"Aku terima nikahnya Nur Qaisara binti Mohamad Azim dengan mas kahwinnya RM 2000 tunai"
~._.~
Qaisara mengaduh kesakitan setelah salah seorang tetamu yang sedang berbual dengannya telah berlalu pergi. Kakinya sudah sakit akibat terlalu lama memakai high heels sambil berdiri. Lagi-lagi pula dia jenis yang tak biasa pakai highheels, selalu hanya memakai heels jenis rendah atau kasut bertutup.
Baru sahaja mahu mencari kerusi untuk di duduk, terasa kehadiran seseorang dari sebelah kirinya. Kehadiran orang itu sangat dikenali Qaisara, membuatkan Qaisara terkaku dengan muka yang sudah mula merona merah. Meskipun memakai makeup, boleh kelihatan pipinya merah. Bau perfume maskulin yang sangat dikenali.
"Asyik bersembang dengan tetamu je, dengan saya?" soal suara garau orang tersebut, betul-betul di sebelah telinga kiri. Nampaknya orang itu lebih dekat dari yang disangka. Qaisara yang sudah malu tak mampu menjawab, sebaliknya dia mahu melarikan diri.
Kain dress yang dipakai digenggam dengan kedua belah tangan, Qaisara mula melangkah dengan kaki kanan ingin melarikan diri. Namun nasib tak menyebelahinya, kakinya terlalu sakit membuatkan dia teraduh kesakitan dan tak dapat imbangan badan.
Tangan yang tadi genggam kain dilepaskan, di hayun supaya badan dapat imbangan semula tetapi dia rasa dia tak mampu. Jadi Qaisara hanya memejam mata dengan rapat, menunggu masa terjatuh.
Tangan milik orang itu sempat menyelit di bawah pinggang, lagi sebelah memegang tangan kiri Qaisara.
Pap
Bunyi kedua tapak tangan Qaisara yang terlekat di dada sasa orang itu kedengaran. Tidak terlalu kuat, hanya didengari mereka berdua.
"Awak okay?" soal orang tersebut, membuatkan Qaisara melangut memandang matanya tanpa sengaja.
Park Jimin, suaminya yang sah. Terasa nafas tersangkut, tak mampu bernafas seketika. Jarak mereka terlalu dekat sehingga Qaisara boleh nampak dengan jelas warna anak matanya. Tambah lagi dengan cahaya matahari. Kalau tadi muka sudah merah, sekarang dah warna maroon agaknya.
Jimin tergelak kecil melihat Qaisara yang kelihatan panik, tangan yang melingkar pinggang Qaisara dilepaskan. Tangan kiri masih setia menggenggam tangan Qaisara, tetapi dilonggarkan sedikit.
Qaisara berundur, sekali lagi dia mengaduh kesakitan dan hampir jatuh kebelakang membuatkan Jimin memegang kedua belah tangan.
"Awak sakit apa?" soal Jimin, suaranya kedengaran agak risau.
"Kaki saya. Dah lama sangat pakai heels" bisik Qaisara, memandang dada Jimin.
"Boleh jalan?" soalnya, baru sahaja Qaisara mahu menggeleng
"kalau tak boleh saya dukung" terus Qaisara angguk kepala, tanda boleh berjalan lagi membuatkan Jimin tergelak."Jom" Jimin melingkar tangan kanan di keliling belakang pinggang Qaisara, tangan kiri memegang tangan kiri Qaisara, memimpin dia ke kerusi yang di bawah khemah.
Perbuatan yang mengejut ini membuatkan Qaisara semakin malu, lagi-lagi pula bila terasa diperhati oleh tetamu yang masih tersisa. Haish. Malu ke tak malu ke, Qaisara terasa sakit sangat di tumit. Tangannya menggenggam erat tangan Jimin. Terpaksa bersandar sedikit pada Jimin.
Ketika punggung mendarat di kerusi, Qaisara mengeluh lega. Badan terus di sandarkan sambil menutup mata. Tetapi sesuatu yang memegang kakinya membuatkan dia terkejut.
" Awak buat apa tu?" soal Qaisara terkejut melihat Jimin yang sudah bertinggung di hadapannya, tangan menarik heels di kaki Qaisara.
"Eh tak perlu lah." protes Qaisara apabila Jimin mula mengurut di bahagian tumit yang sakit di sebalik stokin.
"Sakit lagi?" soal Jimin yang tak endah kan soalannya, muka dilangut supaya boleh memandang Qaisara. Walaupun malu dengan perbuatan Jimin, tapi tak dapat dinafikan urutan Jimin membuatkan sakit semakin hilang. Qaisara angguk perlahan, membiarkan suaminya urut kaki.
"Awak tunggu kejap, saya ambil kasut lain" kata Jimin dengan senyuman, lalu bangkit meninggalkan Qaisara sambil di tangan memegang kasut tumit tinggi milik isteri. Dalam keadaan tak sedar, Qaisara tersenyum walaupun hanya melihat belakang badan Jimin.
"Lemak.... Sweet lain machiamm" usik Jungkook yang baru tiba bersama Fasha di sebelahnya. Di tangan mendukung Nara.
"Tidak dapat beta bayangkan... Sahabat gue kakak ipar gue.HUWAAAAAA" kata Fahsa dengan lagak dramanya. Air mata yang invisible dilap dengan diva menghiburkan Qaisara
YOU ARE READING
[HIATUS] Love at the First Beach -pjm
FanfictionCinta pandang pertama kat pantai agitewww. Baca baca jugak. Amalan wajib jangan tinggal. Jangan sebab nk baca sampai tinggal perintah Allah. Ha dah aku tulis fun fun. (hiatus sbb belajar👍)