

"Thank you"

"Wel--" "Hyung nak ikan tu"

"ambik sendiri"usik Jimin,tapi tangannya ambil juga sedikit ikan dan hulur kepada Jungkook.

'Berita terkini, Mikael atau nama penuhnya Muhamad Mikael bin Muhamad Ismael iaitu permbunuh bersiri telah melarikan diri----'

Ring ring
Ring ring

[HIATUS] Love at the First Beach -pjmWhere stories live. Discover now