58

0 0 0
                                    

keluhan lega dilepaskan sebaik sahaja dia keluar daripada tandas. Dia melihat sekeliling,mencari keberadaan suaminya. Tidak nampak kelibatannya, Qaisara mengucapkan terima kasih kepada pekerja wanita yang menngizinkan dia menggunakan tandas tadi. Melangkah keluar dari kedai, dia menjengok kiri kanan dengan harapan, cuba mencari kelibatan Jimin. Namun,habuknya pun tak kelihatan. 

 "Mana Jimin?" soal Qaisara . sekali lagi dia melihat kiri kanan,tetapi masih tak nampak. Melangkah kembali ke dalam kedai, dia menuju ke pekerja wanita tadi. 

"kak,ada nampak suami saya tak?"soal Qaisara apabila wanita itu senyum kepadanya.

Riak wajahnya terpapar kehairanan, wanita itu membalas dengan soalan,"Saya nampak dia keluar tadi,dia tak tunggu kamu ke?". Qaisara menggeleng kepalanya perlahan. Entah mengapa,tiba-tiba hatinya berasa tidak sedap. Seakan... akan terjadi sesuatu yang besar akan menimpanya. 

balik hotel kot...

 Qaisara cuba menepis fikiran buruk yang cuba menjengah minda. Dengan ucapan terima kasih, Qaisara keluar dari kedai tersebut dan mengeluarkan telefon bimbit dari dalam beg.

Park Jimin 
Last seen at 9:50p.m.

Awak dekat mana?
Jimin?
Jimin? Tak lawak lah tinggalkan saya
Awak?

Hampir 3 minit berdiri di situ, Qaisara memutuskan untuk kembali ke hotel. Nombor Jimin ditekan, cuba membuat panggilan kepada suaminya. Yang diharap Jimin menjawab, tetapi yang mendapat hanyalah suara wanita yang memberi tahu nombor Jimin tak dapat dihubungi. Tidak putus harapan, dia membuat panggilan lagi sekali. Namun jawapannya tetap sama. 

Malam yang sudah semakin lewat membuatkan Qaisara risau. Jantungnya berdegup laju,ditambah lagi dengan hatinya yang tidak tenang. Sudah begitu banyak soalan yang menjengah minda dalam perjalanan kembali ke hotel. Matanya meliar, memandang setiap orang yang dilalui dengan harapan salah seorangnya Jimin.

Pergerakan kaki semakin dilajukan sebaik sahaja Qaisara melihat lampu signboard Hotel Chempaka. Di dalam hati, dia berdoa supaya Jimin sudah menunggunya di dalam bilik mereka. Dia berharap ini semua prank yang Jimin rancang. 

Menghiraukan pekerja yang menyapanya,Qaisara terus bergerak menuju ke biliknya dengan laju. Semakin dekat dengan bilik,semakin membuak harapannya untuk melihat muka Jimin. Dia mengeluarkan kad kunci bilik dengan segera lalu membuka pintu bilik dengan kuat.

Ppang!!

 pemegang pintu yang terhempas ke dinding membuatkan bunyi yang begitu kuat. 

Dia mahu tersenyum,

Dia mahu ketawa,

Dia mahu marah,

Dia mahu berasa malu apabila Jimin mengusiknya..

tetapi yang dia dapat hanyalah kekecewaan. Harapannya yang menggunung telah runtuh dalam sekelip mata. 

Bilik mereka masih gelap dan keadaan masih sama seperti mana mereka tinggalkan. Tiada satu pun perubahan, termasuk dengan kasut Qaisara dan Jimin  yang tersusun di tepi pintu.  air Matanya sudah mulai mengaburi pandangan. Qaisara membuka semua lampu, tetapi kelibat suaminya masih tidak kelihatan.

"Jimin?"panggil Qaisara dengan lembut. Dia menunggu, dan menunggu panggilannya disambut. Tetapi, yang menjengahnya hanyalah kesunyian. Dia melangkah masuk ke dalam bilik,menuju ke tandas yang tertutup. Sekali lagi dirinya dipenuhi dengan harapan Jimin berada dalamnya. 

klik

Pintu tandas dibuka, Qaisara melihat ke dalamnya. 

Hancur

Hatinya hancur kerana kelibat jimin masih tidak kelihatan. setitis air matanya telah jatuh....diikuti yang lain mengalir deras seperti air terjun. Qaisara diam terkutik, tangannya masih memegang pemegang pintu tandas.Nafasnya sudah mula terasa berat. 

Qaisara menarik nafas dengan dalam, lalu menghembusnya secara perlahan. Dia membuatnya berkali-kali sehingga air matanya sudah mula berkurangan dan dapat mengawal kembali emosinya. Setelah berjaya mengawal dirinya kembali, air mata di pipi dilap dengan hujung lengan baju.

Kaki segera melangkah keluar dari bilik,tidak menoleh walau sedikit untuk melihat sama ada pintu bilik ditutup atau tidak. Pergerakan dilajukan menuju ke dewan,di mana ketika itu lenggang kerana sudah lewat.

"Laila, ada nampak suami saya tak?"soal Qaisara. Laila yang  bertugas pada malam itu berserta dengan pekerja bernama Jihan terkejut secara serentak dengan sergahan Qaisara. Iyalah, suara tapak kaki pun tak kedengaran, tiba-tiba muncul di hadapan. Jihan memegang dadanya di mana jantung yang mengepam laju dek sergahan Qaisara. Nafas yang tersekat dihembuskan dengan perlahan. Dadanya diurut perlahan cuba untuk tenangkan jantung.

"Tak nampak pun dia masuk hotel,kenapa?"balas Laila yang hairan dengan soalan Qaisara. 

"Betul awak tak nampak dia?"soal Qaisara lagi,kali ini suaranya yang kedengaran terdesak buatkan Laila semakin hairan.

"Ye betul,kak ok tak ni?"soal Laila yang risau setelah melihat mata Qaisara yang merah. Qaisara menghiraukan pertanyaan Laila, sebaliknya dia membuka telefonnya. Mesej yang dihantar tadi masih tidak dibaca. 

Awak di mana? Dalam hotel pun tak ada.
Awak?

"kak,dah cuba call dia?"soal Laila sekali lagi, kali ini seperti dapat tangkap apa yang sedang berlaku kepada Qaisara.

Qaisara mengangguk, matanya masih melihat telefonnya. "dah, tapi tak dapat" kata Qaisara. Dia menoleh kepada Laila sekilas dengan senyuman, lalu beredar dari situ tanpa sebarang kata. 

"Jihan,kau jaga kaunter, aku keluar ikut kak kejap." 





[HIATUS] Love at the First Beach -pjmWhere stories live. Discover now