BAB 40

5 1 0
                                    

"Abang ! Aisha dah dapat kerja !" , teriak Aisha girang . Gembira kerana permohonan kerjanya berjaya dipohon .

"Alhamdulillah , kat mana sekolah tu ?" , tanya Amar . Gembira bercampur takut , takut sekiranya Aisha terpaksa memandu jauh dari rumah .

"Alah sekolah rendah dekat depan kedai Eco tu je ." , kata Aisha lagi . Dia menunjukkan surat tawaran kerja di tangannya kepada Amar .

"Baguslah tu kalau dekat , risau abang kalau jauh sangat." , tutur Amar lega .

"Minggu depan dah boleh mula , Aisha tak sabar nak pergi ." , ujar Aisha sambil meletakkan tangan di dada . Tanda dirinya terlalu teruja dengan perkara tersebut .

"Kerja elok-elok , jangan sia-siakan peluang yang dah ada ni . Abang percaya dengan sayang." , kata Amar memberi semangat kepada isterinya . Tangan Aisha ditarik lalu dicium lembut .

"Sayang sementara sayang tak pergi kerja ni kan , teman abang jalan-jalan . Kita pergi taman depan tu nak ?" , tanya Amar . Mahu Aisha meluangkan masa dengannya sebelum mula kerja.

"Boleh abang . Nak pergi sekarang ke ?" , tanya Aisha pula .

"Ermm petang ni la . Lepas asar okay." , jawab Amar . Dia tidak mahu terlalu memanjakan diri , sakit badannya ini harus dilawan .

"Orait . Sementara tu abang tolong la bagitahu Aisha , apa yang Aisha perlu sediakan sebelum mengajar ." , tutur Aisha sambil berfikir barang-barang yang perlu disediakan untuk menjadi seorang guru .

"Sayang nak jadi cikgu sekolah rendah kan ? Erm abang rasa awal-awal ni sayang sediakan la hadiah ke apa ke sebagai tanda perkenalan gitu." , cadang Amar kepada isterinya .

"Hadiah erk , macam nak bercinta pulak." , seloroh Aisha lalu ketawa dengan cadangan suaminya itu .

"Abang ingat nak masuk bengkel balik , sayang pun dah kerja ni . Takkan abang nak duduk rumah sorang-sorang pulak kan." , fikir Amar . Sudah lama dia tidak bekerja , badan pun sudah rasa lesu semacam .

"Ikut abang lah , tapi abang kena ingat kalau abang rasa penat ke apa balik terus okay ." , pesan Aisha . Bukan tak tahu perangai Amar , kalau dah dapat kerja makan pun tak selera .

"Iya sayang , abang tahu jangan risau lah." , tutur Amar lantas mencuit pipi gebu isterinya.

Petang itu , mereka berdua sama-sama meluangkan masa di taman . Berjalan , berborak , bergelak ketawa serta menikmati aiskrim coklat bersama . Indah sungguh nikmat perkahwinan andai dua-duanya saling melengkapi , menerima kelemahan serta kelebihan pasangan .

"Abang , I love you." , kata Aisha sewaktu mereka sedang berehat di bangku tepi tasik .

"Wow , I love you too sayang . Forever , ever and ever." , balas Amar .

Pandangan keduanya saling bertaut manakala bibir melepaskan senyuman manis kepada pasangan .

SETIA BERSAMAKUWhere stories live. Discover now