12

3 1 0
                                    

Tiada siapa pun yang bersuara, membuatkan bilik menjadi sunyi. Yang kedengaran hanya bunyi ombak laut . Jungkook dan Jimin terbaring di atas katil, hanya menatap siling. Tidak tahu mahu berbual apa,jadi masing-masing senyap. Seorang fikir tentang isteri, seorang lagi fikir tentang wanita bernama Qaisara.

"Kook, tadi... hyung dengar kau panggil Qaisara... Qai? kau memang kenal dia ke?" Soal Jimin yang memecahkan suasan sunyi di biliknya

Jungkook yang terbaring sama seperti abang iparnya, menoleh kepada Jimin yang di sebelah kanannya.

"Gila tak kenal. Dia bestfriend Fasha dari kecil. Selalu kalau kami datang Malaysia nak renew passport Fasha ,kami tumpang rumah family Qaisara." Ujar Jungkook.

Jimin yang tadi terbaring kini memusingkan badan dan menongkat kepala dengan tangan, menghadap Jungkook yang sudah menatap siling kembali.

"Jadi memang kenal dia gila-gila la?" Soal Jimin lagi. Jungkook mengangguk kepala.

"Hyung tau tak, kalau Kook ada abang atau adik lelaki, mesti Kook nak kenalkan dengan Qaisara."kata Jungkook. Ini membuatkan dahi Jimin berkerut.

"Pehal?"

"Yelah..Qaisara tu baik orangnya. Sepanjang kenal dia selalu lembut ja, tak pernah la nampak dia tinggi suara. Orangnya pulak sopan. Tambah pandai masak, huh, memang elok jadi calon isteri" puji Jungkook seikhlas hati. Jimin di sebelah berdecit tak puas hati.

"Ai kau, puji melebih nampak? Nak kena smackdown dengan Fasha?"

"Eh lek Hyung. Fasha pun selalu puji dia . Lagipun Kook dah anggap Qai macam kakak sendiri dah." Ujar Jungkook.

Jimin kembali ke posisi asal, terbaring sambil menatap siling. Kedua belah tangan diletakkan atas dada. Suasana kembali sunyi.

Jungkook yang tadinya senyap tiba-tuba tersenyum creepy. Dia menoleh ke kanan, melihat side profile Jimin.

"Hyung ....." pnggil Jungkook dengan suara mengusik. Namun Jimin tak menoleh.

"Ape"

"Tanya pasal Qaisara ni..... suka diye ehhhh????!!!?" Teka Jungkook. Terus Jimin bangun dari baring dan menekup mulut Jungkook.

"Senyap la sikit" bisik Jimin kepeda Jungkook. Makin melebar senyum creepy Jungkook. Jungkook duduk di atas katil, menepis tangan Jimin.

"eceeee. JIMIN HYUNG SUKA QAISA---AWWW!!!" . Jungkook terkedu, dia baru sahaja dipukul dengan bantal oleh Jimin. Jungkook, tidak membazir masa terus berdiri dan mencapai bantal yang berdekatan.

"Ini membuatkan beta marah!!"

~._.~

"Tengah gaduh la tu" kata Fasha apabila terdengar suara yang riuh dari bilik sebelah. Qaisara yang sedang melayari internet tergelak kecil.

Qaisara seperti baru teringat sesuatu. Telefon bimbit ditutup dan diletakkan di meja katil. Fasha yang tak sedar akan kelakuan Qaisara terus menepuk paha Nara, untuk dodoikan dia meskipun sudah tertidur budak itu.

"Fasha" Fasha yang mendengar namanya dipanggil melihat kearah Qaisara.

"Kamu kenal Jimin ke?" soal Qaisara. Fasha yang sedang memeluk Nara yang sudah tidur memandang Qaisara pelik. Fasha terbaring bersama Nara, manakala Qaisara hanya duduk disebelah mereka.

"Kenal?sis , he's my brother la." Balas Fasha seraya buat hair flip.

"abang?"

Fasha membuat hidung kembang kempis. Nara yang telah tertidur di atas lengannya cuba diubah ke atas bantal. setelah berjaya, dia duduk lalu bercekak pinggang yang tak nmpak rupa pinggang.

"tulah. Orang nak kenalkan dengan Jimin dulu taknak." kata Fasha. Qaisara mengerutkan dahinya.

"jap,tu ke abang angkat ?" Soal Qaisara dengan muka tak percaya, mata yang membulat.

"yep." Balas Fasha dengan perkataan p yang ditekan.

Qaisara mengerdip matanya berkali-kali. Tak sangka Jimin itu keluarga angkat Fasha. Sudah berkali-kali Fasha mahu perkenalkan mereka namun dia tak mahu. Katanya malas .

"naper,handsome kan?" Soal Fasha , kening diangkat berkali-kali. Qaisara yang sedar dirinya diusik mula merasa panas di pipi.

"ECEEEEEE!!!" Semakin galak Fasha mengusik Qaisara. Bahu Qaisara dicucuk dengan jari. Mulut Fasha ditekup

"SHHhhh,nanti orang dengar lah"

"Tapi kenapa tak pernah nampak dia pun?"

" memang lerrr. Dia kan selalu busy. Belajar belajar belajar belajar...habis belajar,terus kerja dengan papa."

"nak ker? Kalau nak i inform appa, nak jadikan calon menantu" kata Fasha lagi, kening diangkat berkali-kali.

"Ada- ada ja" Bahu Fasha ditolak perlahan dengan tangan. Fasha yang masih mahu mengusik Qaisara senyum kerang busuk. Tiba-tiba Fasha teringat sesuatu.

"Eh kejap. Kenal mana Jimin?" Soal Fasha.

"Kami terserempak masa first day saya datang sini. Masa tu Nara lari keluar, and Jimin yang jumpa dia. Macam tu lah." Jelas Qaisara . Fasha angguk faham.

[HIATUS] Love at the First Beach -pjmWhere stories live. Discover now