BAB 51

14 2 0
                                    

Keesokan harinya , Amar membawa Aisha pulang ke rumah . Puan Amira serta Puan Mimi sudah menunggu di rumah mereka . Aisha sendiri mengambil keputusan untuk berpantang di rumah mereka kerana faham dengan pekerjaan Amar yang semakin sibuk . Biarlah dia berkorban untuk masa depan dia dan anaknya juga .

"Heyy cucu tok mommy dah balik . Ala sayang-sayang ." , acah Puan Amira kepada cucunya yang sedang didukung oleh Aisha . Amar memimpin tangan Aisha .

"Meh kat mama , Aisha pergi duduk dulu ." , kata Puan Mimi lalu mengambil cucunya dari Aisha . Bayi itu merengek kerana bertukar tangan .

"Cucu tok mama nama apa ni ?" , tanya Puan Mimi lagi lantas memandang wajah anak menantunya silih berganti .

"Puteri Qalisya Maisara ." , ujar Aisha ringkas sambil tersenyum . Dia memegang tangan Amar lembut .

"Ouh panjangnya nama dia . Ermm tok mommy nak panggil dia Qalisya lah , boleh tak sayang?" , tutur Puan Amira lantas mencuit pipi gebu bayi itu .

"Qalisya sayang , Qalisya ." , acah Puan Mimi pula . Semua yang ada di situ ketawa terkekeh-kekeh.

"Papa dengan daddy mana? Kerja ke ?" , tanya Amar .

"Haah lepas kerja nanti sampai laa diorang . Jom mama nak masak untuk Aisha kejap ." , ujar Puan Mimi lalu menyerahkan Qalisya kepada Aisha .

"Aisha masuk lah dalam bilik , rehat . Nanti makanan siap Amar ambik ." , tutur Puan Amira lantas mengikuti besannya menuju ke dapur .

Aisha bangun sambil dipimpin suaminya masuk ke dalam bilik untuk menyusukan Qalisya yang sudah merengek . Apabila kenyang , Qalisya tertidur dalam dakapan ibunya . Aisha dan Amar memerhati wajah suci puteri mereka itu dengan penuh kasih sayang .

"Tak sangka kan sayang , selama empat tahun kita kahwin macam-macam dugaan yang kita hadapi . Kita bergaduh , kita berbaik , kita mesra semuanya kita dah lalui . Terima kasih jugak dekat sayang sebab sudi bagi peluang kedua dekat abang dulu . Abang hargai sangat-sangat pengorbanan sayang dekat abang , sudi lahirkan Qalisya untuk abang . Dan paling penting terima kasih kerana setia bersama abang sampai hari ini , sampai syurga InsyaaAllah ." luah Amar sehingga bergenang kelopak matanya menahan tangisan .

Tangan Aisha digenggam erat sambil meramas lembut . Membayangkan kesakitan yang terpaksa Aisha hadapi sewaktu bertarung nyawa melahirkan zuriatnya . Sesungguhnya dia terhutang budi dengan isterinya .

"Abang , semua tu kita jadikan pengalaman dan pengajaran dalam rumahtangga kita . Soal Qalisya , ini anugerah terindah dalam hidup kita . Bukan pengorbanan tapi ini hadiah Allah untuk kita . Aisha janji Aisha akan setia dengan abang walau apa pun terjadi sebab abang syurga Aisha ." , balas Aisha dengan sepenuh hati .

Apabila sebuahpasangan berkahwin kerana Allah , sudah pasti Allah akan memudahkan sertamenjaga hubungan tersebut daripada perkara yang buruk . Tidak kira tua ataumuda , apabila Allah sentiasa di hati maka perjalanan hidup juga akan berlaluindah . 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 01, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SETIA BERSAMAKUWhere stories live. Discover now