"Sayang , buat apa tu ?" , tanya Amar perlahan kepada isterinya yang sedang berdiri di balkoni merenung pekat malam .
"Tak buat apa pun ." , kata Aisha ringkas . Malas mahu memanjangkan perbualan .
"Sayang masih marahkan abang?" , tanya Amar perlahan . Niatnya ingin membetulkan semula rumah tangganya semakin berkobar-kobar.
"Dah la saya nak tidur." , kata Aisha ingin ke katil namun lengannya sempat dipegang oleh Amar .
"Sayang , abang tak tahu macam mana lagi nak mohon kemaafan dari sayang . Abang tahu abang dah banyak sakitkan hati sayang selama ni , tapi abang dah insaf . Abang janji abang takkan ulang semua kesilapan lalu , dan abang janji akan bahagiakan sayang macam dulu ." , luah Amar entah buat kali yang keberapa . Namun dia tabahkan hati demi Aisha , isterinya.
"Awak cakap memang senang , yang sakit hati tu saya . Saya memang langsung tak ingat apa yang jadi dulu , tapi bila awak cerita yang saya pindah sini sebab awak tak boleh terima anak kita , bagi saya awak dah melampaui batas . Langsung tak ada hati perut." , kata Aisha tegas .
Dia tahu semua orang menyalahkan dirinya kerana tidak dapat memaafkan Amar namun mereka tidak berada di tempatnya . Semenjak dia sedar di hospital sebulan yang lalu dia dapat rasakan ada benda yang tidak kena walaupun ingatannya belum pulih . Ditambah apabila semua bajunya berada di rumah ibu bapanya , makin menguatkan sangkaan Aisha . Tepat sangkaannya apabila Amar meluahkan perkara sebenar semalam . Isteri mana yang sanggup terima suami yang tidak dapat menerima zuriat sendiri ? Gila .
"Allahhu Akbar . Ya abang tahu abang memang gila , abang memang jahat tapi tu dulu sayang. Dah setahun perkara tu jadi , takkan sampai sekarang sayang nak berdendam ? Abang merayu sangat-sangat tolonglah maafkan abang . Tolonglah ." , mengalir air mata Amar merayu kemaafan daripada Aisha . Sungguh hatinya sudah penat lelah dengan dugaan yang ditanggung akibat perbuatannya dahulu . Sakit rindu , sakit segala-galanya .
Aisha yang melihat kesungguhan Amar merayu terselit sedikit sebak di hati namun disebabkan ego , dia keraskan hatinya . Dia melepaskan lengannya dari pegangan Amar lantas ke katil.
"Esok saya nak pergi kubur , nak lawat anak saya." , kata Aisha hambar lantas menutup lampu di sisi . Tanda tidak mahu diganggu .
Amar hanya mengeluh berat . Air matanya disapu perlahan , penat berkorban namun tidak dihargai . Dia duduk di kerusi yang disediakan di balkoni lantas kembali menangis . Meluahkan isi hati ditemani larut malam yang tenang . Apa yang mampu dia lakukan hanyalah berdoa dan terus berdoa kepada Allah supaya dilembutkan hati isterinya . Amar meraup rambut yang berjuntai ke dahi dengan kasar ke belakang .
Aisha yang mendengar suara Amar menangis hanya mengetap bibir . Dia juga merasa penderitaan seperti Amar namun apa yang dirasakannya lebih sakit . Anaknya pergi meninggalkannya disebabkan oleh perbuatan suaminya sendiri . Dia lupa bahawa setiap yang berlaku itu adalah rancangan Allah namun naluri seorang ibu , sesekali tidak dapat menerima takdir apabila berkaitan seorang anak .
YOU ARE READING
SETIA BERSAMAKU
RomanceAmar dan Aisha anak muda yang mengambil keputusan untuk berkahwin awal. Banyak rintangan dan dugaan dihadapi dalam rumahtangga tersebut. Adakah mereka setia hingga ke akhirnya? Jangan lupa baca SETIA BERSAMAKU 😂