Setelah selesai makan malam , Aisha mengangkat pinggan mangkuk yang kosong ke dapur untuk dibasuh . Puan Mimi turut membantunya apa yang patut , manakala Encik Majdi dan Amar bersembang di ruang tamu .
"Mama biarlah semua ni Aisha yang basuh , mama pergilah berehat dekat depan ." , arah Aisha kepada mamanya . Kasihan melihat Puan Mimi melakukan itu ini bersama dia .
"Yalah mama ke depan dulu ya , nanti kamu pergi ." , ujar Puan Mimi kepada Aisha .
Aisha mengangguk kepala tanda faham . Dia meneruskan kerjanya sehingga selesai . Setelah habis semua pinggan mangkuk dibasuh , dia membancuh seteko kopi panas dan sepiring kek coklat dibawa ke depan .
"Aisha duduk sini kejap . Papa ada benda nak bagitahu kamu." , suruh Encik Majdi sambil meneguk sedikit air kopi buatan Aisha . Lama tak rasa air tangan anaknya itu , rindu .
"Papa nak minta kamu berdua ni berdamai . Amar , tujuan Aisha mintak duit dekat mama kamu bukan sebab dia tak boleh hidup susah tapi dia taknak bebankan kamu , tengok kamu buat banyak kerja dalam satu masa . Dengan exam lagi dengan kerja lagi . Papa taknak disebabkan kamu stress dengan kerja , kamu abaikan anak papa ya . Isteri mana yang sanggup tengok suami dia balik-balik je muka penat , balik-balik je diam tak cakap apa . Aisha taknak kamu jadi macam tu . Pasal bisnes kamu tu nanti papa bagi duit sikit sebagai modal untuk kamu mulakan balik bisnes . Aaaa ." , Encik Majdi mengangkat tangan sebagai tanda menghalang Amar ingin mencelah perbualannya apabila menantunya itu seakan ingin membantah cadangannya untuk memberi modal .
"Tak ada makna nak bebankan orang tua kalau setakat pinjam duit sikit-sikit tu . Kita ni bukannya orang lain , keluarga jugak . Lagipun papa buat semua ni untuk anak menantu papa jugak , kalau orang luar papa pun fikir dua kali jugak . Papa nak Amar terima duit yang papa nak bagi ni dan gunakan untuk bisnes . Ni keputusan muktamad papa ok . Benda ni sebenarnya senang je , kamu berdua yang buat susah ." , Terang Encik Majdi panjang lebar kepada Amar lantas meneguk lagi sekali air kopi di depannya . Haus pulak bercakap banyak.
"Haa untuk Aisha Mimi pulak yang cakap." , seloroh Encik Majdi sambil mencuit lengan Puan Mimi . Loyar buruk pulak .
"Aisha jadi isteri ni tak boleh waktu senang je . Tak kisah lah apa keadaan sekali pun kehidupan kita , isteri letaknya disisi suami . Lagipun kehidupan korang ni takde lah susah mana pun , tu haa mama dah beli makanan banyak-banyak dah . Aisha boleh makan dan masak sepuas hati Aisha . Nak balik sana sebab takde makanan dekat sini je kan ?" , ujar Puan Mimi membuatkan Aisha menekup mukanya dengan pantas . Maluuuu !
"Mama ! Malu Aisha tau ." , ucap Aisha lantas mencebik sedikit mukanya lantas mengundang tawa semua orang termasuk Amar . Amar mencubit sedikit pipi isterinya . Geram dengan kerenah dan perangai manja Aisha itu . Segala yang diucapkan oleh papa mertuanya sedikit sebanyak melembutkan hati Amar yang agak keras . Amar bukan jenis yang suka meminta-minta namun bila melibatkan orang tersayang dia harus mengenepikan egois tersebut demi masa depannya . Dia berjanji akan menggunakan modal yang diberi sebaik mungkin dan menjaga keselamatan bengkelnya dengan lebih ketat .
"Amar , Aisha papa mama balik dulu ya . Nanti ada masa kamu berdua pulak pergi rumah kami ya . Amar , jaga Aisha elok-elok . Jangan gaduh-gaduh lagi , penat nak cakap dengan baby tua macam kamu berdua ni ." , ucap Encik Majdi sempat mengusik anak menantunya .
YOU ARE READING
SETIA BERSAMAKU
RomanceAmar dan Aisha anak muda yang mengambil keputusan untuk berkahwin awal. Banyak rintangan dan dugaan dihadapi dalam rumahtangga tersebut. Adakah mereka setia hingga ke akhirnya? Jangan lupa baca SETIA BERSAMAKU 😂