" yang kau asyik lari ni kenapa? Taehyung kepada Batrisyia. Dari pagi sampai sekarang wanita itu asyik mengelak dengannya. Asyik larikan diri sahaja. Memandangkan sekarang Batrisyia sedang memasak entah apa, jadi dia tak boleh lari. Taehyung menyilangkan tangan di dada, berdiri hanya berapa tapak dari kiri Batrisyia sambil bersandar di dinding.
Batrisyia memandang Taehyung sekilas lalu kembali mengacau stew kimchi. Kepala digeleng perlahan tanda tak ada apa. Taehyung mengeluh perlahan.
"Kau malu dengan aku? Pasal benda tadi?" soal Taehyung lagi. Terus sahaja Batrisyia memandangnya dengan mata membulat. Batrisyia menoleh ke belakang, memastikan tiada siapa yang akan mendengar perbualan mereka. Jari telunjuk dinaikkan di bibir. Taehyung tersenyum dengan reaksi Batrisyia.
"tak perlu malu, benda tu normal." kata Taehyung. Batrisyia memandang wajah Taehyung, mahu mengenal pasti sama ada lelaki ini sedang mahu mengusik atau tidak.
"kalau kau lari lagi..." Taehyung mendekati Batrisyia, badan di tunduk sedikit menyamakan ketinggian mereka "Aku cium kau" ugut Taehyung. Terus Batrisyia memandangnya dengan mata membulat.
"gila apa? Haram la. Kita ni bukannya suami isteri."
"only for now sayang..." kata Taehyung dengan nada mengusik, Senyuman gatal menghiasi bibir. Batrisyia menjeling Taehyung sekilas, lalu menutup api periuk lalu berjalan meninggalkan Taehyung sendirian di dapur.
'only for now..' gunam Taehyung dalam hati sambil memandang Batrisyia dengan senyuman.
~._.~
"nenek nak pergi mana ?" soal Batrisyia apabila melihat nenek Taehyung sudah bersiap seperti mahu keluar, tambah pula dengan memegang bakul.
Nenek tersenyum kepada Batrisyia sambil angkat lengan yang memegang bakul."nak beli barang. Bahan tak ada pula"
"NAK IKUT!!!" suara Taehyung yang entah dari mana memeranjatkan Batrisyia. Terhinjut bahu wanita itu dek terkejut serahan Taehyung. Lelaki itu yang berlari melepasinya memeluk manja lengan nenek.
"Yelah, ajak kawan-kawan kamu sekali"
"yah Jiminieee, nak pergi dating dengan Qaisara dekat pasar ta---Awww"rungut Taehyung apabila Jimin menampar belakanh kepalanya perlahan. Entah datang mana tak tahu. Jimin menjeling Taehyung yang kuat drama, lalu senyum sehingga nampak semua gigi kepada nenek. Kedua belah tangan dimasukkan ke dalam poket, dan bahu dinaikkan sedikit persis budak budak.
"Hehe halmoni Jimin ikut je" nenek menangguk.
"Siap cepat, halmoni tunggu luar"kata nenek lalu mula berjalan tinggalkan mereka bertiga yang di dapur. Jimin menjeling Taehyung kembali, lalu acah mahu mencekik Taehyung membuatkan lelaki itu mengelak.
"Sayang nak ikut?"soal Taehyung kepada Batrisyia. Batrisyia menjeling Taehyung dari hujung mata, dan jalan mengikuti nenek yang sudah keluar rumah.
" apesal semua asyik jeling aku ni? "soal Taehyung kepada diri sendiri.
~._.~
"Jimin.. Kamu pergi cari sayur boleh?" soal nenek Taehyung dan menghulurkan sehelai kertas kepada Jimin. Jimin angguk, menerima dan meneliti semua bahan yang tertulis di kertas itu.
" Qaisara,temankan Jimin. Mana tahu dia tak reti cari bahan" kata nenek. Qaisara menangguk perlahan dan berlari menuju ke Jimin yang sudah jalan jauh ke dalam pasar pagi.
"Kamu berdua ikut halmoni, kita cari ayam" kata nenek kepada Taehyung dan juga Batrisyia yang di belakangnya.
Taehyung memandang Batrisyia di sebelahnya, cuba mengambil perhatian wanita itu. Setelah Batrisyia menoleh ke arahnya dengan kerutan 'mengapa' di dahi. Taehyung hadiahkan senyuman gatal, kening diangkat berkali-kali . Hal ini membuatkan kerutan di dahi Batrisyia makin teruk dan berlari supaya berjalan bersebelahan nenek Taehyung, meninggal Taehyung di belakang.
Mereka berjalan sehingga berhenti di sebuah kedai kecil. Agaknya kedai ayam kerana papan tanda ada lukisan ayam dengan besar dan juga ayam yang tersusun rapi di dalam bekas ais. Batrisyia hanya memandang nenek Taehyung yang seperti sedang memanggil seseorang keluar. Batrisyia terkeluar kan suara terkejut apabila melihat seorang nenek seperti baya nenek Taehyung, keluar dari gerai dan memakai tudung di kepala.
"omo Taehyungiee... Lama kamu tak datang"kata nenek di hadapannya dalam bahasa Korea,kawan nenek Taehyung mungkin. Kemudian mata wanita tua memandang Batrisyia yang di sebelah nenek Taehyung.
"siapa ni Misoo? Cantiknya" pujinya .Batrsiyia yang tak tahu apa yang dibilang oleh nenek itu hanya tersenyum dah menunduk sedikit kepadanya.
"bakal isteri Tae" celah Taehyung sambil tersenyum.
"OMO OMO" Nenek tua itu yang ketawa sambil menepuk tangan melihat Batrisyia membuatkan dia memandang Taehyung dengan tanda tanya. Kening diangkat bertanya, namun yang dijawab Taehyung hanya kenyitan mata. Semakin hairan Batrisyia apabila nenek Taehyung turut tersenyum melihatnya. Di orang tengah cakap buruk pasal aku ke?
YOU ARE READING
[HIATUS] Love at the First Beach -pjm
Fiksi PenggemarCinta pandang pertama kat pantai agitewww. Baca baca jugak. Amalan wajib jangan tinggal. Jangan sebab nk baca sampai tinggal perintah Allah. Ha dah aku tulis fun fun. (hiatus sbb belajar👍)