BAB 14

7 1 0
                                    

Selepas makan tengah hari di rumah Encik Amir dan Puan Amira , Amar dan Aisha serta kedua orang tuanya bertolak ke rumah Encik Majdi dan Puan Mimi pula . Aisha telah memaklumkan terlebih dahulu ibu bapanya kerana kadang-kala mereka tiada di rumah . Encik Majdi selalunya akan bekerja atau keluar berjumpa kawan manakala Puan Mimi ada mesyuarat persatuan di kawasan tamannya . Begitulah rutin harian ibu bapa Aisha jika bukan hari minggu .

Ketika sampai di depan pintu rumah Encik Majdi , kelihatannya tuan rumah sudah terpacak di depan pintu rumah menunggu kedatangan tetamunya . Biarpun tetamunya hanya besan dan anak menantu , namun tetamu tetap diraikan .

"Haa sampai pun . Mari-mari ." ajak Encik Majdi ramah kepada tetamunya itu .

"Assalamaualaikum." , sapa Encik Amir serta yang lain kepada Encik Majdi .

"Waalaikumsalam . Masuk-masuk." , kata Encik Majdi mempelawa mereka . Mereka bersalaman sesama mereka . Aisha yang rindu dengan Puan Mimi terus sahaja mencari mamanya .

"Papa , mama mana ?" , tanya Aisha kerana kelibat Puan Mimi langsung tidak kelihatan .

"Ada tu ha kat bilik , baru lepas solat zuhur rasanya ." , beritahu Encik Majdi kepada anaknya.

Aisha yang tercari-cari terus sahaja naik ke bilik Puan Mimi . Sampai sahaja di depan pintu , Aisha terus menolak pintu tanpa memberi salam terlebih dahulu . Puan Mimi yang tercengang terus sahaja mengurut nafas lega .

"Aisha , kalau ye pun bagilah salam dulu . Terkejut mama tau." , ujar Puan Mimi lantas bangun melipat sejadah dan telekung . Benarlah kata Encik Majdi , mamanya baru lepas solat .

"Mama , Aisha rindu sangat dengan mama tau." , kata Aisha lantas memeluk erat Puan Mimi. Puan Mimi yang sedikit terkejut terus mengukir senyuman . Dia membalas pelukan anak manjanya itu .

"Hish anak mama ni , dah ada suami pun rindu mama lagi ke?" , usik Puan Mimi sambil mencubit pipi gebu Aisha .Dia perasan bahawa badan anaknya sedikit berisi daripada sebelum kahwin . Mungkinkah anaknya mengandung ?

"Ish mama ni . Tak kisahlah Aisha dah kahwin ke ada anak ke , Aisha tetap sayang dan sentiasa rindukan mama tau." , ujar Aisha , dia juga hairan kenapa akhir-akhir ini dia juga sering berfikir soal anak .

"Sayang mengandung ke ? Aisha macam dah berisi sikit ni , period dah datang ? Selalunya minggu ni Aisha dah period kan?" , tanya Puan Mimi bertubi-tubi kepada anaknya . Dia tahu serba-serbi berkaitan Aisha sehingga hal dalam kain . Jika benar Aisha mengandung , maka dia juga akan sangat bahagia .

"Belum lagi mama , Aisha pun pelik tapi Aisha takde tanda-tanda mengandung pun . Takkan kot." , jawab Aisha perlahan . Janganlah dia mengandung , kalau Amar tahu ni mau perang dunia kedua suaminya itu dengannya .

"Nanti Aisha check erk . Jangan lupa , dah jom turun . Mereka dah tunggu lama dah tu ." , ajak Puan Mimi lantas memimpin tangan Aisha menuruni tangga . Dia yakin benar anaknya itu sudah berbadan dua . Dia dapat melihat dari mata wanitanya . Alhamdulillah jika benar Ya Allah .

