"Kenapa awak bayar?"
"Sebab saya nak?"
"tapi saya yang pakai lah" rungut Qaisara. Jimin berhenti berjalan, dan menoleh ke Qaisara dengan senyuman. Walaupun riak wajah Qaisara nampak seperti biasa, Jimin dapat agak ianya sudah masam mencuka.
"bagi tahu berapa, biar saya bayar balik"
"satu ringgit?" usik Jimin dengan senyuman. Semakin lebar senyuman bila melihat Qaisara seperti pasrah.
"Jimin.."
"Awak akan jadi tanggungjawab saya juga satu hari nanti, so why not" balas Jimin, kedua belah tangan dimasukkan ke dalam poket.
"Fine,but I will pay you back with anything"kata Qaisara yang sudah malas bergaduh. Muka tak puas hati ditayangkan, lalu berjalan menuju ke keretanya sendiri. Jimin yang melihat Qaisara seperti sudah merajuk tergelak kecil. First time dia nampak Qaisara begitu.
Dalam perjalanan pulang ke rumah, sempat Qaisara singgah ke Mcdonald atas permintaan Nara. Selesai sahaja membeli, dia pergi ke arah kereta Jimin yang terparkir di sebelah keretanya. Cermin bahagian pemandu diketuk perlahan.
"Untuk family awak" kata Qaisara
"tak perlu lah--" Qaisara terus menolak bungkusan Mcdonald ke dalam kereta. Jimin yang tak mampu proses apa yang berlaku terpaksa terima, bungkusan Mcdonald berada di dalam pangkuan tangan. Sempat tangan Qaisara menyelit ice-cream di tangan Jimin. Terpapar senyuman bangga di wajah Qaisara
"I told you I will repay" kata Qaisara lalu berjalan ke keretanya sendiri,meninggalkan Jimin yang tercengang sambil di tangan penuh barang. Mereka berdua berpisah di situ. Qaisara pulang ke rumahnya, Jimin pulang ke homestay yang disewa.
~._.~
Hampir sahaja sampai di rumah, Qaisara pelik melihat satu lori besar di hadapan rumahnya. Kelihatan ramai orang keluar masuk pagar rumah keluarganya.
'kenapa banyak sangat orang ni?' omel Qaisara di dalam hati. Kereta papa pun telah diparkir di luar. Jadi Qaisara pun ikut, parkir kereta di luar rumah. Bungkusan makanan Mcdonald dikeluarkan, Qaisara berjalan sedikit jauh, masuk rumah ikut pintu dapur
"Assalamualaikum.. Kakak dah balik" kata Qaisara sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam rumah. Makanan terus diletakkan atas meja.
"Waalaikumsalam. Dah beli dah baju?" balas Puan Alya, ibu kepada Qaisara yang baru memasuki dapur setelah mendengar suara Qaisara.
"Dah.. Kenapa mama tak bagi tahu Jimin datang?" soal Qaisara. Dia mengambil cawan lalu pergi ke mesin air sejuk untuk minum air.
"mama nak bagi tahu, tapi dia kata dia nak buat surprise dekat kakak. Tu yang mama senyap tu" jawab Puan Alaya setelah Qaisara duduk di atas kerusi di dapur. Qaisara menangguk perlahan, air di tangan diteguk perlahan.
"Kenapa ramai orang sangat?" soal Qaisara, bibir dijuih ke ruang tetamu.
"Diorang buat pelamin, kami tak tengok ke?" soalan Puan Alya mendapat gelengan serta senyuman kerang busuk daripada Qaisara.
"lah ye ke? Kakak masuk ikut belakang. Segan pulak sebab bawa makanan"
"Yelah. Pergi mandi, dah lewat dah ni"
YOU ARE READING
[HIATUS] Love at the First Beach -pjm
FanfictionCinta pandang pertama kat pantai agitewww. Baca baca jugak. Amalan wajib jangan tinggal. Jangan sebab nk baca sampai tinggal perintah Allah. Ha dah aku tulis fun fun. (hiatus sbb belajar👍)