Qaisara yang telah terjaga mengeluh nyaman bila terasa dirinya dipeluk. Matanya tidak dibuka, sebaliknya masih tertutup ,menghidu aroma maskulin yang di sekeliling. Bila difikir balik baunya sama macam aroma seseorang yang dia kenal
Kenapa bau macam Jimin je ni? Wangi betul..
Qaisara membuka matanya , apa yang diharapkan di hadapannya ialah ibunya sendiri, tetapi yang nampak hanyalah leher seseorang yang nampak berbenjol .... halkum..
"ARGGHHHH!!!!"
Qaisara bergelut ingin melepaskan diri daripada pelukan siapa sahaja orang tersebut, dan dia berjaya. Qaisara menjerit ketakutan , dengan tak sengaja tertendang suaminya sehingga lelaki itu jatuh katil dengan bunyi dentuman yang agak kuat.
"Kenapa?!!" Soal Jimin dengan cemas. Punggungnya yang sakit tak peduli, sebaliknya dia terus bangun dan melihat Qaisara yang keihatan cemas melindungkan diri dengan selimut.
"how did you--" soal Qaisara dengan cemas sambil tunjuk ke arah Jimin dan katil serta dirinya. Semakin cemas apabila melihat Jimin yang tadinya sama seperti dia nampak cemas tetapi sekarang sudah tergelak kecil. Qaisara mengetatkan pegangan dia ke selimut.
"lah, saya ingatkan Fasha cakap awk blur masa bangun tu main-main, rupanya teruk juga" kata Jimin dalam tawa.
"blur?"
"kita dah kahwin la"kata Jimin dengan gelengan kepala perlahan. Mata Qaisara terus membulat apabila satu persatu memori semalam menjengah. Mulutnya ternganga sedikit, lalu melihat si suami yang bercekak pinggang. Senyuman serba salah ditayang.
" Dah ok dah? "soal Jimin setelah Qaisara seperti sudah kembali ke realiti. Qaisara angguk perlahan, kain selimut dilepaskan.
" Awak pergilah mandi dulu. Lagipun dah nak subuh dah" kata Jimin. Qaisara tanpa menunggu masa terus turun dari katil dan berjalan laju menuju ke tandas. Tangan sempat mencapai tuala yang disidai di sebelah pintu tandas.
~._.~
"awak" panggil Qaisara ketika Jimin hendak bangun dari duduk. Lelaki itu duduk kembali, dan melihat Qaisara dengan tanda tanya.
"Sorry"
"Kenapa tiba-tiba minta maaf?" soal Jimin kehairanan. Matanya memandang Qaisara yang masih tersarung dengan telekung.
"tadi saya tertendang awak" kata Qaisara dengan serba salah. Walaupun bukan dia yang ditendang dan jatuh katil, dia dapat rasa kesakitan itu. Sebab dia rasa dia tendang kuat juga.
"tak apa, awak cuma terkejut je tadi" jawab Jimin, Senyuman yang mekar di bibir menenangkan hati Qaisara yang gemuruh. Takut juga dia kalau Jimin memarahi dia tadi.
"Selalu lepas solat subuh awak buat apa?" soal Jimin yang menarik kembali Qaisara ke realiti. Wanita itu terdiam seketika, cuba memikirkan rutin yang dia buat sebelum ini.
"Saya baca Quran dulu. Lepas tu saya turun bawah siap breakfast" jawab Qaisara, mendapat anggukan Jimin yang mulut sedikit terbuka.
Qaisara memandang Jimin yang bangkit dari duduk dan menuju ke meja dimana dia letak semua buku kitab miliknya. Lelaki itu kembali pusing kepadanya, di tangan ada Quran dan juga papan rehal dan membawanya ke Qaisara.
Dia mengambil tempat duduk di hadapan Qaisara, sempat tangan mengangkat Quran tinggi semungkin ketika mahu duduk lalu letakkan ya di antara mereka berdua.
"nak baca sekali?"
YOU ARE READING
[HIATUS] Love at the First Beach -pjm
Fiksi PenggemarCinta pandang pertama kat pantai agitewww. Baca baca jugak. Amalan wajib jangan tinggal. Jangan sebab nk baca sampai tinggal perintah Allah. Ha dah aku tulis fun fun. (hiatus sbb belajar👍)