3 bulan kemudian , majlis perkahwinan Amar dan Aisha berlangsung dengan meriahnya . Majlis diadakan di dewan serbaguna serta dihadiri oleh keluarga , jiran-jiran terdekat serta rakan-rakan . Makanan yang disediakan juga amat sedap dan menyelerakan . Antara makanan yang dihidangkan ialah nasi minyak , sambal udang , sotong bakar , daging masak hitam , ayam masak merah , ulam-ulaman dan sambal belacan . Makanan sampingan yang lain juga turut disertakan membuatkan majlis tersebut dipuji ramai .
Kedua orang tua Amar dan Aisha yang sibuk menguruskan majlis dari sebulan sebelumnya sangat berpuas hati dengan majlis tersebut. Tetamu yang berkunjung mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana memberikan kepuasan dalam setiap acara . Amar dan Aisha yang juga sibuk melayan tetamu mengeluh letih pada akhir majlis. Majlis berakhir pada pukul 6 petang .
"Arhhh letihnya harini . Tapi Alhamdulillah selesai jugak majlis anak-anak kita ya." , ujar Encik Amir kepada besannya dan Puan Amira disebelah .
"Itulah Mir . Nak rancangnya bukan main lama , nak siap sehari aje ." , balas Encik Majdi membuatkan seisi ruang tamu bergelak ketawa . Mereka berada di rumah keluarga Amar kerana dewan yang diadakan berdekatan dengan rumah Amar .
"Pengantin barunya mana ? Sampai-sampai je rumah terus naik ke bilik tak turun-turun." , tanya Puan Mimi kepada besannya , Puan Amira .
"Ada tu ha kat bilik. Amar kata nak mandi dan rehat , penat sangat katanya ." , jawab Puan Amira .
"Biarlah mereka nak bermanja-manja , awak ni pun ." , usik Encik Majdi membuatkan Puan Mimi menjeling manja kepada suaminya di sebelah .
Amar dan Aisha yang terus naik ke bilik setelah selesai majlis masih membaringkan diri di atas tilam . Jam menunjukkan pukul 7 malam . Tahu tidak elok tidur ketika senja namun disebabkan oleh penat yang mencengkam tubuh , keduanya tidak mampu untuk menolak godaan dari tilam empuk . Bilik yang telah dihias cantik untuk pengantin baru menambahkan kenikmatan untuk penghuninya .
Jam yang dikunci Amar untuk mengejutkan mereka bangun mandi pada pukul 7.15 malam berbunyi nyaring . Amar bangun lantas menggosok mata dan mengiring ke arah Aisha . Rambut yang menutupi mata diselak sedikit menampakkan wajah ayu milik sang isteri . Cantik semulajadi .
"Sayang , bangun . Nak maghrib dah ni . Jom mandi .", panggil Amar lembut sambil mengusap lengan Aisha . Tidak bergerak , Amar mengambil keputusan untuk merangkul tubuh isterinya dekat dengannya . Terkejut dengan perbuatan itu , Aisha lantas membuka mata dan melihat wajah Amar yang dekat dengannya .
"Arhhhhhhhhhhhhh . Awak buat apa ni ? Awak cuba nak buat apa dengan saya ?" , tanya Aisha panik dengan keadaan tersebut .
"Shhhhh ! Janganlah bising . Saya cuma nak kejut awak je . Tengok tu dah pukul berapa ?" , jawab Amar lantas menujukkan jam di dinding .
"Alamak ! Nak dekat maghrib dah . Mana bilik air ? Saya nak mandi ." , bangun Aisha lantas mencari tuala dari dalam beg yang dibawanya dari rumah .
"Tu dekat situ . Alaaa kita mandi sekali lah sayang . Boleh erk?" , ujar Amar dengan wajah manja dan sedikit gedik . Hahahaaaah .
