BAB 2

21 2 2
                                    

"Mommy daddy , Amar ada benda nak bagitahu ni . Amar err , Amar ermmm Amar nak kahwin dengan Aisha ." , ujar Amar perlahan .

"Apa! Nak kahwin ? Amar sedar tak apa yang Amar cakapkan ni ? Perkahwinan bukan boleh buat main." , jerkah Encik Amir membuatkan Amar terkejut bukan kepalang .

"Amar tahu daddy perkahwinan bukan mudah . Tapi Amar nak halalkan hubungan kami berdua . Itu aje ." , balas Amar yakin .

"Amar , mommy dengan daddy bukannya taknak bagi Amar kahwin , tapi Amar dengan Aisha masih muda . Amar sendiri pun masih belajar . Amar nak bagi Aisha makan apa ?" , tutur Puan Amira lembut .

"Amar janji Amar akan berusaha sedaya upaya Amar untuk bahagiakan Aisha . Amar juga berjanji tak akan susahkan mommy daddy dalam hal ni." , tutur Amar lembut berharap supaya orang tuanya merestui cadangannya itu .

"Daddy tak setuju ." , balas Encik Amir singkat dan padat .

"Daddy tolong lah faham kehendak hati Amar . Amar nak halalkan hubungan kami . Kenapa susah sangatmommy daddy nak faham ?", bentak Amar.

"Papa Aisha nak jumpa kita sekeluarga untuk bincangkan hal ni . Amar harap mommy daddy setuju . Petang nanti kita pergi ." , tutur Amar keras membuatkan Encik Amir yang berdiri terus menghenyakkan punggungnya ke sofa di ruang tamu rumah mereka . Puan Amira yang duduk di sebelah terus mendekati dan mengelus lembut lengan suaminya . Pening kepala dengan sikap Amar yang keras kepala dan membuat keputusan melulu itu .

Amar yang terus naik ke bilik selepas bertengkar dengan kedua ibu bapanya membaringkan badan ke atas tilam empuk miliknya . Dia lantas mencapai telefon bimbit serta mendail nombor telefon milik buah hati kesayangannya . Selepas beberapa minit kemudian , terdengar suara manja seorang gadis .

"Assalamualaikum hello Amar , macam mana ? Awak dah bagitahu orang tua awak ke pasal kita ? Diaorang jadi tak datang sini ?" , bertalu-talu soalan yang diajukan Aisha kepada Amar tanpa sempat Amar menjawab salam darinya .

"Waalaikumsalam sayang . Dah saya dah bagitahu tadi . InsyaaAllah petang nanti kita orang pergi." , bohong Amar demi menjaga hati Aisha . Keluhan dari mulut Amar terdengar perlahan.

"Serius lah awak , Alhamdulillah seronok saya dengar . Semoga mama papa kita setuju untuk nikahkan kita ." , teruja Aisha menuturkan ayat tersebut .

"InsyaaAllah sayang ." , tutur Amar sayu .

Petang itu , dengan wajah dan perasaan bercampur-baur . Kedua orang tua Amar mengikuti anak mereka ke rumah bakal menantu . Walaupun pada dasarnya mereka tidak menyetujui cadangan tersebut , namun di hati kecil mereka terselit kebanggaan terhadap Amar yang berani mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada usia yang muda .

Baru berusia 21 tahun namun kematangan Amar tidak dapat disangkal oleh sesiapa . Amar tidak pernah menyusahkan ibu bapanya . Sejak habis sekolah tingkatan 5 , Amar sudah bekerja secara separuh masa sebelum melanjutkan pelajaran ke kolej tempatan di Selangor. Seringkali dihulur sedikit duit untuk membiayai makan minum di kolejnya namun Amar menolak lembut pemberian mereka . 

SETIA BERSAMAKUWhere stories live. Discover now