50

3 1 0
                                    

Qaisara terasa seperti hendak menyorok sekarang. Kau boleh, dia mahu lompat keluar dari tingkap dan lari, untuk menyorok selama-lamanya. Kalau tidak pun, dia mahu ditenggelami oleh bumi, ataupun dimakan batu belah batu bertangkup seperti yang cerita dongeng yang dia pernah dengar.

Setelah telekung dibuka, Jimin hanya senyap tak terkata. Matanya hanya meneliti segenap wajah Qaisara membuatkan wanita itu malu tak terhingga. Kalau tadi Qaisara nampak cantik, sekarang dia sudah nampak seperti bidadari. Kecantikan bertambah 10 kali ganda di mata Jimin.

Perasaan gemuruhnya tak dapat ditepis kerana Jimin hanya meneliti wajahnya dan tidak berkata apa-apa. Wajahnya juga sangat sukar untuk dibaca membuatkan Qaisara semakin gemuruh.

"Kenapa saya untung sangat dapat isteri cantik macam awak?" bisik Jimin setelah lama berdiam. Jarinya menyelit helaian rambut Qaisara ke belakang telinga yang hinggap di mata.

Tak perlu tengok cermin pun Qaisara sudah tahu mukanya merah menyala. Rasanya muka tak berehat dari tadi, asyik merah sahaja dengan segala kelakuan Jimin.

Jimin yang perasan Qaisara malu dengan kelakuannya menarik kembali tangan, meletakkan di paha. Senyuman ditayangkan kepada isteri. Qaisara menghembus nafas yang tertahan sejak tadi dengan perlahan.

"Sorry, I got carried away. Awak nak tidur dulu?" soal Jimin lagi sekali, mendapat gelengan Qaisara. Matanya sudah tak mengantuk dengan kelakuan yang dibuat oleh Jimin tadi.

Jimin bangun dari duduknya , sejadah dihulur kepada Qaisara yang turut bangun. Kakinya menuju ke bedstand, meletakkan kopiah di situ. Lalu, dia memusingkan badan melihat Qaisara melipat telekung dan menyusunnya di tepi tingkap bilik.

Qaisara disapa dengan senyuman apabila memusingkan badan menghadap Jimin setelah selesai. Lelaki itu menuju ke katil, dan duduk bersila di atas lantai. Badannya disandarkan ke katil, tangannya menepuk tempat duduk di sebelah kanan. Qaisara yang pelik hanya menerima pelawaan Jimin. Dia terus turut duduk bersila di sebelah suami, tetapi sedikit jauh membuatkan Jimin tertawa kecil.

Jimin hayunkan tangan, membuat gaya memanggil. Qaisara terdiam seketika, mata melihat tangan Jimin yang menepuk lantai. Dia terasa ragu-ragu ingin duduk dekat dengan si suami. Ragu-ragu yang jenis malu Ye. Akhirnya Qaisara mengalah dan mendekati Jimin, tetapi masih ada jarak di antara mereka.

Disebabkan lantai bilik Qaisara licin, dia terkejut apabila tangannya ditarik dan membuatkan dia duduk betul-betul di sebelah Jimin. Kali ini, tiada lagi jarak di antara mereka.

"better" bisik Jimin dengan perlahan dengan senyuman di bibir. Tangan menepuk di bahu kanan,sambil memandang Qaisara membuatkan wanita itu memandangnya hairan.

"baringla. Walaupun awak tak mengantuk, awak mesti penat" kata Jimin lalu mengambil tangan kiri Qaisara yang di paha, menakutkan jari mereka berdua. Kepalanya disandarkan ke katil, keluhan penat dilepaskan.

Qaisara yang melihat Jimin memejamkan. Disebabkan katil Qaisara rendah, kepala si suami terkelakang sedikit membuatkan halkum nampak ketara. Matanya mengalih ke tangan yang bertaut dengan Jimin apabila terasa ibu jari Jimin membuat bulatan di belakang tapak tangan, membuatkan Qaisara sedikit tenang untuk kali pertamanya untuk hari itu.

Dengan satu keluhan perlahan dilepaskan, Qaisara mengubah posisi dan melentikkan kepala perlahan di bahu Jimin seperti yang dipelawa. Qaisara tertegang tatkala terasa sesuatu berat di atas kepala, namun kembali santai setelah terbiasa. Matanya ditutup, terasa selesa apabila terbau haruman Jimin di sekeliling yang membuatkan mata semakin kuyu.

"Bismillahirrahmannirahim.."

Disebabkan kepala Qaisara berada di tekak leher Jimin, terasa getaran ketika si suami melantun ayat suci. Pantulan yang merdu membuatkan Qaisara semakin mengantuk, tambahan pula jari Jimin yang tak henti membuat bulatan di belakang telapak tangan.

Ingatan terakhir dia pada malam pertama mereka berdua ialah haruman dan lantulan ayat suci daripada Jimin.

[HIATUS] Love at the First Beach -pjmWhere stories live. Discover now