30

5 1 0
                                    

" sayang, nak sikit.." pinta Taehyung kepada Batrisyia yang di hadapannya. Pinggan plastik dipegang dengan kedua belah tangan sambil mata mengerlip berkali-kali kepada Batrisyia dengan senyuman gedik.

Batrisyia yang memang sudah lapar selepas insiden sakit perut tadi sudah malas mahu bertekak dengan Taehyung. Tangan mengambil senduk, dan mencedok sedikit nasi dan diletakkan atas pinggan Taehyung. Jimin yang disebelah Taehyung, memandang dengan mata membulat. Begitu juga dengan Qaisara


" ape?" Soal Taehyung sambil menjeling Jimin. "Kau ada buah hati, biarlah aku ada buah hati juga" sambung Taehyung sambil melihat Qaisara apabila menyebut 'buah hati'. Merah terus pipi wanita itu bila diperbuat sedemikian.

"Thank you baby" usik Taehyung lagi, kali ini senyuman kotak dihadiahkan kepada Batrisyia. Batrisyia pula membalas dengan jelingan dan sambung makan. Suasana terasa begitu awkward,hanya bagi Qaisara dan Jimin. Qaisara berdehem , lalu sambung menaip apa entah di dalam telefonnya.

~._.~

Setelah sampai selamat di rumah nenek Taehyung, Jimin dan Taehyung turun dari kereta dan menyapa nenek Taehyung. Begitu juga dengan Qaisara. Sempat wanita itu mengucap terima kasih kerana izinkan dia bertumpang. Setelah itu mereka bertiga mula mengeluarkan beg pakaian masing-masing dan masukkan ke dalam bilik. Taehyung yang baru sahaja nak keluar rumah setelah letak beg bertembung dengan Qaisara yang baru masuk semula.

" Batrisyia mana?" Soal Taehyung. Dari tadi dia tak nampak lagi wanita itu. Qaisara yang sedang mengangkat beg Batrisyia memusingkan kepla dan tunjuk ke kereta yang dinaikinya tadi dengan dagu.

" ada dalam kereta, tertidur lagi"

"Tak gerak ke?" Soal Taehyung. Qaisara menggeleng .

"Nanti dah siap angkat barang baru saya nak gerak. Kesian pula tengah sakit" balas Qaisara lalu berjalan tinggalkan Taehyung.

Taehyung menoleh, memandang Qaisara sekilas lalu memandang kereta di luar rumah. Dia berjalan keluar dari rumah, sempat sarung selipar milik neneknya. Kereta miliknya yang dinaiki Qaisara dan Batrisyia didekati, pintu bahagian penumpang dibuka perlahan.

" Batrisyia..." panggil Taehyung entah ke berapa kali.

"Lagi lima minit abi..."gumam Batrisyia yang mamai. Taehyung senyum melihat Batrisyia yang masih mamai. Nampak seperti budak-budak. Dengan kaca mata sudah senget, tudung pun ikut senget. Terlintas di fikiran mahu mengusik wanita itu.

" Sayang.....bangun" panggil Taehyung dengan lembut, namun wanita itu masih menutup mata.

"Sayang~~" panggil Taehyung lagi, tapi kali ini lebih kuat membuatkan Batrisyia membuka mata.

Taehyung berundur dan memasukkan tangan ke dalam poket, memberi ruang untuk wanita itu keluar dari kereta. Sebaik sahaja berdiri di luar kereta, Batrisyia mengeliat kecil. Tak peduli bahawa Taehyung hanya berdiri tak jauh dengannya.

Mahu sahaja Taehyung gelak dengan perangai selamba Batrisyia, namun matanya menangkap sesuatu di kusyen yang diuduki Batrisyia tadi. Walaupun dari jauh, Taehyung sudah dapat agak cecair apa itu.

"kejap, ambil ni." kata Taehyung lalu membuka jaket yang dipakainya lalu di hulurkan kepada Batrisyia. Batrisyia yang masih blur hanya menerima dengan jeritan di dahi.

"nak buat apa ni?" soal Batrisyia. Taehyung tersenyum kecil dengan wajah Batrisyia yang bingung. Dia berjalan mendekati Batrisyia.

"period" bisik Taehyung lalu memalingkan badan membelakangi Batrisyia .

Pada mulanya Batrisyia tak faham kenapa Taehyung cakap macamtu,setelah beberapa saat baru otaknya berhubung. Mata Batrisyia membulat setelah faham akan maksud Taehyung. Jaket Taehyung langsung diikat pada pinggang dengan segera.

Memang patut la dia sakit dari tadi, sudah mahu datang bulan. Kenapa tak terfikir langsung?! Mahu sahaja menampar diri sendiri akibat kecuaian.

Dalam tak sedar, Taehyung kembali berdiri di hadapan. Tangannya menghulur satu plastik warna hitam. Batrisyia yang masih malu hanya melihat plastik itu , enggan bertembung mata dengan Taehyung.

" aku tak tahu jenis apa kau pakai, so aku beli je." kata Taehyung selepas Batrisyia menerima bungkusan warna hitam di tangannya.

Tak tahu la sama ada mahu menyorok bawah katil atau bunuh diri,Batrisyia tersangat malu saaat ni. Di dalam plastik hitam itu terdapat tuala wanita. TUALA WANITA.

"Pergi la masuk" kata Taehyung. Sudah diberi keizinan, Batrisyia terus memecut masuk ke dalam rumah. Sempat dia bersalam dengan nenek Taehyung yang berada di pintu rumah. Nenek Taehyung yang dari tadi memerhati cucunya dari dalam segera beritahu Batrisyia di mana biliknya berada. Nenek kembali memandang cucunya, Taehyung dengan senyuman bermakna

Selepas memastikan Batrisyia pergi, Taehyung terus mengambil tisu basah yang memang sudah dia sediakan di dalam kereta. Satu persatu tisu dia lap cecair merah di kusyen keretanya. Nasib kusyen dibalut dengan jenis kulit, kalau kain entah Le nak. Walaupun tisu basah itu sudah penuh dengan cecair merah, Taehyung tak terasa geli langsung. Baginya itu seperti darah biasa.

'nasib kena dekat kereta aku, kalau kereta Jimin?'

Setelah memastikan tiada lagi kesan darah di kusyen, Taehyung mengambil minyak wangi di poket seluar. Minyak wangi itu di sembur di sekeliling tempat duduk penumpang.

Apabila sudah siap bersihkan semuanya, Taehyung berdiri dan mengeliat kecil. Tangannya mencekak pinggang, tersenyum bangga dengan hasil kerjanya.

~._.~

"Batrisyia?! Kamu okay tak tu?" soal Qaisara dari luar tandas. Sudah lebih 5 minit Batrisyia masih lagi tak keluar-keluar.

"Okay ja!!" balas Batrisyia.

" Jangan duduk lama sangat dalam tandas, tak elok."pesan Qaisara lalu keluar dari bilik.

Batrisyia yang di dalam tandas sudah bermandi peluh mencuci jaket Taehyung dan seluar yang ada kesan darahnya. Hampir sahaja dia mahu menangis kerana terlalu malu dengan Taehyung. Sudah la tak ucap terima kasih, terus lari macam tu aja.

Batrisyia memejamkan mata dan menghempas sabun buku ke atas jakt Taehyung. Mulut dibuka, menjerit. Namun yang keluar hanya angin, bukan suara.

[HIATUS] Love at the First Beach -pjmWhere stories live. Discover now