"Tak payah gatal erk . Saya mandi dulu then awak pulak ." , kata Aisha dengan mata yang dijulingkan ke atas . Dia kemudiannya berlalu menuju ke bilik mandi dengan segera memandangkan waktu maghrib semakin hampir . Pening kepalanya apabila tidur lewat petang begitu .
"Ermm waktu bercinta sopan ayu je . Bila dah kahwin , habis keluar perangai harimau . Perempuan perempuan . Nasib baik aku sayang ." , ucap Amar setelah melihat Aisha bergegas menuju ke bilik air tanpa memandang ke arahnya .
"Awak , saya dengar erk apa yang awak cakap !" , lantang suara Aisha dari dalam bilik air .
'Alamak ! Cakap perlahan pun dengar . Habislah aku .' , bisik suara hati Amar .
Setelah selesai solat maghrib , Amar dan Aisha turun ke bawah untuk makan malam setelah dipanggil oleh Puan Amira . Kedua orang tua mereka sedang menunggu di meja makan dengan dipenuhi masakan yang enak-enak belaka . Ibu bapa Aisha dipelawa oleh besan mereka untuk menginap disitu untuk sehari dua . Pelawaan itu disambut baik memandangkan mereka juga belum mengenali satu sama lain dengan lebih rapat .
"Haaaa turun pun pengantin baru kita ni , ingatkan taknak turun dah sampai esok pagi." , ujar Encik Amir kepada anak serta menantunya .
"Biasalah pa , nama pun pengantin baru . Takkan tak ada masa nak berdua kot . Bagi la peluang dekat kita orang sikit .' , balas Amar membuatkan Aisha yang berada di sebelah mencubit lengan Amar . Amar mengaduh kesakitan lantas tawa kedua orang tua mereka bergema di meja makan .
"Amar lepas ni , rancang nak buat apa ? Study korang macam mana ? Berapa sem lagi nak habis ?" , tanya Encik Amir serius berkaitan masa depan anak menantunya .
"Haaa betul tu . Macam yang papa bagitahu , jangan sesekali abaikan pelajaran walaupun dah kahwin . Papa taknak dengar pensyarah korang mengadu apa-apa tentang korang ye ." , ucap Encik Majdi tegas kepada anak-anaknya.
"Jangan risau papa daddysekalian , Amar dah rancang sebaiknya berkaitan hal ni . InsyaaALLAH Amar akan bukak bengkel dengan kawan Amar . Pelajaran Amar tak tinggal , duit Amar cari . Aisha akan tetap belajar seperti biasa . Papa jangan risau , mulai sekarang , Aisha berada di bawah tanggungan Amar . Papa tak usahlah risau lagi berkenaan yuran pengajian Aisha ya papa ." , terang Amar panjang lebar kepada papa mertuanya .
"Alhamdulillah , sejuk hati papa dengar . Papa doakan perkahwinan kamu berdua akan kekal sehingga ke Jannah . Aamiin ." , doa Encik Amir diaminkan oleh semua orang di meja makan.
"Papa jangan risau . Amar dan Aisha tahu macam mana nak uruskan perbelanjaan harian kami . Lagipun kami cuma ada satu sem je lagi . Dah tak lambat then kita orang akan cari kerja sepenuh masa . Aisha pun boleh bantu Amar sikit-sikit dengan bisnes online yang Aisha tengah buat sekarang . Semoga Allah permudahkan urusan kami dan kami cuma mohon doa dan restu dari mama dan papa ." , ucap Aisha kepada mertua dan mama papanya . Amar yang berada di sebelah mengukir senyuman mesra kepada isteri dan bersyukur kerana dikurniakan seorang peneman hidup yang setia dan sanggup bersusah payah dengannya .
YOU ARE READING
SETIA BERSAMAKU
RomanceAmar dan Aisha anak muda yang mengambil keputusan untuk berkahwin awal. Banyak rintangan dan dugaan dihadapi dalam rumahtangga tersebut. Adakah mereka setia hingga ke akhirnya? Jangan lupa baca SETIA BERSAMAKU 😂