38

3 1 0
                                    

~skip part~
{Rumah family Jimin}

Mereka berempat telah selamat sampai di rumah kediaman keluarga Jimin waktu asar. malam sudah pun menjelma ,Batrisyia yang haus keluar pun mahu turun minum air di dapur .Baru sahaja keluar dari bilik , dia terkejut apabila dirinya ditarik ke tepi. Suara di kerongkong hampir dikeluarkan untuk menjerit. Namun apabila sedar ianya Taehyung,tangannya secara spontan menampar bahu lelaki itu dengan kuat.

"Encik Taehyung ni dah kenapa?!" bisik jerit Batrisyia. Jantungnya mengepam laju akibat perbuatan Taehyung. Lelaki itu pula,melepaskan baju Batrisyia yang dia tarik dan mengusap bahu yang sakit. Taehyung mengarahkan Batrisyia mengikut dia,turun ke dapur dalam keadaan senyap. Pada mulanya Batrisyia tak mahu ikut, tapi bila memikirkan kembali Taehyung nampak seperti serius.

Mereka berdua terus turun menuju ke dapur. Sampai sahaja, Batrisyia terus menarik kerusi untuk duduk,begitu juga dengan Taehyung yang menarik kerusi dan duduk di hadapan Batrisyia.

"Batrisyia, sebelum ni kau bagi tahu Qaisara single kan?"soal Taehyung dalam keadaan berbisik, badan disandarkan ke meja makan. Batrisyia juga meniru posisi Taehyung.

"I already told you, kami dua tak berapa bercakap sangat tentang personal life. Kenapa Encik Taehyung tiba-tiba tanya?" soal Batrisyia. Taehyung melihat sekeliling dahulu. Stelah pasti tiada orang,dada disandar kembali ke meja.

"Jimin menangis dekat aku semalam"bisik Taehyung.

"Encik Jimin nangis?!" soal Batriysia degan terkejut,suaranya sedikit kuat. Taehyung terus meletakkan jari telunjuk di bibir,membuat Batriysia menekup mulut."But why?"

"Jimin bagi tahu aku, dia dengar perbualan Qaisara. Dia dengar Qaisara cakap dia akan terima lamaran lelaki entah mana aku tak tahu kalau lelaki tu lamar dia"

"tapi takkan la Cik Qaisara nak tinggalkan Encik Jimin. Dia bagi tahu saya dia sukakan encik Jimin" bisik Batrisyia ,jari telunjuk mengusap dagu ,dahinya pula mengerut. 

"Encik Taehyung tunggu kejap, biar saya tanya dia. Nanti saya turun balik bagitau Encik Taehyung" kata Batrisyia lalu meninggalkan Taehyung di dapur sendirian. Taehyung hanya biarkan Batrisyia, hanya menghantar wanita itu dengan pandangan mata. 

Setelah hampir 10 minit,wanita itu telah kembali kepadanya. Riak wajahnya tak dapat ditafsir taehyung. sama ada marah,terkejut atau...gembira?"

"tahu tak lelaki yang dia cakap dia akan terima lamaran tu siapa?" soal Batrisyia mendapat gelengan daripada Taehyung.

"lelaki tu.. Encik Jimin!" bisik Batrisyia dengan sedikit kuat.

~._.~

~2 days later~

Jimin yang sedang membancuh air chocolate mengeluh perlahan. Sudah dua hari, semenjak mereka pulang daripada rumah halmoni, sekalipun dia tak bercakap o dengan Qaisara. Walaupun ada bertembung, Jimin selalu melarikan diri.

Selama 2 hari juga Jimin keluar sebelum breakfast dan pulang selepas Isyak. Alasan yang diberikan ialah terlampau banyak kerja. Meskipun mereka yang di dalam rumah kediaman Park tahu Jimin berbohong kerana Taehyung selalu pulang awal untuk menumpang di rumah Jimin, mereka semua hanya decide untuk senyap sahaja..

Akan tetapi hari ini dia tak boleh larikan diri. Ommanya meminta dia berada di rumah, katanya ada tetamu penting akan datang. Sekali lagi keluhan yang berat dilepaskan.

Jimin merenung air chocolate di tangan. Air tersebut yang sudah mulai suam disisip perlahan.

" Assalammualaikum Jimin" suara Qaisara dari belakang membuatkan Jimin tersedak. Cawan tersebut segera diletakkan atas meja lalu menepuk dada yang perit.

"Wa-Waalaikumsalam"jawab Jimin setelah kotak suaranya boleh berfungsi kembali. Badan berdiri tegak, menghadap Qaisara. Tak tahu sama da mahu menyesal atau tidak, dirinya terpaku melihat Qaisara yang senyum kepadanya sambil memakai dress berwarna maroon yang kelihatan sangat cantik.

"Cantik baju awak.."puji Jimin dengan ikhlas,dalam tak sedar dirinya senyum memerhatikan Qaisara yang mulai merona merah akibat pujiannya.

'no, dia dah nak jadi milik orang lain' omel Jimin di dalam hati, dia tak sedar dirinya yang sedang geleng kepala perlahan diperhati oleh Qaisara.

" Jimin.. awak masih tak tahu lagi?"soal Qaisara.

"Tahu apa?"

" yang family awak----"

"QAISARA DATANG SINI CEPATT!!!"suara jeritan Puan Park membuatkan Qaisara berhenti bercakap. Dia senyum kepada Jimin, lalu beredar dari situ.

Jimin mengeluh perlahan, sisa air chocolate dibiarkan atas meja. Kaki melangkah menuju ke pintu depan. Kemungkinan tetamu sudah pun sampai.

" Waalaikumsalam, Azmi. Jemput masuk"

"papa!!" panggil Qaisara dengan riang lalu terus berlari dan memeluk ayahnya. Jimin yang baru sahaja tiba melihat situasi yang pelik ini.

[HIATUS] Love at the First Beach -pjmWhere stories live. Discover now