"Maaflah saya lambat . Larh mana yang lain ? Patut lah sunyi semacam je." , sapa Puan Mimi mesra kepada Puan Amira . Rasa bersalah kerana membiarkan besannya itu menunggu lama , seorang diri pulak tu . Dia juga menghulurkan tangan bersalaman .

"Diorang kat luar tengah bersembang dekat pondok depan tu ha ." , kata Puan Amira sopan .

"Jomlah ke dapur , boleh kita sembang-sembang." , ajak Puan Mimi kepada Puan Amira . Mereka bertiga termasuk Aisha melangkah kaki ke dapur untuk menyediakan minum petang. Puan Mimi mengeluarkan tiga bungkus mee , sayur sawi serta beberapa bahan lain untuk membuat mee udang .

"Nak buat apa dengan bahan-bahan tu semua Mimi?" , tanya Puan Amira .

"Nak buat mee udang . Amar ada bagitahu yang Amira suka , tu yang suruh papa Aisha beli ni tadi." , ujar Puan Mimi sambil mengerling kepada Aisha yang kelihatan agak letih . Sah mengandung!

"Ouh Ya Allah terima kasih lah , saya pun dah lama teringin nak makan." , kata Puan Amira dengan wajah ceria.

"Kalau macam tu , Amira jelah yang masak . Saya tolong apa-apa yang patut." , kata Puan Mimi lantas bertanya itu ini kepada Puan Amira untuk menolong . Puan Amira juga kelihatan sangat teruja diberi kesempatan memasak makanan kegemarannya mengikut resepi warisan.

Setelah semuanya hampir siap , barulah wanita-wanita tersebut perasan Aisha yang sedang tidur di atas sofa . Mukanya juga agak pucat lesu .

"Kenapa dengan Aisha tu Mimi ? Dari rumah tadi pun nampak dia macam dah tak berdaya je." , tanya Puan Amira yang sedang menghiris cili merah untuk dibuat hiasan .

"Saya rasa dia mengandung Amira . Period dia bulan ni pun tak datang lagi , selalunya tak pernah lewat macam ni." , kata Puan Mimi dengan wajah yang berbunga-bunga . Puan Amira yang mendengarnya juga menekup mulut seakan hendak menjerit . Dia merapati Puan Mimi lantas bersorak perlahan .

"Yeayy ! Kita dah nak dapat cucu ke ni . Alhamdulillah , ni kalau abang Amir tahu ni mau terlompat dia . Abang Amir memang tak sabar sangat nak timang cucu ." , beritahu Puan Amira teruja yang teramat sangat .

"Tapi jangan bagitahu semua orang lagi , ni andaian saya je . Kalau betul baru kita bagitahu semua orang okay. Jap saya kejutkan Aisha suruh dya buat test urin." , kata Puan Mimi yang sudah tidak sabar hendak mendapat keputusan berkaitan kehamilan Aisha .

"Erh jap , awak ada alat tu ke?" , tanya Puan Amira pelik . Takkan la Puan Mimi ada simpan alat tu lagi kot ? Nak tambah anak lagi ke ?

"Ishh awak jangan salah faham pulak . Alat tu memang saya beli khas untuk Aisha . Excited." , jawab Puan Mimi lantas bergerak ke arah Aisha yang sedang tidur nyenyak di atas sofa .

Setelah didesak berkali-kali oleh Puan Mimi serta disuruh oleh Puan Amira , Aisha bangun ke tandas demi memenuhi permintaan Puan Mimi serta Puan Amira . Permintaannya pula , janganlah mengandung , takut dimarahi Amar nanti . Namun apakan daya , takdir tidak menyebelahinya . Setelah diperiksa berkali-kali , ujian tetap sama . Dua garis merah timbul pada alat tersebut . Habislah dia !!

Dia menunjukkan alat tersebut kepada Puan Mimi dan Puan Amira . Mereka berdua terus bersorak kegirangan manakala Aisha menunduk muka menahan tangis . 

SETIA BERSAMAKUWhere stories live. Discover now