BAB 23

9 0 0
                                    

Kedengaran kereta Amar memasuki laman rumah Encik Majdi . Aisha yang duduk di dalam bilik pantas berjalan laju keluar dari bilik , nak lari sakit pulak . Dia kemudiannya membuka pintu lalu menerpa ke kereta Amar . Belum sempat Amar membuka pintu , Aisha terlebih dahulu membukanya untuk suami.

"Amar ! Saya rindu awak sangat-sangat ." , kata Aisha sambil memeluk Amar di depan pintu kereta . Encik Majdi dan Puan Mimi yang melihat menggeleng kepala melihat kerenah Aisha.

"Amar , marilah masuk . Aisha nanti-nanti lah nak manja-manja tu . Ajak Amar masuk dulu ." , kata Encik Majdi kepada anak menantunya . Amar membuka bonet kereta belakang lantas mengeluarkan beg bajunya . Dia kemudian memimpin tangan isterinya masuk ke dalam rumah . Rindu yang membuak-buak ditahan akhirnya kembali reda , lega isterinya kembali ke pangkuannya .

Puan Mimi membawa dulang berisi sejag teh dan kek pisang kepada menantunya . Dia melirik sedikit ke arah Aisha yang asyik bertenggek di tepi Amar sejak tadi .

"Aisha , sudah-sudah la tu berkepit dengan Amar . Bagi la suami kamu berehat dulu ." , kata Puan Mimi kepada anaknya . Naik rimas pula dia melihat gelagat anaknya itu .

"Ni kamu dah mandi ke belum ? Pergi mandi nanti nak Mak Mah datang nak berurut pulak ." , sambung Puan Mimi lagi . Mak Mah adalah salah seorang pakar urut di kawasan taman tersebut , jika ada yang memerlukan khidmat urutan pasti berjumpa dengannya .

"Yala , abang tunggu jap erk . Aisha naik atas mandi jap ." , kata Aisha kepada Amar . Langkah perlahan Aisha diamati oleh Amar serius , kesal kerana tidak dapat menjaga isterinya itu selepas keluar dari hospital .

"Amar minum lah air tu dulu . Lepas tu naik atas simpan beg dan berehat , mama nak tengok papa kamu jap kat luar ." , kata Puan Mimi lantas berjalan keluar menuju ke pondok di laman rumah Encik Majdi . Pondok itulah tempat Aisha sekeluarga minum petang dan bersembang.

Amar yang senyap dari tadi hanya mengangguk perlahan , tidak tahu hendak berkata apa . Malu dengan kedua mertuanya akibat peristiwa lalu masih di dalam ingatan . Setelah menghirup secawan teh bersama 2 keping kek pisang , Amar naik ke tingkat atas membawa beg bajunya . Bilik Aisha masih sama seperti setahun lebih yang lepas , tidak berubah walau sedikit pun . Amar duduk di birai katil lantas melepaskan keluhan kecil , memikirkan bagaimana dia hendak memberitahu Aisha perkara yang sebenar .

"Erh abang . Abang nak mandi ke ? Dah ada tuala ?" , tanya Aisha yang masih berkemban sambil mengelap rambutnya . Pelik , Aisha langsung tidak merasa malu walaupun hanya berkemban . Mungkin beginilah keadaannya sewaktu ingatannya masih baik .

"Tak apa lah , abang dah mandi sebelum datang sini . Aisha pakai la baju dulu ." , jawab Amar disertai peringatan . Risau juga kalau Aisha terus-terusan dalam keadaan begitu , imannya bukanlah tebal mana .

"Ouh sorry , Aisha lupa ." , kata Aisha lantas berjalan masuk ke bilik persalinan . Pintu bilik itu ditutup rapat . Aisha menggigit jari serta menepuk dahi , kesal dengan perangai tak tahu malunya itu .

Amar hanya tersenyum . Inilah perwatakan Aisha yang sangat dirindui Amar . Lembut , manja dan malu . Hampir setahun sebelumnya perwatakan ini telah hilang dari diri Aisha namun kembali lagi kepada dirinya yang asal . Alhamdulillah .

SETIA BERSAMAKUWhere stories live. Discover now