23

2 1 0
                                    

"ASSALAMMUALAIKUM!! KAMI DAH SAMPAII" jerit Jungkook setelah membuka pintu rumah. Dia berjalan dihadapan, supaya mereka yang dibelakangnya boleh berjalan

"Ha masuk la . Buat macam rumah sendiri. Jangan jual sudah" usik Fasha . Batrisyia tergelak mendengar lawak hambar Fasha.

Baru sahaja setapak masuk rumah, Qaisara terpegun. Rumah ini lebih besar dari rumah orang tuanya. Reka bentuk dan designya juga sangat cantik dan menawan.

"Amboi appa ,omma. Kenapa tercegat depan pintu ni?" Suara Jungkook membawa Qaisara kembali ke realiti.

"Ni ke Qaisara?" Soal seorang wanita lalu meluru kehadapan Qaisara. Wanita itu memakai tudung, rupanya nampak seperti baru 30-an . Wajah yang cantik buatkan Qaisara terpku seketika. Qaisara senyum kepadanya, lalu menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya. Wanita itu menghulurkan tangan kepada Qaisara.

"Assalammualaikum, ye saya Qaisara" kata Qaisara setelah menyalam wanita itu. Namun tangannya tak dilepaskan. Wanita itu menilik wajah Qaisara membuatkan darah menaik sehingga ke pipi, membuatkan pipi jadi merah.

"Waalaikumsalam. Cantiknya.." kata wanita itu. Lalu matanya memandang Batrisyia di sebelab Qaisara . "kamu.. Batrisyia?"

Batrisyi terus angguk dan hulurkan tangan. Dirinya terpesona, tak tahu sama ada sebab wanita di hadapnnya ini terlalu cantik atau terlalu fasih berbahasa melayu. Qaisara menghembuskan nafas lega dengan perlahan apabila tanganny dilepaskan supaya wanita itu boleh menyalam Batrisyia

"Ye saya. Assalammualaikum "

"Waalaikumsalam. cantik betul orang Malaysia ye bang?" Puji Wanita itu lagi, namun pusing ke belakang menghadap suaminya.

"Dah la omma ni, puji memanjang. Malu diorang." Celah seorang lelaki yang nampak seperi dalam linkungan 30-an juga. "Kamu berdua mesti penat flight lama sangat. Kook, nanti tunjuk diorang mana bilik diorang. Kamu berdua nak kongsi bilik atau asing?"

Qaisara dan Batrisyi berkongsi pandangan. Qaisara mengangkat kening, tanda bertanya kepada Batrisyia. Batrisyia hanya menjawab 'kongsi' tanpa keluar suara. Qaisara mengangguk dan menghadap lelaki itu kembali.

"Kongsi pun ok uncle"

"Ha kook, tolong diorang angkat beg. Kesian nak naik tangga"

"Beres bos" kata Kook dan salute kepada ayah mertuanya. Tangannya terus mencapai bagasi berat milik Qaisara dan Batrisyia tanpa sempat mereka membantah. Bagasi yang ringan dia tinggalkan. Dia tahu yang mana ringan yang kana berat kerana dia tolong mereka angkat beg masuk ke dalam kereta di airport tadi.

Qaisara dan Batriysia terus naik ke atas, mengikuti Jungkook dari belakang sambil bawa beg masing-masing yang lagi satu. Fasha yang masih berdiri di tempat tadi terus memeluk bahu ibu angkatnya dari tepi.

"Omma amacam, cantik tak?" Soal Fasha. Puan Park terus tersenyum sambil mengangkat kening sekali.

"Gile kau kalau kata tak cantik. Sesuai dengan Jimin" bisik Tuan Park. Ketiga-tiga mereka senyum sambil melihat masing-masing

~._.~

Jimin menghembus nafas dengan perlahan. Kepalanya terlalu pening melihat meja yang penuh dengan kertas. Semuanya perlukan tandatangannya. Tandatangan bukan masalah, tetapi dia kena baca satu persatu, baru boleh tandatangan. Menyesal juga bila difikir cuti dua minggu lepas. Banyak kerja yang dia lupa untuk buat setelah balik dari cuti.

Ring ring
Ring ring

Phone yang berdering di ambil dan melihat siapa yang menelefon di waktu pagi begini. Apabila sedar siapa yang telefon, Jimin menghembuskan nafas . Bukan mengeluh, cuma mahu stabilkan nafas. Tak mahu ommanya risau

Mama Mochi🧕🏻 is calling...
Accept

"Assalammualaikum omma"

"Waalaikumsalam. Chim sibuk tak?" Jimin melihat kertas yang berserabut di atas mejanya.

"Sibuk la juga sekarang. Kenapa omma?"

"Boleh tak nanti dinner Chim balik awal sikit?"

"Insyaallah. Kenapa omma?"

"Tak ada apa . Balik awak tau. Bye!" Belum sempat mahu bertanya, omma sudah end call. Jimin hanya buat nuka pasrah dan meletakkan telefon di tepi, ingin aambung buat kerjanya.

[HIATUS] Love at the First Beach -pjmWhere stories live. Discover now